Tuesday, August 7, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:

PENDEKATAN PRIMA
BERKUNJUNG DAN BERZIARAH

Assalammualaikum,


Permintaan paling sederhana daripada Jawatankuasa Ad-Hoc Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) ialah mengajak sesiapa sahaja menolak sebarang ‘perhambaan minda’ goblok menyebabkan rakyat terdidik menjadi ‘robot bernyawa’. Generasi akan datang sekadar menjadi klon tak bermakna, seolah-olah ‘semperung’ kosong akibat pimpinan yang bersikap sebagai ‘pemerintah’ bukan ‘pentadbir’ kepada negara tercinta ini. Kita menolak sebarang sikap bobrok yang menjadikan bangsa Melayu generasi ‘robot bernyawa’ yang tak mampu mengkritik diri sendiri.


Justeru malam ini (7 Ogos 2007), pimpinan PRIMA termasuk saya sendiri, Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz, Dato’ Dr. Mohd Mansor Abdullah, Haji Abu Bakar Ninggal berkunjung ke rumah bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sdr Abdul Rahman Osman di Subang Jaya. Abdul Rahman yang sekarang terbabit sebagai aktivis PAS, berhasrat menyertai perjuangan PRIMA sebagai gerakan NGO yang menolak sebarang sikap ‘perhambaan minda’ bagi melahirkan masyarakat yang sentiasa peka dengan keadaaan persekitaran mereka.

-Muluk-

INFO HAK ASASI MANUSIA:


PM MASIH SIBUK DI LANGKAWI
PROWARIS TERUS MENUNGGU JAWAPAN



Hari ketiga (7 Ogos 2007) selepas perjumpaan di pejabat Generasi Profesional & Pewaris Bangsa (ProWaris) di Kampung Baru, Kuala Lumpur 4 Ogos 2007 lalu, PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi masih sibuk dengan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID). Presiden ProWaris, Sdr Feriz Omar mengakui akan terus menunggu hingga tempoh 10 hari (14 Ogos 2007) bagi menerima penjelasan Pak Lah berhubung dengan isu tuntutan 20 Perkara ke atas Wilayah Pembangunan Iskandar (WIP) di Johor. “Kita akan terus sabar menunggu hingga tamat tempoh 10 hari yang diberikan,” beritahu Feriz.


Dalam kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini (7 Ogos 2007) Sdr Feriz mengakui, wakil dari ‘The Asia Wall Street Journal’ dan wartawan-wartawan luar negeri sudah menghubungi ProWaris bagi mendapat butir-butir yang terkandung dalam tuntutan 20 Perkara itu. Justeru ProWaris bersetuju menerima kunjungan wartawan-wartawan terbabit pada 8 Ogos 2007, jam 11.00 pagi di pejabat ProWaris di Bangunan Public Bank, Kampung Baru. “Kami akan memberi penjelasan secara berhemah kepada mereka mengenai fakta sebenar sahaja,” Feriz menjelaskan.

PAKEJ TELEKOM PERDAYA PENGGUNA
(sambungan surat Haji Abu Bakar Ninggal)


Melihat bil cara pakej ini merugikan saya dan apa yang telah diterangkan oleh kaki tangan Telekom melalui telefon itu adalah bertentangan sekali, maka saya terus telefon ke pejabat Telekom dan saya bercakap dengan Cik Naemah binti Razak pada jam 10.15 pagi, pada tanggal 3 Julai 2007. Tujuan saya membuat panggilan itu adalah semata-mata ingin membantah kerana Telekom telah menipu pengguna dan saya mahu sistem pakej ‘Percubaan Tiga Bulan’ itu dibatalkan berkuatkuasa serta merta. Saya tidak mahu lagi sistem pakej yang bobrok ini.


Dalam hubungan ini, Cik Naemah telah menerangkan kepada saya bahawa beliau tidak ada kuatkuasa berbuat begitu dan beliau menganjurkan agar saya pergi ke Kedai Telekom yang terdekat dengan kawasan kami untuk membatalkan penggunaan cara pakej itu. Saya serta merta pergi ke Kedai Telekom Titiwangsa pada hari tersebut juga dan telah bertemu dengan pengurus di situ iaitu Encik Mazlan dan menerangkan kebobrokan yang berlaku dan telah dilakukan oleh Telekom Malaysia. Saya memang tida reda cara-cara penipuan cara begini dan saya tidak membayar caj pakej RM68.00 yang tak ada sebab itu. Tidak ada seorang pun manusia di dunia ini begitu tolol nak membayar lebih dengan tidak tentu fasal. Wang ringgit zaman Pak Lah ini bukan senang didapati!

Encik Mazlan bersetuju dengan bantahan dan arahan saya agar sistem pakej ini tidak lagi ujud dalam ‘bil bulanan’ saya di masa-masa akan datang. Kira punya kira, Encik Mazlan meminta saya membayar bil tersebut hanya RM165.55 dari jumlah bil awal yang berjumlah RM199.78. Itupun sudah termasuk kegunaan beberapa hari kemudian sesudah bil tersebut. Saya telah membayarnya kerana Encik Mazlan faham, belia begitu ‘cool’, mesra dan hormat pada pelanggannya dan dia faham kedudukan pengguna. Tanpa pengguna masakan Telekom boleh membuat keuntungan hampir satu bilion ringgit setahun. Harus diingat, Allah SWT memang membenarkan kita mencari keuntungan sebanyak-banyaknya, tetapi hendaklah cara halal dan barulah ada barakahnya.

Pada hari tersebut jelas kelihatan bukan saja saya yang membuat bantahan, malahan didapati lebih sepuluh orang sedang berbaris di luar kerana nak membantah sistem pakej yang telah diimplimentasikan oleh Telekom tanpa kelulusan Parlimen. Yang jadi mangsa ialah pengguna miskin yang dulunya membayar bil telefon sekadar enam atau tujuh puluh ringgit saja, kini terpaksa membayar seratus lebih. Alahai Malaysia boleh! Janganlah semuanya boleh. Jahanam rakyat!


Pengguna yang tidak membayar hingga dua bulan, maka telefon mereka dipotong dan bila nak sambung semua kena caj RM10.00 lagi. Selaku penulis, saya sengaja menemui mereka yang membuat bantahan itu dan didapati rata-rata mereka cukup marah dan panas hati ditipu dengan cara ‘Yahudi’ itu. Ini adalah tindakan yang zalim demi mendapatkan keuntungan yang lebih. Tuhan mengutuk kerja-kerja begini. Ingatlah wahai bangsaku. Dunia ini kamu boleh buat apa-apa saja, tetapi bersedialah engkau menerima padah dan hukumnya di akhirat nanti.


Perlu dinyatakan di sini, bahawa sebelum saya pergi ke Kedai Telekom di Titiwangsa, saya sudah menelefon Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi di Putrajaya ke 8883 6000 dan dapat bercakap dengan Mr Tan Chuan Koon. Kepada Mr. Tan Chuan Koon, saya telah memajukan pertanyaan adalah Parlimen Malaysia telah meluluskan bahawa Telekom Malaysia boleh berbuat sesuka hati mereka tentang perkhidmatan telefon untuk orang ramai? Dengan spontan beliau telah menjawab, “Tidak ada”. Dia meminta saya menghantar bil tersebut untu tindakan beliau untuk membawa hal tersebut ke pengetahuan menteri, Dato’Seri Dr. Lim Keng Yaik.

Saya tidak menghantarnya kerana Encik Mazlan, Pengurus Kedai Telekom Titiwangsa telah memberi pengakuan akan ‘berhenti’ menghantar bil cara pakej kepada saya. Saya percaya cakap beliau kerana beliau adalah ketua di sana dan saya menemui dia di dalam bilik khas di dalam pejabat di Titiwangsa. Malag seribu kali malang. Walaupun saya telah diberi pengakuan oleh pengurus Kedai telekom Tititwangsa (Encik Mazlan) pada 3 Julai 2007, akan tetapi di dalam bil ‘bulanan’ 25 Jun 2007 dan bil pada 25 Julai 2007 saya dapati bahawa bil yang telah dihantar, adalah serupa dengan bil yang dihantar pada 25 Mei 2007 yang telah saya buat bantahan. Apa dah nak jadi dengan Malaysia ini?

Saya akan membawa hal ini ke pengetahuan Perdana Menteri dan juga kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi agar penipuan ini tidak terus berlaku. Haram mengambil wang orang ramai tanpa reda. Kalau hal ini tidak selesai saya akan bawa Telekom Malaysia ke Mahkamah untuk keadilan. Kini di tangan saya banyak bil telefon dari jiran-jiran saya yang semuanya kena caj macam kisah saya ceritakan.

Haji Abu Bakar Ninggal; Taman Seri Gombak; 5 Ogos 2007.

INFO SASTERA & BUDAYA:


PRIMA AKAN BAWA KE KLCC
BACA PUISI ‘MELAYU MUDAH LUPA’



Acara baca puisi ‘Melayu Mudah Lupa’ sempena 50 tahun merdeka, akan dibawa ke KLCC, selepas ianya dimulakan di Universiti Malaya, beritahu jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz yang mengatur program berkenaan. Menurut Kamal, program sudah diatur di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu apabila semuanya berjalan lancar mengikut jadual. Antologi sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ sudah di peringkat akhir untuk masuk ke percetakan. Sdr Dharmala N.S. juga sudah diberikan naskhah contoh bagi semakan terakhir, sebelum kerja-kerja seterusnya dihantar ke percetakan.

Bagaimanapun kata Kamal, tarikh pelancaran antologi ‘Melayu Mudah Lupa’ akan diketahui selepas pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 Ogos 2007 ini. PRIMA akan menganjurkan pertemuan dengan Tun Dr. M di Yayasan Perdana, Putrajaya bersama pengendali laman web dan laman blog, termasuk individu dan NGO yang dianggar 200 tetamu akan hadir. “Setakat ini kita sudah menerima banyak permohonan dari kalangan individu untuk menyertai siri dialog dengan Tun Dr. M setelah ianya disiarkan menerusi laman web Malaysia Today,” beliau menjelaskan.

KOMENTAR
bersama Pak Parjo


GUGUR PADA PILIHANRAYA
TAK SAMA DENGAN DI MEDAN PERANG


Perjumpaan PM dengan wakil-wakil rakyat di Perak, mungkin sahaja program terakhir sebelum ‘ilham tiba’ bagi megisytihar pilihanraya. Apalagi mereka yang demam, yang darah tinggi, saya tak ketahuan, sekiranya tarikh pilihanraya diumumkan. Mereka yang digugurkan daripada menjadi calon, tentu tak sama dengan mereka yang gugur di medan perang seperti keperihalan Leftenan Adnan bin Saidi dan 8 orang leftenan yang ditembak Jepun pada Februari 1942 kerana enggan membuka uniform ‘Askar Melayu’. Memang hebat pahlwan-pahlawan kita apabila memakai uniform ‘Askar Melayu’ hingga rela ditembak mati daripada menyerah kalah.



Tetapi, semangat ‘Melayu’ yang hebat tak pernah pula mahu dihebatkan oleh bangsa Melayu sendiri. Mereka bermati-matian melawan kerana tak mahu gugur daripada jadi calon pilihanraya, tetapi biarlah jatidiri Melayu berguguran laksana daun-daun pokok getah di musim kering, dengan harga getah yang semakin menurun. Kadangkala yang sentiasa mahu turun padang untuk mencari buah durian yang berlonggok di tepi jalan, kerana tak larat mencari durian gugur di perdu pokok ialah:

HIDUP BAHASA MELAYU!

Monday, August 6, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG:

KEBAL DI SEBALIK KEKEBALAN
PROWARIS LAWAN WPI DI JOHOR
.

Assalammualikum,

Ketika Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan sesiapa sahaja pengendali laman web atau laman blog tak kebal, ‘Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar’ pula diberi kekebalan luar biasa di bawah Akta 664, Undang-Undang Malaysia yag diwartakan pada 13 Februari 2007. Sekalipun akta berkenaan belum dilaksanakan atau dikuatkuasakan, tetapi ianya membiarkan rakyat dikongkong ‘perhambaan minda’ yang mendorong kepada klon ‘robot bernyawa’ apabila akta tersebut diguna pakai. Justeru tak hairanlah Presiden Generasi Profesional & Pewaris Bangsa (ProWaris), Sdr Feriz Omar mempersoal kewajaran akta berkenaan.

Sebagai penggerak NGO, Sdr Feriz tak seharusnya dibelenggu ‘perhambaan minda’, sekalipun kepongahan akta berkenaan sudah diwartakan. Perkara 50 (a)(b)(c) dan (d) memberi kekebalan yang luar biasa, seperti dinyatakan:

“Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prisiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap:-
Menteri;

Pihak Berkuasa;
mana-mana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen-ejen Pihak Berkuasa; atau mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi Pihak Berkuasa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.”

- Muluk.

INFO HAK ASASI MANUSIA:

DAGANGAN URUSNIAGA GLOBAL
MERUDUM KE PARAS PALING KRITIKAL

Menteri Kewangan, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, mahupun Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Noor Muhammad perlu memberi penjelasan segera mengenai kedudukan ekonomi negara secara telus, berikutan kejatuhan dagangan urusniaga global hingga merudum ke paras 37% seperti dilaporkan di Bursa Saham. Pak Lah yang juga PM, tak seharusnya menyembunykan fakta sebenar mengenai kekacauan ekonomi sekarang, kata jurucakap PRIMA, Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Beliau yang juga usahawan dan ahli perniagaan berasa bimbang dengan indeks kejatuhan harga dalam dagangan urusniaga, kerana ianya membabitkan kedudukan ekonomi negara.

“Kekacauan ekonomi memberi impak besar kepada pertumbuhan urusniaga di dalam negara, apalagi ketika wilayah ekonomi pembangunan koridor di war-warkan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini (6 Ogos 2007). Seterusnya beliau mengingatkan projek wilayah ekonomi koridor utara, koridor timur mahupun WPI di selatan turut mengalami implikasi dengan ‘kekacauan ekonomi’ sekarang. Apabila kerajaan secara sedar mahu menyembunyikan fakta sebenar, ianya dilihat sebagai jerut tali gantung yang diletakkna ke leher mereka yang terbabit dalam perniagaan dan keusahawanan, beritahu Kamal kecewa dengan sikap tak kepedulian kerajaan.

DIALOG CHE DET DI YAYASAN PERDANA


Program bulanan sedang dirangka bagi mengadakan ‘Siri Dialog Che Det’ di Yayasan Perdana, Putrajaya dengan mengundang cendekiawan tersohor berdialog dengan peserta-peserta. Aktivis PRIMA, Raja Petra Kamaruddin diberi ‘lampu hijau’ bagi menganjurkan ‘Siri Dialog Che Det’, setelah berbincang dengan ketua pimpinan PRIMA Sdr Dharmala N.S. dan Dato’ Kamal Amir. PRIMA mengambil inisiatif menganjurkan ‘Siri Dialog Che Det’ sempena nama pena Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berdasarkan pemikiran mantan PM itu memberi suntikan semangat dalam menentang ‘perhambaan minda’ dalam masyarakat Melayu sekarang.

Menurut Raja Petra, siri dialog berkenaan diadakan sebagai acara bulanan dengan menjemput cendekiawan terbilang, termasuk di IPTA mahupun di IPTS bagi mencerna pemikiran baru dalam persaingan minda generasi muda ke arah menembusi ‘langit terbuka’ pada era dunia cyber sekarang. Katanya, pemilihan nama siri aktiviti tersebut mengambil sempena Che Det, berdasarkan sumbangan pemikiran Tun Dr. M baanyak memberi aspirasi kepada pemodenan Malaysia. “Setiap orang berhak membuat persepsi masing-masing terhadap pemikiran Tun Dr. M, tetapi PRIMA mempunyai kriterianya sendiri,” beliau memberitahu.

SURAT TERBUKA:

BIL TELEFON TERANCANG
CARA PAKEJ PERDAYA PENGGUNA

Oleh: Haji Abu Bakar Ninggal

Kira-kira dalam bulan Mac atau bulan April (2007), ada kakitangan Telekom Malaysia telah membuat beberapa panggilan telefon ke rumah saya. Tujuan mereka membaut panggilan itu, mereka telah menerangkan bahawa pihak telekom kini ada mengenalkan TIGA sistem pakej yang menguntungkan. Ertinya bil bulanan pengguna kononnya akan lebih rendah dari bil biasa. Ia kononnya sangat menguntungkan dan pengguna boleh mencuba buat masa tiga bulandan bila-bila masa saja boleh dibatalkan jika pengguna mahu. Tiada sebarang perjanjian bertulis antara pengguna dengan pihak telekom.

Menurut mereka telekom mempunyai TIGA pakej dan pakej yang paling murah ialah berharga RM68.00. Oleh kerana pada tiap-tiap bulan bil telefon rumah saya penggunaannya di antara RM70.00 hingga RM80.00 sahaja, maka sayapun bersetuju membeli pakej yang bernilai RM68.00. Menurut dari cakap-cakap yang telah diterangkan oleh kakitangan Telekom (suara lelaki) hanya menerusi telefon itu, andainya saya membeli pakej RM68.00 itu dan bil bulanan saya berjumlah RM80.00 atau lebih sedikit sahaja, maka saya hanya perlu bayar baki dari jumlah RM80.00 setelah ditolak pakej RM68.00. Ertinya saya kena bayar hanya RM12.00 sahaja.

Sebelum bersetuju membeli pakej itu, saya telah membuat pertanyaan beberapa kali untuk mendapatkan kepastian dan si pemanggil (suara lelaki) itu telah mengatakan benar dan benar seperti saya sebutkan di atas. Malangnya, dalam bulan Jun 2007 di hujung bulan saya terima bil yang bertarikh, 25 Mei 2007 sari Telekom dan saya amat terperanjat. Bil yang Telekom buat adalah seperti berikut di bawah ini:

BIL SISTEM PAKEJ

CAJ BULANAN RM 1.00

PENGGUNAAN RM 121.27

PAKEJ RM 68.00

CUKAI PERKHIDMATAN (5%) RM 9.51

JUMLAH SEMASA RM 198.78

Kalau mengikut bil cara lama adalah seperti berikut di bawah ini perbezaannya sangat banyak. Cubalah kita kita lihat perbezaannya:

BIL TANPA PAKEJ (BIL LAMA)

SEWA RM 26.00
PANGGILAN RM 121.27

CUKAI PERKHIDMATAN
(RM 147 X 5%) RM 7.36

JUMLAH SEMASA RM 154.63
Justeru itu, nyatalah bahawa sistem pakej yang kononnya menguntungkan pengguna itu ada bohong belaka dan ianya menipu rakyat. Tegasnya rakyat terpaksa bayar lebih lagi dan penerangan yang diberi melalui telefon saja dan tidak punya hitam putih itu adalah sati taktik penipuan. Salah dari undang-undang negara, apatah lagi dari segi undang-undang Allah SWT. Kerana bil cara pakej membuatkan saya nak dikenakan bayaran lebih an lebihnya ialah RM45.15. Wang sebesar ini boleh saya beli BERAS yang beratnya 10 kilo sebanyak dua (2) kampit. Cukup kami makan sekeluarga untuk sebulan lebih.
(bersambung)

INFO SASTERA & BUDAYA:

RAKYAT MALAYSIA MINAT MEMBACA
KARYA DALAM BAHASA MELAYU TERPINGGIR


Bekas pengarang dan penerbit akhbar tabloid mingguan ‘Pentas Dunia’, Sdr Omar Manan menolak tanggapan rakyat Malaysia tak berminat membaca, berikutan novel bersiri ‘Harry Poter’ karya J. K. Rowling laris di pasaran Malaysia. Menurut laporan katanya, peminat-peminat novel berkenaan di Malaysia sanggup berbaris untuk membeli naskhah novel tersebut apabila ianya diberitahu sudah dibawa masuk ke pasaran di negara ini. Bagaimanapun beliau berasa hairan, kenapa karya-karya berbahasa Melayu terpinggir di negaranya sendiri, hingga novel-novel Melayu sukar dipasarkan.

“Novel-novel Melayu boleh laris di pasaran, kalau tak banyak pantang larang,” menurut Omar yang terbabit dalam bidang penerbitan melebihi 30 tahun. Katanya, karya-karya Melayu yang mirip seperti J.K. Rowling ialah siri ‘Bercakap Dengan Jin’ karangan Tamar Jalis, ‘Berkelahi Dengan Syaitan’ oleh Tok Awang Ngah dan beberapa lagi yang pernah laris di pasaran, beritahu Omar menambah. Sebaliknya, kata Omar lagi karya-karya berkenaan dilarang terbit dengan siri tajuk yang serupa seolah-olah majalah bulanan, di samping berunsur tahyol, khurafat dan memesong aqidah. “Tak pernah pula dikaji berapa peratus yang terpesong aqidah selepas membaca siri tersebut,” ujarnya.

KOMENTAR
bersama Pak Parjo

KEBEBASAN MEMANG BERHARGA
BERAPA PULA NILAI PERLU DIBAYAR.


Hargai kebebasan, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bukit Mertajam (5 Ogos 2007), jadi tajuk utama akhbar arus perdana Berita Minggu. Kata Subhas Chandra Bose pula: Kalau anda mahu memetik bunga ros merah, jangan bimbang durinya menikam, kalau anda mahu kebebasan bayarlah harganya; harga bagi kebebasan ialah ‘kesengsaraan’ dan ‘pengorbanan’! Bezanya Pak Lah sebut fasal perlu hargai kebebasan, sementara Bose pula menyebut harga yang perlu dibayar bagi sesiapa mahu memperoleh ‘kebebasan’. Pak Lah pula menujukan ingatan tersebut kepada pengendali laman web dan laman blog yang dianggap tak hargai kebebasan.

Samalah seperti disebut bijak pandai kita, kebebasan bersuara ada tapi sekadar nenerbit akhbar propaganda, kebebasan demokrasi ada tapi sekadar bangunan Parlimen tersergam, kebebasan menuntut hak asasi manusia ada tapi sekadar wujud SUHAKAM, kebebasan pilihanraya ada tapi sekadar memangkah ke dalam peti undi. Itu saja. Tapi kebebasan yang terbatas, samalah seperti disebut ‘orang-orang di Jelebu’ iaitu kampung halaman Dato’ Seri Dr. Rais Yatim ‘dibiar kepala, diuca ekor’ (maknanya kena tanyalah Dr. Rais), kerana yang faham sikit-sikit sahaja perbilangan dalam kalangan masyarakat Minangkabau, tapi banyak-banyak memahaminya ialah:








HIDUP BAHASA MELAYU!

Sunday, August 5, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:

MEMANG SIBUK ORANG POLITIK
KALAU BIMBANG HILANG PENGARUH

Assalammualikum,


Hari minggu (5 Ogos 2007), mungkin sahaja waktu terluang bagi berihat kepada mereka yang bertugas di pejabat, atau terbabit dalam perniagaan dan keusahawanan. Tetapi aktivis politik dikatakan sibuk dengan aturcara masing-masing, bagi memastikan keprihatinan terhadap permasalahan rakyat. Semalam (Sabtu, 4 Ogos 2007) misalnya, PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bukit Mertajam menghadiri Program Mesra Rakyat sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan di Institut Perguruan Tuanku Bainun di samping memberi penghargaan kepada 60 pejuang kemerdekaan dari UMNO Bahagian Permatang Pauh. TPM Dato’ Seri Najib Tun Razak pula di Kota Kinabalu dengan menyebut Sabah sebagai kubu BN, di samping terlupa fasal insiden dekad 1980-an, apabila PBS mampu mendominan kerajaan negeri.

Mungkin sahaja sudah lebih 20 tahun berlalu, apatah lagi Dato’ Seri Pairin Titingan yang mampu menggugat ketika itu, sudah menyertai BN. Ok lah!. Dalam tempoh beberapa jam pula PM dan TPM terpaksa pula menghadiri ‘Majlis Makan Malam Perdana’ di Petaling Jaya, sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakail Rakyat Se Malaysia 2007; apalagi Datin Seri Jeanne Abdullah mula mengambil alih jawatan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo yang kelihatan bersama PM di Bukit Mertajam, kelihatan juga di sisi PM ketika di Petaling Jaya, kabarnya ke Johor pula hari ini (Ahad, 5 Ogos 2007) bagi merasmi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pengerang. Memang sibuk!


Dalam masa kesibukan pimpinan, hulubalang-hulubalang juga turut sibuk apabila ketua parti menjadi sibuk, bertambah sibuk dan sibuk sesibuknya. Kononnya, pimpinan UMNO peringkat Bahagian di Selangor juga ikut sama terkejar-kejar mengekori MB mereka, sama ada ke Bukit Mertajam ke Petaling Jaya, mahupun ke Johor dalam tempoh beberapa jam sahaja. Al-maklumlah, kalau berjauhan dari MB ketika pilihanraya sudah ehem ehem, semakin jauhlah peluang mahu menyusup ke mana-mana menjelang pilihanraya nanti, he heh he heh!

- MULUK-

INFO HAK ASASI MANUSIA:

GELOMBANG FASA KEDUA ISU WPI
PROWARIS AKAN GERAKKAN BERSEPADU

Dalam tempoh 10 hari selepas 4 Ogos 2007, Generasi Profesional & Pewaris Bangsa (ProWaris) akan melancarkan gelombang fasa kedua, sekiranya PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memberi penjelasan mengenai 20 Perkara tuntutan yang terkandung dalam memorandum berkaitan isu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor, kata presidennya, Feriz Omar. Bagaimanapun Feriz enggan mempolitikkan isu tersebut, asal sahaja Pak Lah bersedia menerima pandangan orang ramai, sebelum projek berkenanan dilaksanakan. “Kita tak mahu orang politik campur tangan dalam isu yang membabitkan kepentingan orang Melayu di Johor,” beliau menjelaskan.


ProWaris yang mengirim emel kepada semua pengendali laman blog dan laman web berharap semua pihak dapat menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai beberapa persoalan yang belum dijelaskan oleh kerajaan. Apalagi Akta 664 yang akan diguna pakai kepada pembangunan wilayah selatan, seolah-olah memberi ruang yang terlalu bebas kepada pelabor-pelabor dari Singapura, ketika pelabor-pelabor lain dari luar negeri memberi tumpuan kepada pelaboran di republik berkenaan. Seterusnya Feriz mengakui, ProWaris tak menolak sebarang projek pembangunan kerajaan, tetapi bukanlah secara semborono seperti dilakukan ke atas WPI.


SOKONGAN KEPADA PROWARIS

Jawatankuasa Ad-Hoc Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) memberi jaminan akan memberi sokongan penuh kepada perjuangan ProWaris dalam isu WPI. Jurucakap PRIMA, Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz memberitahu pimpinan yang diketuai sasterawan Dharmala N.S. bersetuju menggerakkan PRIMA bersama ProWaris dengan membawa lebih ramai NGO dan pengendali laman web dan lama blog memperjuangkan kepentingan Melayu di Johor bagi mengelakkan rakyat dikongkong ‘perhambaan minda’ berterusan, seolah-olah mengadaptasi naratif kegoblokan pemikiran di masa lalu apabila negeri-negeri Melayu satu demi satu jatuh kepada penjajah barat, kata Kamal.


Menurutnya ‘perhambaan minda’ masyarakat Melayu pada dekad 1770-an, dengan menyerahkan nasib masa depan anak cucu kepada sesiapa berkuasa ketika itu, justeru setiap perjanjian yang dimetrai semua menguntungkan sebelah pihak iaitu penjajah barat. Kata Kamal lagi, bangsa Melayu ketika itu yang memang daif dengan pemikiran kritis, terpaksa menyerahkan sahaja urusan hidup mereka kepada pimpinan yang berkuasa menentukan sebarang surat perjanjian. “Akhirnya pemimpin Melayu ketika itu diikat dengan perjanjian-perjanjian goblok, menyebabkan negeri Melayu dijajah satau demi satu, beritahu Kamal selanjutnya.


Setakat ini beberapa aktivis NGO termasuk MANTAP dari IPTA sudah mengadakan perjumpaan dengan ProWaris, dalam menyambut cabaran bagi menggerakkan gelombang fasa kedua. Bagaimanapun menurut Kamal, pimpinan PRIMA sasterawan Dharmala tak ikut menyertai perjumpaan yang dianjurkan ProWaris di Johor Bahru pada 15 Ogos 2007 ini, berikutan program lain iaitu kunjungan hormat menemui mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad di Putrajaya yang sudah diatur terlebih dahulu. Pihak ProWaris memberitahu, perjumpaan di Johor Bahru turut disertai oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena).

MUSA HASSAN SUDAH MEMBERI ‘SIGNAL’

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sudah memberi ‘signal’ mengenai spekulasi pilihanraya akan diadakan pada bila-bila masa. Laporan radio jam 4.00 petang hari ini (5 Ogos 2007) menyebut Tan Sri Musa sebagai berkata di Johor Bahru, anggota polis sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya, di samping cuti anggotanya dibekukan hingga selesai pilihanraya. Kalau pihak polis sudah membuat kenyataan terbuka, maknanya lebih ‘wa caya lu’, kalau dibandingkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya SPR. Tak hairanlah khidmat Tan Sri Musa masih diperlukan, sekalipun dikatakan umur bersaranya sudah sampai di garisan.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo


‘POLITIK ANGKA’ MAKIN HEBAT
JANJI PILIHANRAYA PUN BERMULA

Bagi penganalisis politik, ‘signal’ pilihanraya sudah dijangka sejak Februari lagi, ketika ramai guru-guru diminta mendaftar sebagai petugas pilihanraya; apalagi guru-guru yang sekolah mereka digunakan sebagai pusat mengundi. UMNO pula semakin galak menganjurkan kursus pilihanraya kerana ‘burung tempua tak akan bersarang rendah, kalau takkan ada berada’. Terpulanglah! Apalagi menteri-menteri pun sudah umumkan ‘politik angka’ sebagai propaganda yang sudah klise, seperti keperihalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin memproklamir dana RM300 juta, kononnya bagi membantu nelayan dengan pinjaman tanpa faedah menerusi Projek Transformasi Nelayan di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


Tak menghairankan fasal ‘politik angka’ ini, kerana Amerika Syarikat (AS) juga guna ‘politik angka’ apabila melobi negara-negara Islam, apabila polisi menyerang Iraq dan Afghanistan menjadi agenda. Malah ketika serangan pertama ke atas Iraq pada 1990 pun, Bush Sr menjanjikan ‘politik angka’ ke atas Mesir, dengan melupuskan hutang berbilion ringgit. Tetapi selepas kejatuhan Saddam Hussein, rakyat Iraq baru menyedari AS memberi kontrak dan projek mega kepada negara-negara yang menyokong misi haramnya. Isu pekerja-pekerja Korea Selatan yang dijadikan tebusan di Afgahnistan, adalah sebagai kontrak dan projek mega yang ditawarkan kepada pelabor-pelabor Korea. Justeru yang sukar mahu mempercaya ‘politik angka’, apalagi ‘empat angka’ setiap minggu hingga premis terbabit penuh sesak, ialah:
HIDUP BAHASA MELAYU!

Saturday, August 4, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang penindasan minda manusia kepada manusia)


DARI LAMAN BLOG:

PETANDA AWAL PILIHANRAYA

Assalammualikum,

Mesyuarat perwakilan UMNO merata sekarang, sebagai petanda awal pilihanraya semakin ehem ehem. Tak tahulah sama ada tahun 2007 atau 2008, segalanya terpulang kepada ilham number one. Kalau dibandingkan dengan period Tunku Abdul Rahman memegang jawatan number one, memang jauh berbeza kerana mungkin sahaja ianya mengikut peredaran masa yang serba mencabar, membebar dan menibar. Entahlah! Pada dekad 1960-an misalnya, Tunku umumkan pembubaran Parlimen terlalu awal, malah kempen juga dalam tempoh sebulan dengan dibenarkan rapat umum terbuka. Tetapi lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang, gamaknya!



Isu bahasa Melayu bukan sahaja dibahaskan di kalangan pencinta-pencinta bahasa, malah ahli-ahli UMNO turut mempersoal relevannnya ‘Bahasa Malaysia’. Kabarnya, sudah ada Bahagian UMNO membawa usul mengenai ‘Bahasa Melayu’ wajarlah diperkasakan, di samping menolak ‘Bahasa Malaysia’ yang kononnya bukan lagi berjatidiri Melayu. Maknanya, orang Melayu tak mahu ‘Bahasa Melayu’ dilupuskan seolah-olah masuk incenirator, kerana bangsa Melayu tak kira ianya aktivis parti politik yang berbeza pendekatan, mereka tak mahu bertolak ansur dalam isu Bahasa Melayu, seperti disebut pengarang di zaman dahulukala menerusi ungkapan Hang Tuah kononnya, ‘takkan Melayu hilang di dunia’!

INFO HAK ASASI MANUSIA:

PAK LAH DIBERI TEMPOH 10 HARI
BERI PENJELASAN KORIDOR ISKANDAR



Perdana Menteri Dato’ Abdullah Ahmad Badawi diberi tempoh 10 hari lagi bagi menjelaskan kedudukan memorandum yang diserahkan oleh Generasi Profesional & Pewaris Bangsa (ProWaris) sebulan lalu mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor. ProWaris dikatakan menuntut 20 Perkara bekaitan WPI supaya dikaji semula sebelum ianya dilaksanakan. Presiden ProWaris, Feriz Omar dilaporkan sudah menyampaikan memorandum berkenaan kepada Pak Lah sendiri sebelum PM ke luar negeri baru-baru ini, dengan memberi jaminan akan dipertimbangkan dalam tempoh 10 hari selepas memorandum berkenaan diserahkan.


Bagaimanapun Feriz Omar dikatakan kecewa, sesudah 20 hari berlalu tiada sebarang maklumbalas yang diberi mengenai tuntutan 20 Perkara yang dikemukakan oleh pihak ProWaris. Justeru katanya, pihak ProWaris memberi tempoh 10 hari lagi (dari tarikh 4 Ogos 2007) bagi membolehkan Pak Lah mempertimbangkan 20 Perkara yang dituntut. Menurut laporan, Feriz masih yakin Pak Lah bersedia memberikan pertimbangan, kerana banyak isu berbangkit masih dipersoal. Katanya, ProWaris memberi sokongan kepada semua projek pembangunan kerajaan, asal sahaja ianya tak merugikan bangsa Melayu.


KERTAS PELAKSANAAN KORIDOR
TAK DISEBUT BAHASA MELAYU

Jurucakap Jawatankuasa Ad-Hoc Warga Prihatin (PRIMA) Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz mempersoal kertas pelaksanaan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang tak disebut dalam Bahasa Melayu. Dalam pertemuan dengan beberapa pengendali laman blog di sebuah kedai makan Minang, di Kampung Baru hari ini (4 Ogos 2007), Kamal melahirkan rasa kecewa kerana kertas pelaksanaan itu tak disebut dalam Bahasa Melayu. Justeru beliau membuat spekulasi ianya tak memberi kepentingan kepada warga Johor sendiri, apabila sebahagian besar manfaatnya dimonopoli oleh Singapura. “Tak jelas sama ada ianya diberi tempoh pajakan kepada pelabor-pelabor seperti dilakukan oleh Indonesia apabila membangunkan Pulau Batam,” katanya.


Kamal turut mempertikaikan, isu Akta 664 yang disembahkan bagi perkenan raja-raja Melayu pada 12 Februari 2007, tetapi diwartakan pada 13 Februari 2007. Menurutnya, berdasarkan pengalaman di masa lalu belum pernah berlaku sebarang akta yang disembah kepada raja-raja Melayu diwartakan dalam tempoh satu hari sahaja. Katanya, Perkara 8 (1) (a) yang menyebut Pengerusi Bersama WPI ialah Perdana Menteri dan Menteri Besar, sebaliknya pada Perkara 8 (2), apabila PM tak menyertai mesyuarat WPI, TPM pula mewakili PM, menyebabkan kedudukan MB selaku ‘Pengerusi Bersama’ tak berfungsi.


Juteru kata Kamal selanjutnya, WPI perlu diberhentikan sebelum ianya dilaksanakan kerana banyak persoalan yang beli diberi penjelasan. “Kita tak perlu menunggu sebarang penjelasan PM, kalau ianya meletakkan orang Melayu dalam dilema WPI hanya perlukan ‘full stop’ sahaja, “ ujarnya.


ZAHRIN PERSOAL LOKASI:
LINGKUNGAN KAWASAN WPI


Aktivis UMNO yang dipecat Sdr Zaharin Mohd Yassin mempersoal keluasan lokasi Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), kerana tak dinyatakan secara komprehensif. Dalam pertemuan dengan PRIMA, beliau yang juga dikenali ‘Sang Kelembai’ dalam laman blog dan penulisannya menyebut, kerajaan perlu memberitahu jumlah keluasan yang terbabit dengan WPI. Katanya, ketika KEJORA dilaksanakan ianya ditetapkan persempadanan wilayah yang terbabit dalam projek berkenaan. “Pak Lah perlu bersikap telus bagi meyakinkan rakyat, WPI adalam pembangunan untuk kepentingan rakyat, bukan disitilahkan kepada ‘Wilayah Pembangunan Imperialis’ oleh orang ramai,” beliau menambah seterusnya.


Zaharin yang juga pernah berkhidmat dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut melahirkan rasa bimbang, sekiranya WPI tak dijelaskan persempadanan sebenar, kebobrokan pembangunan ekonomi boleh berlaku. Katanya, PKNS juga pernah membawa pelabor ke Selangor, tetapi ‘diperbudak-budakkan’ oleh kalangan kapitalis apabial diberi intensif mendirikan kilang di Sungai Way. Zaharin memberitahu kalangan pengendali blog yang mengadakan pertemuan hari ini (4 Ogos 2007) di Kampung Baru, insiden di Sungai Way ialah pelabur-pelabur menutup kilang mereka selepas pajakan 10 tahun, tetapi terus beroperasi dengan menukar nama syarikat yang baru berdasarkan intensif yang diberikan oleh kerajaan.


INFO SASTERA & BUDAYA:
SASTERAWAN NEGARA DI UPSI
LEGASI KESUSASTERAAN MELAYU

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim menganjurkan dialog bersama ‘Sasterawan Negara’ pada 9 Ogos 2007. Tiga orang ‘Sasterawan Negara’ yang menyertai pertemuan tersebut termasuklah Dato’ Profesor Emeritus Shahnon Ahmad, Dato’ A. Samad Said dan S. Othman Kelantan. Menurut Dato’ Dr. Mohd Mansor Abdullah yang aktivis PRIMA, beliau dihubungi oleh pihak panatia majlis berkenaan, Profesor Mohd Yusuff Hassan mengenai aktiviti berkenaan, bagi mendekatkan pelajar-pelajar UPSI kepada sastera Melayu. Peneraju PRIMA sasterawan Dharmala N.S. dan Dr Mansor akan hadir dalam perjumpaan tersebut, sebagai keprihatinan kepada sastera dan budaya Melayu.


Secara historikal perkembangan sastera Melayu memang digerakkan di UPSI, atau sebelumnya dikenali Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Malah kebangkitan sasterawan Melayu pada dekad 1930-an memang digerakkan di UPSI dengan penubuhan ‘Pejabat Karang Mengarang MPSI’ yang dikendali oleh Pendeta Tan Sri Zaaba. Novel-novel Melayu juga banyak diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang MPSI sebelum ianya dipindahkan kepada DBP pada dekad 1950-an. Pengarang-pengarang tersohor ketika itu seperti Ponggok, Ahmad Murad Nasaruddin, Harun Aminulrasyid, Mohd Yusuff Ahmad dan ramai lagi adalah memulakan bakat mereka di MPSI. “Kita sentiasa menyokong setiap aktiviti sastera dan budaya Melayu,” beritahu Mansor yang juga mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM.


KOMENTAR
bersama Pak Parjo

RAJA NAZRIN MENITSKAN AIRMATA
IMBAU PERJUANGAN TUN DR ISMAIL

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitiskan airmata ketika bertitah melancarkan buku ‘Bukan Kerana Pangkat: Tun Dr Ismail Dan Masanya’ di Universiti Malaya pada 3 Ogos 2007. Memang baginda seorang raja yang prihatin dengan perjuangan nasionalisme malah dilaporkan dalam satu majlis di Perak, baginda juga turut menghargai pejuang-pejuang nasionalisme yang lain termasuk Dr. Buharnuddin al-Helmy, Dato’ Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dato’ Panglima Bukit Gantang dan beberapa tokoh gerakan nasionalisme dari Perak. Memang sukar di kalangan pimpinan UMNO sendiri menitiskan air mata apabila mengimbau perjuangan tokoh-tokoh di masa lalu.


Tun Dr. Ismail memang pimpinan UMNO paling disayangi oleh Almarhom Tunku, malah ketika Pesuruhjaya Tinggi, Gerald Templer menawarkan jawatan menteri kepada Parti Perikatan pada 1953, Tunku menamakan ‘Tun Dr. Ismail’ dan ‘Tun H.S. Lee’. Sekalipun pemerhati politik menyebut menteri paling rapat dengan Tunku ialah Tan Sri Senu Abdul Rahman dan Tan Sri Khir Johari, tetapi ketika ditemuramah oleh penulis pada 1982, Tunku berulang kali menyebut beliau sayangkan Tun Dr. Ismail. Dalam temuramah itu, Tunku memberitahu pada dekad 1960-an, Tun Dr. Ismail beberapa kali menghantar surat perletakan jawatan sebagai menteri kabinet.


Kata Almarhom Tunku, beliau tak menjawab surat yang dihantar oleh Tun Dr. Ismail menyebabkan rakannya itu datang ke kediaman rasminya di Residency. Lantas Tunku bersembunyi, kerana tak mahu menemui Tun Dr. Ismail ketika sedang marah. Selepas beberapa hari setelah Tun Dr. Ismail berasa ‘sejuk hati’ barulah beliau mahu menemui rakannya itu, sambil berpura-pura tak mengetahui surat perletakan jawatan itu. Memang Tunku mengakui akan kesetiaan Tun Dr. Ismail sebagai sahabat dan rakan seperjuangan, seperti yang sentiasa ingat akan kawan-kawan seperti Tan Sri Abdul Samad Idris, Pak Sako dan Pak Boestamam ialah:

Friday, August 3, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

CATATAN LAMAN BLOG:

Assalammualaikum,


Alhamdullillah, kita meneruskan semula laman blog dengan aman tenteram, mudah-mudahan tiada lagi gangguan virus yang menyekat, mengikat dan merekat kebebasan intelektual kita bagi membebaskan perhambaan minda. Petang ini (3 Ogos 2007), di sebuah gerai teh tarik di Taman Seri Gombak, saya bersama mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM Dato’ Seri Dr. Mohd Mansor Abdullah seronok menikmati roti canai, justeri mengingatkan saya kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris. Bezanya, kalau dengan Tan Sri Abdul Samad beliau akan menikmati roti canai bersama ayam goreng.



Dato’ Mansor pula menjamahnya bersama kari kambing yang ditakuti oleh mereka berpenyakit darah tinggi atau kencing manis. “Setakat ini, saya masih belum diganggu sakit darah tinggi atau kencing manis, Alhamdullillah!” beritahu Dato’ Mansor yang masih diperlukan tenaganya oleh UIA di Sungai Pusu, Gombak. Tak tahulah kenapa lain-lain IPTA macam tak kenal kepada Dato’ Mansor, mahupun IPTS sekalipun beliau baru mencecah usia 62 tahun sahaja. Masih gagah lagi, malah mampu memberikan idea yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang sama ada di IPTA mahupun IPTS selepas jadi ‘orang pencen’.

- Dharmala N.S.

INFO HAK ASASI MANUSIA:

PENGUATKUASA VS AHLI MAJLIS
GARA-GARA SI PENJUAL DURIAN

Gara-gara si penjual durian melonggokkan buah-buah berkenaan di tepi jalan kawasan perumahan di sini, menimbulkan suasana tegang apabila pihak penguatkuasa mahu menyaman si penjual terbabit. Kebetulan pula seorang Ahli Majlis Perbandaran minum di gerai berdekatan, justeru beliau cuba menasihatkan penguatkuasa supaya menggunakan ‘budi bicara’. Rupa-rupanya si penguatkuasa tak memahami istilah ‘budi bicara’, malah tak mengenali langsung Ahli Majlis Perbandaran terbabit. “Penjual durian ini datang dari jauh, berilah dia peluang berniaga di tepi jalan, hanya pada musim durian setahun sekali sahaja,” Ahli Majlis Perbandaran itu cuba mencari penyelesaian.


Ironinya, si penguatkuasa tak peduli siapa sahaja yang cuba menghalang tugasnya. Apalagi lori juga sudah tersedia untuk memunggah buah-buah durian berkenaan, kerana ketika itu siapa lagi yang berkuasa kalau bukan si penguatkuasa. Disebabkan kecewa dengan sikap si penguatkuasa, makanya si Ahli Majlis Perbandaran itu (sudah tentulah orang kuat UMNO Bahagian) juga naik berang kerana sikap provokasi si penguatkuasa. Beliau pun memperkenalkan dirinya sebagai Ahli Majlis Perbandaran, di samping beliau ingatkan si penguatkuasa ‘menghitung’ jumlah buah durian yang mahu diangkut. “Saya mahu pastikan jumlah yang diangkut tak kurang walau seulas (bukan sebiji), apabila sampai di Majlis Perbandaran!” katanya.

Selepas menyedari yang meminta gunakan ‘budi bicara’ itu Ahli Majlis Perbadnaran, si penguatkuasa pun berlaku dengan tak bercakap sepatah kata. Tak hairanlah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo mengkritik kaki tangan awam mengenai mereka yang menerima anugerah kecemerlangan secara terancang. Peniaga terbabit adalah orang Melayu yang menjual buah durian di tepu jalan kawasan perumahan hanya setahun sekali sahaja, iaitu musim buah-buahan. Munkin juga si penguatkuasa terbabit belum pernah terjumpa istilah ‘budi bicara’, gamakanya!

DARI UTARA MENUJU KE TIMUR:
WILAYAH EKONOMI KORIDOR DICANANG


Jadual PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terlalu terbatas, dalam masa tak sampai 24 jam beliau sudah sampai di Kota Bharu dari Pulau Pinang. Di Pulau Pinang Pak Lah sekadar menyebut projek jambatan, begitu juga di Kedah mahu meningkatkan pendapatan petani-petani dengan peruntukan RM177 bilion, sekalipun sebelum tragedi 13 Mei, petani-petani di Kedah sudah dibayangkan dengan usaha ‘meningkatkan ekonomi’ mereka. Politik ‘angka’ dengan peruntukan berjuta-juta dulu, sekarang sudah berbilion-bilion pula, tetapi ‘Mat Jenin’ terus juga dengan pokok kelapa nan sebatangnya. Orang Melayu digalakkan ‘merebut peluang’, tetapi peluang apa yang mahu direbut, kalau nasi dipinggan pun dimiliki ‘orang lain’. Aduhai!

Tiba-tiba sahaja di Kelantan, Pak Lah sebut mengenai ‘Islam Hadhari’ bukanlah menyesatkan ummah, sebaliknya sesuai komuniti bukan Islam juga. Isu ‘Islam Hadhari’ tak disebut ketika di Kedah dan di Pulau Pinang, seolah-olah mereka di negeri berkenaan sudah memahami ‘Islam Hadhari’, berbeza dengan di Kelantan yang kurang memahami ‘Islam Hadhari’. Gamaknya! Begitu juga dengan propaganda Bush dalam misi haramnya di Iraq dan Afghanistan, dia sekadar menyebut ‘memerangi keganasan’. Apabila di negara-negara barat dia memerangi ‘militan Islam’ atau ‘pelampau Islam’. Aduhai, tra la la, tra la la!

KURSUS PILIHANRAYA RANCAK
PERSIAPAN UMNO MAKIN KETARA

Pilihanraya sekadar menunggu ilham PM Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, tetapi ilham berkenaan sudah disampaikan kepada semua Bahagian UMNO. Tak hairanlah, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sudah ‘menembak kancil, rusa yang kena’. Al-maklumlah! Hari ini (3 Ogos 2007) kursus pilihanraya bagi kawasan DUN di Negeri Selangor sudah digerakkan. Kabarnya, merungut juga mereka yang dipanggil berkursus kerana lokasinya di situ, di situ juga. Mereka meminta kursus bagi persediaan pilihanraya, seelok-eloknya sekali sekala bawalah ke kawasan peranginan di luar negeri Selangor, misalnya ke pesisir pantai atau lebik baik juga ke Kota Kinabalu, setidak-tidaknya melonjak ke puncak kejayaan di pergunungan!


Memang ramai juga pimpinan peringkat Bahagian mahu mengiringi Menteri Besar Dato’ Seri Mohd Khir Toyo ke Pengerang, Johor besok (4 Ogos 2007) yang diundang merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian berkenaan. Mungkin sahaja Pengerang dikira pesisir pantai juga, malah berhadapan dengan Selat Teberau yang bersetentang dengan Singapura di selatan dan Laut Cina Selatan di sebelah timur. Kabarnya banyak juga lokasi sejarah di Pengerang termasuk wilayah yang menjadi tempat sembunyi Si Bongkok Tanjung Puteri yang popular dipromosi oleh Cikgu Shahrom Hussein. Pimpinan UMNO Bahagian di Selangor yang mengiring MB, bolehlah tanyakan Dato’ Azalina Othman Said mengenai Si Bongkok tu, he heh he heh!
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TUN DR M
PRIMA akan membuat kunjungan hormat ke pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya 15 Ogos 2007 akan datang. Jurucakap PRIMA Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz memberitahu kunjungan itu dibuat sekembalinya Tun Dr M dari luar negeri. Aktivis PRIMA yang akan menyertai kunjungan hormat menemui Tun Dr M antaranya termasuk Yahaya Ismail, Dharmala N.S, Haji Abu Bakar Ninggal, Mohd Sayuti Omar dan beberapa lagi yang belum sempat dihubungi. Kata Dato' Kamal, kunjungan ini sebagai perjumpaan biasa untuk menerima penjelasan daripada Tun Dr M berkaitan isu budaya dan bahasa Melayu. Disamping itu Dato' Kamal juga menjelaskan perjumpaan esok hari (4 Ogos 2007) akan diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dharmala N.S dan Raja Petra Kamaruddin dijangka hadir.

INFO SASTERA & BUDAYA:

DEKLAMASI PUISI DI DBP
SASARAN KEPADA KANAK-KANAK


Ladin Nuawi memberitahu, pertandingan deklamasi puisi kanak-kanak di gerakkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 24 Ogos 2007 ini. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu kanak-kanak berusia 7 – 9 tahun, dan mereka yang berusia 10 – 12 tahun. Dalam istilah lain ialah pelajar-pelajar Darjah 1 – 3; di samping Darjah 4 – 6, atau khusus kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Menurut Ladin yang juga aktivis teater kanak-kanak, pertandingan tersebut terbuka kepada umum, justeru mereka yang berminat bolehlah hubungi Cik Fazilah tel: 03-21482521 atau Puan Zeti dengan tel: 03-218481254. Membawa puisi kepada kanak-kanak mungkin juga bermaksud baik, tetapi sudah didekatkan mereka kepada puisi ketika pada Darjah 1.

Usaha DBP mendekatkan puisi kepada kanak-kanak, bolehlah diterima sebagai permulaan yang baik. Setidak-tidaknya kementerian juga memberikan perhatian kepada subjek sastera di peringkat sekolah menengah rendah, seperti pda dekad 1960-an dan 1970-an dulu. Pada alaf baru ini, pelajar-pelajar sekolah menengah sendiri mencemuh subjek sastera kerana ianya bukan lagi ‘wajib’. Makannya kalau lingkup subjek sastera pun, biak pi laa! Pelajar-pelajar lebih bangga dengan subjek metametik, sains, fizik atau kimia yang kononnya lebih ‘cerah masa depan’ kalau dibandingkan dengan subjek sastera. Begitulah yang diberitahu kepada mereka!


KOMENTAR
bersama Pak Parjo

SIGNAL SUDAH DIBERI JELAS
PIMPINAN PERLU FAHAM, FAHAMLAH!


Kalau pimpinan dulu sering memberitahu, ianya akan berundur apabila menerima signal khidmatnya tak diperlukan lagi. Tak tahulah dengan senario dalam UMNO sekarang, kerana signal nampaknya sudah diberi jelas sejelas-jelasnya. Misalnya apabila Ketua Perhubungan UMNO negeri Perak Dato’ Seri Mohd Tajul Rosli Ghazali umumkan, negeri Perak akan memberi sokongan kepada Khairy Jamaluddin menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO sekiranya Dato’ Seri Hishamuddin Hussein berundur. Secara zahirnya cakap berlapik menyebut ‘kalau berundur’, sebaliknya sudah tentu signal sebenar ialah ‘silakan berundur’.


Di masa lalu juga penjajah Inggeris secara diplomasi menyebut tugas mereka ialah ‘penasihat’ raja-raja Melayu, sebaliknya istilah sebenar ialah ‘nasihat itu mesti dipatuhi’. Apalagi Dato Seri Hishamuddin belumpun umumkan fasal mahu berundur dari jawatan Ketua Pemuda, tup tup sudah disebut-sebut akan penggantinya. Begitulah ‘signal’ yang perlu diterima sebagai ‘nasihat yang mesti dipatuhi’, kerana di persimpangan jalan juga diletakkan lampu signal. Apabila lampu signal sudah memancar merah, kalau mahu pecut juga, hadapilah risikonya. Begitu juga ketika lampu hijau memancar, sekiranya tunggu juga makanya kenderaan di belakang akan menyondol, seperti yang sentiasa memerhati lampu berwarna warni dan kulauan bunga api memancar malam kemerdekaan ialah:

Thursday, August 2, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

CATATAN LAMAN BLOG:

VIRUS YANG BERBAHAYA
APABILA IANYA TAK TELUS

Assalamualaikum,

Sukar mahu memberi jawapan, apabila rakan-rakan bertanya. Laman Blog PRIMA tiba-tiba sahaja tak diteruskan kesinambungan artikel hariannya pada 31 Julai diikuti 1 Ogos 2007. Kalau disebabkan virus hingga artikel terganggu untuk dimasukkan ke dalam blok, tak mengapalah! Memang komputer yang canggih pun hanya ciptaan makhluk, sudah tentu mengalami kekurangan dan kelemahan, tetapi kita bimbang keadaan yang tak telus menyebabkan kebebasan intelektual terhalang, tergalang dan terkalang! Masalah yang dihadapi sekadar artikel tak boleh dimasukkan ke dalam blog, sebaliknya untuk mengikuti artikel lama di dalam blog, Alhamdullillah!


Hanya pada petang 1 Ogos 2007, jurucakap PRIMA Dato’ Kamal Amir memberitahu acara ‘Sepetang Bersama Raja Petra Kamaruddin’ pada 4 Ogos 2007 terpaksa dibatalkan disebabkan suasana tak mengizinkan. Disebabkan blog PRIMA tak boleh beroperasi, makanya pembatalan itu disalurkan melalui laman web Malaysia Today. Pengarang veteran Yahaya Ismail (Pak Ya) pula meminta banyak-banyak sabar ketika menghadapi masalah ‘virus’ yang mengganggu laman blog, sekalipun ianya sekadar menyuarakan kegusaran majoriti rakyat.


INFO HAK ASASI MANUSIA:


CYBER CAFÉ JADI TUMPUAN
ORANG DEWASA MACAM ‘SPY’

Ketika laman web dan laman blog diarahkan dipantau oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz, cyber café (CC) yang sebelumnya menjadi tumpuan remaja, tiba-tiba turut dikunjungi orang dewasa. Sejak 28 Julai kelihatan ‘orang dewasa’ yang berambut pendek bertubuh sasa menghadap komputer di CC, sambil melingas-lingas pandang ke sekililing seolah-olah perisik atau ‘spy’ dalam filem-filem Hollywood yang popular sekitar dekad 1960-an dan 1970-an. Malah remaja-remaja yag sering ke CC juga berasa hairan, kerana ‘orang dewasa’ terbabit tak pernah dilihat sebelumnya menghadap komputer macam mereka yang habiskan masa di CC.


Laporan kalangan remaja terbabit mengenai ‘orang dewasa’ turut sama ke CC untuk ‘menengok’ komputer. Remaja memang sering ke CC bagi menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain game; kadangkala pelajar-pelajar dengan uniform sekolah (yang dilarang oleh peraturan kerajaan kepada pengendali-pengendali CC) juga turut bermain game di komputer. Tak tahulah ‘orang dewasa’ terbabit bermain game, atau melayari laman web dan laman blog. 1 Ogos 2007 jam 12.00 tengahari, dikatakan ‘orang dewasa’ kelihatan di salah satu CC di Seri Gombak, di samping pelajar-pelajar beruniform sekolah turut hiruk pikuk di bilik sebelahnya.


NARATIF MEMAJUKAN KELANTAN


Politik ‘angka’ dengan mengumum jumlah berbilion ringgit untuk projek bangunkan negeri Kelantan, sudah menjadi naratif seolah-olah negeri berkenaan termundur, terundur dan terkendur sejak dekad 1960-an lagi. Hingga terlupa pula bagi tempoh 1978 – 1990. takkan negeri Kelantan tak dimajukan, dibangunkan dengan ditingkatkan tahap ekonomi rakyat. Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris ketika memegang jawatan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, pernah memberitahu rakan-rakan, mengenai peniaga-peniaga Melayu yang mendominasi pasar-pasar utama di rantau Melayu hanya di Kota Bharu (Kelantan) dan di Bukittinggi (Sumatera Barat).


Laporan TV1 hari ini 2 Ogos 2007 (5.00 petang) misalnya, menampilkan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan politik ‘angka’ ketika berkunjung di Kota Bharu. Ironinya, RTM sempat pula menjana propaganda dengan menyebut kerajaan negeri tak mampu memajukan ‘Kelantan’. Malah wartawan penyiar tak keruan apabila pembesar suara pun bagaikan buat hal, ketika meminta seoranng YB membuat komen. Apalagi yang tersengih-sengih di sebelah PM bukanlah MB kelantan bagi melaksanakan projek pembangunan, tetapi alahai!

INFO SASTERA & BUDAYA:

PENGGIAT TEATER KANAK-KANAK
UJIBAKAT DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Penggiat teater kanak-kanak tersohor Ladin Nuawi mengadakan uji bakat bagi mementaskan teater kanak-kanak di bawah kumpulannya ‘Bingkas Bayan’ di DBP 5 Ogos 2007. Ladin memang dikenali penggiat teater yang banyak bereksprimen, tetapi memilih teater kanak-kanak sebagai keutamaannya. Sekalipun tak dijelaskan butir-butir selanjutnya mengenai teater kanak-kanak yang digerakkan oleh Ladin, mereka yang berminat boleh sahaja menghubunginya menerusi h/p 012-3721453 atau melayari laman webnya http://www.bingkasbayan.com/ bagi keterangan lanjut.

Mungkin sahaja teater kanak-kanak dianggap baru di Melaysia, tetapi ianya sudah lama digerakkan di luar negeri. Malah di USM satu ketika dulu pernah diperkenalkan oleh Mustapha Kamal Yassin kertas pengajian ‘Educational Teater’ yag menjuruskan kepada teater kanak-kanak. Syabas kepada Ladin yang menggerakkan teater kanak-kanak, dengan membawa kelainan dalam perkembangan teater Melayu sekalipun secara logiknya sukar membolosi tembok ‘Istana Budaya’. Teruskan Ladin!


KOMENTAR
bersama Pak Parjo
TANGKAK NAIK TARAF
NARATIF PUTERI GUNUNG LEDANG

Tangkak dan Keluang sudah dinaikkan taraf menjadi daerah di negeri Johor, seperti disebut Menteri Besar Dato’ Seri Haji Abdul Ghani Othman dalam laporan TV hari ini (2 Ogos 2007). Maknanya bertambah dua buah daerah lagi di Johor, sekaligus dua orang pegawai daerah ditambah bagi mentadbir pejabat daerahnya. Tak hairanlah Johor yang luas muka buminya berdasarkan geografi bertambah dua lagi daerah; mudah-mudahan bertambah pula dua lagi Bahagian UMNO dengan dua ketua Bahagian yang berharap menerima geran itu geran ini, projek itu projek ini dan he he he he he!

Keluang termasuk di dalam wilayah ekonomi Koridor Selatan kabarnya, justeru perlu dinaikkan taraf segera menjadi sebuah daerah. Tetapi Tangkak lokasinya di utara sedikit, malah popular dengan Gunung Ledang yang menjadi naratif kesultanan Melayu satu ketika dulu. Kalaulah Sultan Mahmud Syah mampu membina jambatan emas dan jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang pada period Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, mungkin sahaja Tangkak menjadi wilayah Melaka. Tetapi peta Persekutuan Tanah Melayu dilakar oleh penjajah barat, bukannya anak-anak Melayu sendiri, kerana yang masih membaca epik ‘Sejarah Melayu’ ialah:

Wednesday, August 1, 2007

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang penindasan minda manusia kepada manusia)


INFO HAK ASASI MANUSIA:

TAHNIAH ‘HARI PAHLAWAN’
ANCAMAN MUSUH ANTARABANGSA


Rakyat Malaysia memberi sokongan kepada mereka yang terbabit dalam perjuangan mempertahankan negara daripada ancaman musuh sempena sambutan‘Hari Pahlawan’ hari ini (31 Julai 2007). Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam teks titah baginda juga mahukan rakyat mengenang jasa pahlawan-pahlawan kita yang terkorban dalam perjuangan mempertahankan keselamatan negara, apalagi daripada ancaman pengganas antarabangsa. Baginda bertitah seperti dilaporkan oleh berita radio 1.00 tengahari, buat masa sekarang negara berada dalam keadaan aman tenteram.


Perdana Menteri, Dato’ Abdullah Ahmad Badawi pula ketika berucap di Pulau Pinang melancarkan wilayah ekonomi ‘Koridor Utara’ di negeri itu mahukan rakyat amalkan budaya ‘melonjak ke puncak kejayaan’ bagi menikmati kemerdekaan dengan lebih bermakna. Tak tahulah, sama ada selama ini rakyat amalkan atau tidak budaya melonjak ke puncak kejayaan itu, kerana orang tua-tua kita ingatkan ‘kalau baru keluar kerabang, jangan cuba terbang tinggi’. Apalagi mereka yang mahu terbang tinggi pula, ada ura-ura akan ‘dicantas’ seperti keperihalan Dato’ Seri Dr. Rais Yatim yang diminta menjadi Setiausaha Agung Komanwel kerana he heh he heh!


SELAMATKAH KAWASAN PERUMAHAN KITA

Isu siling Parlimen bocor, bangunan-bangunan yang dibina juga bocor, bukan salah Jabatan Kerja Raya (JKR), kata menterinya, Dato’ Seri S. Samy Vellu. Mungkin juga kawasan perumahan yang tak selamat, tak salah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, sekalipun yang meluluskan prsedurnya memang jabatan terbabit. Banyak juga kawasan perumahan, tak dinilai semula tahap keselamatan, kerana semuanya dikatakan ok belaka. Kalaua jabatan dah kata ok, kementerian pun akan ok, yang tak ok ialah pembeli dan penggunaan yang masih terkongkong di bawah ‘perhambaan minda’.


Kawasan perumahan di Taman Seri Gombak misalnya, tak pernah dipersoal apabila dinding rumah bertemu dengan jalan. Mungkin prosedur ‘kerajaan tempatan’ di Selayang begitu, semuanya ok! Dinding rumah yang bercantum dengan jalan, belumlah roboh tetapi berbekas juga apabila digesel lori atau kenderaan berat sikit. (Lori trelar memang tak masuk). Penghuni juga bimbang mahu tinggalkan rumah, manalah tahu dikorek pula oleh ‘tetamu tak diundang’, malah terus ke tengah ruang. Perumahan terbabit kebanyakan di fasa 9, Taman Seri Gombak yang kononnya mempunyai ‘history scenary’ bagi menarik pembeli dan pengguna sebelum ini. Entahlah!


INFO SASTERA & BUDAYA:

KEGOBLOKAN PIMPINAN NEGARA
MEWUJUDKAN KORUPTER BANGSA


Pengkritik sastera tersohor sekitar dekad 1960-an Yahaya Ismail, sudah meneliti puisi-puisi yang dimuat dalam antologi sajak ‘Melayu Mudah Lupa’. Beliau yang diminta menulis ‘kata pengantar’ mengakui merasa terharu selepas meneliti semua puisi-puisi terbabit, yang rata-rata terpanggil dengan ‘kebobrokan’ pentadbiran negara sekarang, apabila lebih didominasi oleh ‘kegoblokan’ pimpinan menampilkan kumpulan koruptor bagi menginjak-injak kedudukan budaya Melayu. Malah kata Yahaya dikenali dengan panggilan ‘Pak Ya’, kebobrokan dan kegoblokan itu menjadikan orang Melayu sekadar menghitung detik hari-hari terakhir ‘Askar Melayu’, ‘Keretapi Tanah Melayu’, ‘Utusan Melayu’ dan akhir sekali ‘raja-raja Melayu’ yang mereka miliki sekarang!


Bagi Pak Ya antara puisi-puisi yang menarik perhatiannya termasuklah, Melayu Lupa Melayu (Zakaria Bidin), Jiwa Merdeka (Habsah Hasan), Punah (M.Z. Alias), Daya Juang Melayu (A.Aziz Deraman), Gurindam Bahasa Merdeka (Leo A.W.S.), Bawakan Secangkir Kopi Puteri-Puteriku (Dharmala N.S.), Maaf, Aku Belum Merdeka (Bahrin Ramly), Gah Di Kertas Saja (Aladdin Muhammad), Bahasa Mahkota Bangsa (Rejab F.I.), Peribumi Itu Tidak Lagi Berbumi (Adiah Mat Lana), Melayukah Itu (Ehsan Jamily). Mentera Bahasa (M. Ashikin), Ruginya Kerana Lambat Dilahirkan (Nurul Salwa), 50 Tahun Berlalu (Kamal Amir), Bangsaku Yang Pemaaf (Ahmad Sarju) Mukhiddin Jais (Kaduk) dan Kibarkan Panji Diri (Mohd Sayuti Omar).


Menurut Pak Ya puisi-puisi lain juga turut mengungkap kehebatan penyair dalam menyampaikan mesej menolak ‘perhambaan minda manusia kepada manusi’ ke arah meneruskan pemikiran ‘kebebasan intelektual’ seperti Haron Kidam (Melayuku: Oh Melayuku), Abham T.R. (Apalah Makna Merdeka), Ladin Nuawi (Guru, Kubu Ilmu), Najmi (Dekad), Tanah Pesaka (Halimahton Abu Bakar), Mohamad Salleh Salimin (Patah Tumbuh, Tumbang Berdiri), Kemerdekaan Dan Cermin Filosofi Bangsa Melayu (Saloma Mat Lajis), Bila Engkau Bercakap Tentang Kampung Gunung Mesah (Ramli Abdul Halim), Pari-Pari Ilusi (Yassinsalleh), Sobri Ahmad (Bukan Si Spiderman) dan 31 Ogos (Dinsman).


KOMENTAR
Bersama Pak Parjo


DILEMA BEKAS PELAJAR-PELAJAR
MANGSA SEKOLAH MENENGAH MELAYU



Dilema bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Melayu yang dieksprimen pada dekad 1950-an yang dibangkitkan oleh mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dato’ Dr. Mohd Mansor Abdullah, seolah-olah mirip juga seperti ‘Dilema Melayu’ Tun Dr. Mahathir Mohammad yang pernah menimbulkan kontroversi. Buku ‘Dilema Melayu’ diharamkan penghujung 1969, sekalipun Tunku mengakui beliau tak pernah membaca teks mahupun huraian mengenai buku berkenaan. Tetapi dilema bekas pelajar-pelajar sekolah menengah Melayu iaitu mengenai Bahasa Melayu ditukar kepada ‘Bahasa Malaysia’ selepas mereka menjadi mangsa ketika semangat ahli-ahli UMNO berkobar-kobar mahu mendaulatkan Bahasa Melayu pada period awal pasca mereka.


Bukan Mansor sahaja menjadi mangsa, ramai lagi turut menjadi mangsa apabila ibu bapa mereka memilih sekolah menenagh Melayu bagi memenuhi ‘modal insan’ ketika itu. Kabarnya di Seremban, Haji Sidek Harun (ayah penulis Nisa Harun, yang juga seorang peguam), sekadar mampu berkhidmat dalam perkeranian apabila lulus SPM, kerana hadnya setakat itu sahaja. Selepas SPM mereka tak boleh lagi meneruskan ‘budaya melonjak ke puncak kejayaan’, kerana universiti Melayu belum ada, dan STP untuk masuk universiti Melayu entah di mana. Tahun 1963 – bukan sahaja dilema, tapi gelap semata selepas menamatkan SPM. Alahai!
Tak apalah, asal sahaja Bahasa Melayu kekal sebagai ‘aliran Melayu’nya. Apabila ‘Bahasa Melayu’ dimahkotakan sebagai ‘Bahasa Malaysia’ – seperti kata penyair Ahmad Sarju ‘Hati Siapa Tak Terharu’ (sajaknya yang memenangi Hadiah Sastera Nasional pada 1971). Kalau tak mahu Bahasa Melayu, tak perlulah susah-susah gerakkan sekolah menengah Melayu pada 1958. Ketika itu sudah boleh ditubuhkan sekolah menengah Malaysia, dan Mansor juga akan memasuki ‘Sekolah Menengah Malaysia’. Segalanya macam cerita berbingkai yang digemari orang tua-tua dulu kerana jalan ceritanya yang berangkai-rangkai, berungkai-rungkai dan berantai-rantai memang menyeronokkan: