Saturday, June 27, 2009

SEKILAS PANDANG...

Ukuran kemajuan dan pembangunan:
Tanggungjawab semua parti pemerintah
Assalamualaikum,
Memang blog PRIMA tak memberi kepedulian kepada kematian dua seleberiti Amerika Syarikat (AS) semalam, sekalipun banyak blog yang mengangkat kehebatan mereka dalam industri hiburan. Micahel Jackson dan Farrah Fawceet memang seleberti terhebat di AS, tetapi kita tak seharusnya berbangga dengan pencapaian mereka yang tak memberi apa-apa makna kepada kebudayaan Melayu. Kita lebih berbangga dengan pencapaian seleberiti Melayu kerana 'hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing d negara sendiri, lebih baik negeri sendiri'!
Hari ini saya ke sekolah dalam 'Hari Terbuka' berikutan mengambil report card anak sebagai pertemuan hati ke hati guru dan ibu bapa. Sepanjang jalan ke kawasan sekolah dipenuhi kereta di kiri kanan jalan, lambang kehebatan pada alaf 2000. Ketika period persekolahan saya sekitar dekad 1950-an, ibu bapa menemui guru-guru ke sekolah sekadar berjalan kaki atau menunggang basikal sahaja. Justeru dekad 1950-an, memang jauh berbeza dengan dekad 2000-an; apalagi gaya hidup masyarakat yang serba maju. Barangkali, pencapaian kemajuan di bawah pentadbiran UMNO yang mampu menampilkan kroni-kroni, nepotisme dan heh heh heh!
Kereta ibu bapa yang banyak bagi memenuhi jemputan 'Hari Terbuka', barangali juga lambang kemajuan UMNO memimpn negara. Kalau sekitar dekad 1960-an, guru-guru sekadar mampu menunggang vespa, apabila menerima tunggakan, tetapi sekarang guru-guru sudah bergaya dengan kereta nasional sama ada Waja, Aerobic, Wira malah turut memandu Perdana juga. Apalagi majoriti guru-guru sekitar dekad 1950-an takat pencapaian akademik dari Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Day Training Centre (DTC) atau Institut Bahasa (LI) di Cheras. Tetapi sekarang mereka daripada kalangan graduan, malah ada yang berkelulusan akauntan, Azhar Universiti dan lain-lain menerima jawatan guru kerana terpaksa...!
Kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh UMNO membolehkan ramai anak Melayu mempunyai pendidikan tinggi. Kalau ditakdirkan pada 1955, UMNO tewas dalam pilihanraya, Parti Negara juga perlu melaksanakan kemajuan dan pembangunan. PAS juga sekiranya memerintah pada 1955 mempunyai tanggungjawab membawa kemajuan dan pembangunan. Malah Sosialis Front juga terpaksa menyediakan program pembangunan dan kemajuan apabila membentuk kerajaan seperti dilaksanakan oleh PAP di Singapura. Maknanya, UMNO tak boleh berbangga dengan tanggunjawab berkenaan, seolah-olah UMNO sahaja mampu memberikan kemajuan dan pembangunan. Sebaliknya anak saya yang sentiasa menduduki tempat pertama dalam kelas, berhadapan dengan masalah gagal subjek matematik tambahan, berikutan dasar PPSMI. Aduhai!
-Pak Dharma.

INFO PENDIDIKAN MELAYU


Kajian ahli akademik terbukti:
Guru gagal beri pemahaman PPSMI

Pencapaian calon pertama dalam peperiksaan membabitkan guna bahasa Inggeris adalah jadi tanda aras keberkesanan dasar PPSMI, kata Setiausaha Kumpulan Prihatin, Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin (gambar)mengulas Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Alimuddin Mohd Dom. Dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini Dato' Alimuddin mengakui, keputusn Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini menjadi penentu sama ada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) disemak semula atau sebaliknya. Katanya, ini kerana pencapaian murid kumpulan pertama menggunakan dasar itu dalam peperiksaan berkenaan akan menjadi penanda aras bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan PPSMI di sekolah rendah sejak lebih lima tahun lalu.

Bagaimanapun dalam laman blog http://www.kumpulanprihatin.blogspot.com/ , Profesor Madya Shaharuddin berkata, "Kita tunggu keputusan UPSR tahun ini kerana ia menjadi penentunya." Tetapi beliau menegaskan kumpulan prihatin tetap mendesak kementerian mengkaji semula pelaksanaan PPSMI kerana ia dikatakan gagal meningkatkan pemahaman konsep, ilmu dan kemahiran kedua-dua subjek berkenaan. Sementara itu dalam laporan Berita Harian baru-baru ini, tokoh akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, sebagai berkata kegagalan pelaksanaan program itu antara lain berpunca penguasaan bahasa Inggeris kebanyakan guru sendiri lemah untuk menerangkan aspek terbabit dengan jelas.

Hasil kajiannya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai keberkesanan dasar itu yang dibentangkan pada Konvensyen Pendidikan Nasional di universiti berkenaan kelmarin mendapati 83 peratus murid Tahun Lima di 68 sekolah bandar dan luar bandar termasuk Orang Asli seluruh negara menyatakan sukar mengikuti pelajaran dua subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris terutama Sains walaupun mereka mempelajarinya sejak 2003. Sebelum ini, kajian lain dijalankan sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia serta Dewan Bahasa dan Pustaka juga mendapati kesan negatif pelaksanaan PPSMI terutama kepada murid di kawasan pedalaman.

Hasil kajian itu, majoriti murid di kawasan berkenaan sukar memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana mereka lemah dalam bahasa antarabangsa itu. Kelemahan itu menyukarkan mereka memahami dan memikir konsep kedua-dua subjek berkenaan. Sambil mengalu-alukan inisiatif semua pihak terutama institusi pengajian tinggi menjalankan kajian menyeluruh mengenai keberkesanan PPSMI, Alimuddin berkata; "Sebagai agensi pelaksana, kita terbuka dan menerima sebarang hasil kajian kerana ia adalah bukti sahih serta kesan mengenai dasar kerajaan dalam melaksanakan PPSMI," katanya

SALAM SABTU DARI ABANG ZEK

Apa jadi dengan pemohon:
Ditolak kerana tak cukup bajet

Harum baunya si bau setanggi
Mawar pula berwarna warni
Lesung batu menganggu lagi
nak beritahu apa pula hari ini

Saudara saudari sahabat sekalian. Lesungbatu hari ini ada dua rencana menarik. Satu, mengenai kerajaan BN sibuk beri tumpuan kepada rakyat, tetapi pegawai dan kaki tangan kerajaan juga perlu diberi perhatian tentang peranan mereka. Satu lagi, Mara dan TEKUN akan terima bajet baru - Mara RM550 juta dan TEKUN RM100 juta. Apa jadi dengan pemohon yang ditolak sebelum ini kerana tak cukup bajet? Dalam ruangan Jenakaria hari ini tentu akan membuat anda terenyum simpul kalaupun anda tidak ketawa berdekah-dekah.

Dalam ruangan Gambar Menarik pula memaparkan manusia menyerupai katak di India menjadi tontonan ramai. Maaf kalau 'anu'nya nampak sikit kerana dia budak kecil....... Katak rupa manusia belum jumpa lagi. Tapi ikan rupa manusia dah ada. Esok saya siarkan gambar itu kalau teringat. Surat dari pembaca pun boleh tahan juga isunya. Layarilah http://www.lesungbatu.webs.com/ - laman web yang ringan dan santai. Selamat kita berjumpa lagi selagi pengelolanya belum bercadang nak cuti rehat lagi - Abang Zek.

LAPORAN HARAKAHDAILY.NET...


Pimpinan peringkat akar umbi:
Calon PAS utk PRK Manek Urai

Wartawan Kita Sat Jun 27, 09 8:02:34 am

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi. Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia. Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.
Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai. Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh. Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun. Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh. Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia. Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood. Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas. Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya. Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi. - mj _ http://www.harakahdaily.net/

YANG TERSURAT & TERSIRAT


Obama hubungi Najib
Isu tahanan di Guantanamo

KUALA LUMPUR 26 Jun – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menyatakan kesediaan untuk menimbangkan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan dua tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo, diserah kepada Malaysia serta menjalani hukuman di negara ini. (Gambar, Najib sedang berbual di telefon dengan Obama malam tadi). Isu tahanan Guantanamo serta beberapa isu lain seperti ekonomi, Kawasan Perdagangan Bebas (FTA), Iran dan Korea Utara adalah antara perkara yang disentuh dalam perbualan telefon antara Obama ketika menghubungi Najib malam ini.

Panggilan selama 20 minit itu bermula 9.10 malam, merupakan perbualan melalui telefon pertama antara Obama dengan Najib, sejak kedua-dua pemimpin itu memegang tampuk pemerintahan negara masing-masing. Bercakap kepada Bernama selepas menerima panggilan itu, Najib berkata, beliau telah menawarkan hasrat Malaysia untuk menerima kedua-dua tahanan itu bagi menjalani hukuman di negara ini. Katanya, Obama telah menyatakan akan merujuk permintaan Malaysia itu kepada pihak keselamatan Amerika yang berkaitan. “Saya telah nyatakan (bahawa) kita akan tahan (jalani hukuman di Malaysia) tapi (akan) melayan mengikut norma-norma antarabangsa dan (secara) perikemanusiaan.

Dia (Obama kata) dia akan timbang. Dia alu-alukan (permintaan saya) dan (akan) rujuk perkara ini pada pihak keselamatan (di Amerika Syarikat),” kata Najib. Kedua-dua mereka,Mohd Farik Amin atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lep (Lillie), ditahan di Teluk Guantanamo atas dakwaan terbabit dalam kumpulan militan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda sejak 2003, dan adalah antara 250 tahanan di penjara Amerika itu. Banyak pihak telah mendesak pentadbiran Obama agar menutup terus kem tahanan itu berikutan pelanggaran hak asasi kemanusiaan serta layanan buruk termasuk penyeksaan yang telah mendapat kecaman keras pelbagai pihak.

Dalam perbualan telefon itu, Najib berkata, Obama dan beliau turut bertukar pendapat berkenaan situasi ekonomi semasa dunia di mana Obama telah bertanyakan mengenai keadaan ekonomi Malaysia yang mengalami kelembapan pada suku pertama tahun ini. Najib berkata, beliau telah menerangkan kepada pemimpin Amerika itu bahawa ekonomi Malaysia turut menghadapi masalah akibat krisis ekonomi dunia sekarang. Namun kata Perdana Menteri, beliau turut menyatakan bahawa ada kemungkinan ekonomi Malaysia akan menyaksikan tanda-tanda pemulihan lebih positif pada suku keempat tahun ini.

Najib berkata, isu Perjanjian FTA antara Malaysia dan Amerika Syarikat juga turut dibincangkan dengan pemimpin Amerika itu. Menurut Najib, beliau telah menyatakan bahawa perbincangan mengenainya perlu diteruskan dan sekarang bukan masanya untuk dimuktamadkan. “Saya kata mungkin bukan sekarang (masanya untuk dimuktamadkan), perbincangan masih boleh diteruskan,” katanya. Najib berkata, Obama turut memuji kerajaan Malaysia kerana kejayaannya menjadikan negara ini sebuah negara Islam yang moden, progresif dan maju.

Katanya, Malaysia turut dipuji kerana pada masa yang sama sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai. Najib berkata, Obama turut menzahirkan hasrat untuk melawat Malaysia pada satu masa yang sesuai dan juga melahirkan harapan untuk berjumpa beliau di Washington mahupun di sini. Pada perbualan itu, Najib berkata, Obama turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

“Beliau (Obama) berharap dapat bekerjasama dengan baik dengan saya dan dapat meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Amerika. Saya juga telah membalas balik dan menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat,” kata Najib. Obama telah menyatakan beliau yakin dengan latar belakang saya untuk menjalankan tugas Perdana Menteri dengan baik, kata Najib. – BERNAMA

(Najib hubungi Obama atau Obama hubungi Najib; atau kenalkah dia heh heh heh!)

INFO HAK ASASI MANUSIA...


Mas Selamat not extradited
to S’pore due to security reasons

SINGAPORE — Singapore’s Jemaah Islamiyah (JI) militant leader Mas Selamat Kastari is still being detained in Malaysia due to security reasons. Malaysian Home Minister Hishammuddin Tun Hussein said Mas Selamat was arrested under the Internal Security Act (ISA) as he is deemed a threat to the country. Speaking in the Malaysian parliament on Thursday, the minister said Mas Selamat’s ISA detention would ensure that his activities and contacts with other militant groups in Asia could be contained.

"The ministry has sufficient information to arrest him under the ISA," said Mr Hishammuddin. "We know his background, the details of his plan, network and contact with militant groups. He is arrested under the ISA as the government finds that he not only pose a threat to the country but also to the neighbouring countries like Singapore and Indonesia." "Believe me, from the information that we have gathered, it was a serious plan," said Mr Hishammuddin. "We did not extradite Mas Selamat as we are concerned it will undermine the country’s peace and put the people’s safety at risk." The minister also told reporters that Malaysia needed the cooperation from Indonesia to carry out its investigations. — CNA/ir