Tuesday, March 3, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
S U A R A < < < > > > P R I M A

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG

KRISIS PERLEMBAGAAN DI PERAK:
PERSIDANGAN ADUN DI BAWAH POKOK

Asslamualaikum,

Ketika berceramah di Sekolah Agama Rakyat (SARA) Gedong Lalang, Ampangan di Seremban 28 Februari 2009 dalam isu mansuhkan PPSMI, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik memberitahu saya, DUN Perak tetap bersidang sekalipun di bawah pokok pada 3 Mac 2009, sebagai manifestasi rakyat dengan sikap keperongosan Pengerusi Perhubunagn UMNO Perak Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang bakal menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung UMNO 24-28 Mac 2009 ini. Dato’ Seri Mohd Najib dilihat terlalu ghairah untuk menyegerakan peluanganya menduduki kerusi Perdana Menteri.

Dato’ Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam berkenaan di sampung Sdr Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: “SALAH TU MEMANG SALAH, TAPI ITU UNDANG-UNDANG DATO’ YANG BIKIN.” Langkah ‘rampasan kuasa’ di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam ‘Musang Berjanggut’ semuanya menjadi ‘halal’. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee ‘Laksamana Do Re Mi’, takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap ‘akulah aku’ dengan tak menghirau majority rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca. Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato’ yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: MESYUARAT BAWAH POKOK TINGGALLAH DI BAWAH POKOK’. Menteri Fasola tak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu berlah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah.

Dato’ Seri Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang ‘takkan lari gunung dikejar’. Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya ‘MacBeth’, sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya. Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya. Justeru, kebencian rakyat Perak sekarang bukan kepada UMNO, tetapi Dato’ Seri Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden di Perak sekarang ini. Heh heh heh!

- Pak Dharma.

INFO HAK ASASI MANUSIA


PELAN PERALIHAN KUASA APRIL:
TENGKU RAZALEIGH ANGKAT SUMPAH?

Berdasarkan tradisi sejak 1959, memang ketua parti dilantik menjadi Perdana Menteri, tetapi mengikut perlembagaan tak menyatakan fakta berkenaan, beritahu penganalisis politik. Justeru bukanlah perkara mustahil sekiranya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri awal April ini. Fakta berkenaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan menyebut: PERDANA MENTERI IALAH SALAH SEORANG AHLI DEWAN RAKYAT YANG MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI DI DEWAN RAKYAT’. Yang DiPertuan Agong boleh menolak ketua parti, seperti amalan yang berlaku di Perak sekarang, Dato’ Dr Zambry bukanlah Ketua Perhubungan UMNO negeri Perak.

Dato’ Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin juga bukanlah ketua parti apabila diterima oleh Sultan Perak mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga bukanlah Ketua PKR Selangor, apabila menjadi Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor (Tan Sri Khalid hanya Setiausaha Agung PKR ketika itu, dan Ketua PKR Selangor ialah Azmin Ali). Dato’ Seri Mohamad Hassan juga bukan Ketua UMNO Negeri Sembilan apabila mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar, menyebabkan kalangan ADUN UMNO yang lebih senior juga berkecil hati. Tetapi, itu undang-undang Dato’ yang bikin, semuanya boleh diterima.

Pengumuman aktivis UMNO di Muar (Johor) dan Pucong (Selangor) mahu menghalang Perhimpunan Agung UMNO 24 Mac ini, dianggap oleh penganalisis politik sebagai usaha terawal untuk merealisasikan tradisi pelantikan Perdana Menteri daripada ketua parti, tak relevan sekarang. Yang DiPertuan Agong boleh menolak calon yang dicadangkan oleh parti yang mempunyai cukup ahli di Dewan, asal sahaja calon lain menerima sokongan majoriti. Dalam senario sekarang Tengku Razaleigh dilihat mempunyai potensi menerima sokongan majoriti bagi membentuk ‘Kerajaan Perpaduan’ yang pernah disebut-sebut sebelum ini.

INFO SASTERA & BUDAYA

PERHIMPUNAN 100 RIBU 7 MAC::
ISTANA NEGARA MENJADI SAKSI!

Pimpinan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) Dato’ Dr Hassan Ahmad menerima sokongan pejuang-pejuang bahasa menganjurkan ‘Perhimpunan 100 Ribu’ di hadapan Istana Negara, 7 Mac 2008 ini bermula jam 2.00 petang. Kalangan pejuang bahasa termasuk SN Dato’ A Samad Said, Dato Baha Zain, Dr Shaharil Mohamad Zain, Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Profesor Emeritus Nik Safiah Abdul Karim, Dinsman dan ramailah menyatakan kesediaan untuk hadir. Kononnya dari Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan akan turut ke Istana Negara dengan beberapa buah bas. Kerajaan mungkin sahaja boleh menggunakan FRU bagi menghalang, tetapi gelombang rakyat akan melemaskan mereka yang perongos.

Di Negeri Sembilan dilaporkan Profesor Emeritus Nik Safiah dalam pertemuan dengan kumpulan penulis menyebut, untuk memansuhkan PPSMI ialah dengan menukar kerajaan. Justeru pada 7 Mac 2009 ini bukan sahaja manifestasi rakyat untuk menghapuskan PPSMI, malah sebagai detik awal untuk mengkuburkan UMNO. Malah UMNO sudah tak layak lagi mewakili bangsa Melayu dalam politik dengan dosa-dosa besar termasuk menghapuskan immuniti raja-raja, menghapuskan biasiswa dengan menggantikan PTPTN, memupuskan tulisan jawi dengan dasar pendidikan bobrok, dan sekarang menghapuskan Bahasa Melayu menerusi PPSMI.

Justeru 7 Mac 2009, rakyat yang hadir disarankan bergerak menerusi tiga lokasi iaitu di Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Central Market dan Masjid Negara. Dari tiga lokasi berkenaan pejuang-pejuang bahasa bergerak ke Istana Negara, di samping digalakkan mengguna kenderaan awam. Perhimpunan yang bermula jam 2.00 petang disarankan kepada orang ramai supaya memakai baju putih, di samping tak dibenarkan membawa bendera atau simbol parti politik. Pehimpuna rakyat ini adalah semata-mata mendesak dimansuh PPSMI, dan sekiranya kerajaan berdegil dengan berpandu kepada seglintir pengampunya, langkah susulan heh heh heh!

KOMENTAR:
Bersama Pak Parjo

UMNO YANG HINA RAJA-RAJA:
ALI SALAHKAN PULA PIHAK LAIN

Sebermula akan calon yang mahu merebut jawatan kedua tertinggi dalam harakah Melayu (UMNO), Orangkaya Dato’ Seri Mohd Ali Rustam, menuduh anak-anak buah Orangkaya Dato’ Seri Anwar Ibrahaim dan Orangkaya Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang menjadi punca raja-raja Melayu dihina. Adapun yang menghina raja Melayu itu anak-anak buah Orangkaya Dato’ Seri Mohd Ali juga kerana ‘merampas kuasa’ di Perak dengan menggunakan istana. Arakian sudah hilanglah biasiswa anak-anak Melayu dan hilanglah kekebalan raja-raja Melayu angkara perbuatan orang-orang Orangkaya Dato’ Seri Mohd Ali.

Syahdan murkalah Sultan Melaka kepada Tun Ali (bukan Ali Rustam) dan Patih Kerma Wijaya, kerana angkara mereka berdua huru hara istana Melaka apabila Hang Jebat mengamuk. Maka titah Sultan Mansor Shah, “Pergi kamu Tun Ali, inikah muka yang mengaku setia kepada raja, sekarang siapa mahu melawan Si Jebat gila itu. Ah, kalau Si Tuah masih hidup dialah yang akan membasuh arang di mukaku ini!”. Arakian ketika Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, akan Tun Bija Ali juga namanya pembesar yang bermuka-muka. Syahdan akan Seri Nara Diraja Tun Ali, ia yang membawa Raja Kassim naik gajah ke ruamh Dato’ Bendahara untuk melanggar istana Melaka seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:


HIDUP BAHASA MELAYU!