Monday, June 22, 2009

SEKILAS PANDANG...

Ku Li lebih tahu 'kerajaan perpaduan'
Kalau dibanding dengan Hadi Awang

Assalamualaikum,


'Kerajaan Perpaduan' yang digembar gemburkan sebagai isu sensasi sekadar propaganda murahan yang diberi nilai baru bagi merancakkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai di Kelantan Julai ini. Tetapi Tengku Razaleigh Hamzah masih membisu dalam isu 'kerajaan perpaduan', sekalipun beliau mempelopori ketika menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden UMNO. Berikutan memperoleh satu pencalonan sahaja berdasarkan kuota 30% yang ditetapkan oleh perlembagaan UMNO, Tengku Razaleigh tercicir daripada persaingan, dengan Dato' Seri Mohd Najib memperoleh hampir 100% percalonan.

Daripada sumber dalaman UMNO juga, Tan Sri Muhyiddn sukar menewaskan Dato' Mohd Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden sekiranya tak berlaku isu 'politik wang' dan 'tindakan berpilih'. Ali Rustam dikatakan mempunyai network sama seperti Khairy Jamaluddin, justeru keputusan pemlihan Pemuda turut mempengaruhi pesaingan Ali Rustam-Muhyiddin. Selepas pemilhan UMNO berakhir, 'kerajaan perpaduan' yang dipelopori Ku Li juga turut menutup tirai. Sebalknya ketika pemilihan PAS, tak semena-mena pula Dato' Seri Haji Hadi Awang meminjam pendekatan yang dibuat oleh Ku Li. Entahlah!

Ku Li menampilkan isu 'kerajaan perpaduan', ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim heboh dengan 'kerajaan alternatif' pada 16 September 2008. Barangkali 'kerajaan perpaduan' Ku Li berbeza pendekatan dengan 'kerajaan perpaduan' Hadi Awang, tetapi pimpinan UMNO seolah-olah lebih selesa dengan 'kerajaan perpaduan' Hadi Awang, di samping kurang yakin terhadap 'kerajaan 1Malaysia'. Bagaimanapun Ku Li masih berdiam diri dengan isu 'kerajaan perpaduan' sekalipun beliau lebih memahami isu 'kerajaan perpaduan' berbanding dengan Hadi Awang yang masih terkial-kial untuk menterjemahkan kepada aktivis PAS sendiri.

Berdasarkan penjelasan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustapha Ali yang mahukan PR ikut sama dalam sebarang rundingan, amat nyata konsep 'kerajaan perpaduan' itu adalah bersumberkan idea Ku Li. Justeru pimpinan UMNO sepatutnya membawa Ku Li ikut sama bagi merealisasikan 'kerajaan perpaduan' bukannya bergantung harapan kepada Hadi Awang. Barangkali juga Ku Li mempunyai huraian yang lebih baik daripada Hadi Awang berlandaskan pengalaman beliau, sekalipun pimpinan muda UMNO menganggap tepoh jangka hayat politik Ku Li sudah sampai di penghujung. Meminjam kata-kata Sudin dalam filem 'Seniman Bjang Lapok' karya Tan Sri P Ramli: 'Belum try belum tau!':

-Pak Dharma.

ISU H1N1 SERIUS:


Wujud penularan tempatan:
H1N1: Premis sekolah tutup seminggu

Oleh HASHNAN ABDULLAH - pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 21 Jun - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut penting bagi mengelakkan penyakit itu menjadi satu wabak yang sukar dikawal pada masa depan. Menurutnya, ia juga sejajar dengan protokol yang telah ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak Influenza A (H1N1) pada 18 Jun lalu.

''Saya telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang situasi penyakit itu di sekolah terbabit pada tengah hari tadi. ''Beliau berpendapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa murid memerlukan kita mengambil langkah untuk menutup sekolah itu selama seminggu," katanya. Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Mendayung Jabatan Perdana Menteri 2009 di sini hari ini. Hari ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes H1N1 melibatkan seorang murid perempuan berusia 11 tahun dari SJKC Jalan Davidson di sini, menjadikan ju mlah kes itu di seluruh negara meningkat kepada 50 setakat ini.

Murid tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5 (I), menjadikan kes H1N1 di sekolah itu kepada tiga, dua daripadanya kes penularan tempatan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, tindakan menutup sekolah itu selama seminggu adalah wajar walaupun ia melibatkan jumlah murid yang kecil.Beliau menambah, walaupun penting untuk tidak mengganggu pelajaran murid-murid di sekolah, tetapi soal keselamatan dari segi kesihatan lebih diberi keutamaan.

DARI PEJABAT ANWAR IBRAHIM


Pendidikan jadi wahana penting:
Pelajar tercicir arus pembangunan

oleh:
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen
dan Ahli Parlimen Permatang Pauh

Ucaptama yang saya sampaikan bersempena Wacana Pendidikan Rakyat pagi tadi antara lain menyentuh kelemahan ketara sistem pendidikan yang mengakibatkan ramai pelajar tercicir dari arus pembangunan. Pendidikan yang seharusnya menjadi wahana penting buat rakyat keluar dari bahaya kemiskinan, rupa-rupanya masih gagal walau sudah puluhan tahun merdeka. Tatkala saya memimpin gerakan mahasiswa dahulu, antara teks yang menjadi rujukan adalah karya Paulo Freire, “Pedagogy of The Oppressed,” satu analisis tajam pemikir asal Brazil ini bersangkutan dasar pemerintah yang berterusan memastikan rakyat terkongkong melalui pendidikan. Dasar digarap sedemikian rupa agar mereka yang berkuasa tetap rakus bertakhta tanpa pertanggungjawaban kepada rakyat.

Tiadanya kebebasan akademik tambah memburukkan keadaan. Pelajar dan pengajar dimomok-momokkan dengan segala macam hukuman sehingga membantutkan proses pembelajaran yang memerlukan pemikiran kritis sebagai pemangkin. Budaya ampu disangga dan melarat ke seluruh pembentukan peribadi setiap dari kita. Ketakutan pula diterima sebagai satu norma biasa masyarakat. Agenda Pendidikan Nasional yang baru mestilah mengikis barah yang disebut tadi. Dunia akademik, baik pengajar dan pelajar, mestilah berani mendepani persoalan dan menjadi jurubicara rakyat. Usaha mestilah dijana bagi memecahkan kebuntuan kebobrokan sistem kehakiman, rasuah yang bermaharajalela dan kemunduran pendidikan. Kita tidak boleh sama sekali mengkhianati amanah ini. Terkesan sekali karya The Opium of the Intellectuals karya Raymond Aron ketika ini.

Tahun 1955 apabila buku ini diluncurkan, penulisnya mahu memecahkan tiga mitos yang menyebabkan trahison des clercs (pengkhianatan kaum intelektual). Saya kini meminjam wacana tersebut, berhasrat merobohkan tiga pembohongan yang dilemparkan kepada Keadilan; kononnya mengabaikan kemaslahatan umat Melayu, Islam dan derhaka kepada Raja. Nah sekarang sebenarnya siapa yang mengabaikan umat Melayu dan Islam? Kekayaan beredar di kalangan mereka menyebabkan kebanyakan orang Melayu kekal dalam kemiskinan manakala Bahasa Melayu terus diinjak-injak.

Kerakusan untuk terus berkuasa membuatkan mereka memperkudakan institusi kehakiman dan keadilan walaupun ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan syariat. Hakim-hakim yang tegas serta berani diketepikan, membuka ruang kepada mereka yang sedia menjadi pak turut. Sampai sekarang rakyat tidak pasti apakah tindakan susulan yang bertanggungjawab terhadap kes VK Lingam. Manakala rakyat pastinya tidak melupakan penghinaan yang dilemparkan umno bn terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 itu. Mitos dan fitnah jahat penguasa ternyata tidak lagi ampuh membohongi rakyat.

Sunday, June 21, 2009

INFO LUAR NEGARA


13 people were killed:
Attacked mosque in Tehran

hr 6 mins ago

TEHRAN, Iran – Iranian state television says 13 people were killed in violent clashes between police and what they call "terrorist groups."

The report did not specify how the deaths occurred, but state television reported earlier that several people were killed Saturday when "rioters" attacked a mosque in western Tehran.
Sunday's report on Iran's official English language station said "rioters" set two gas stations on fire and attacked a military post.

Iran's capital was wracked by violence Saturday as security forces clashed with supporters of Mir Hossein Mousavi, who claims he won the June 12 presidential election.
The report was the second confirmation of deaths since unrest began. State media said seven people were killed early in the week. - AP

KALAU MELAYU TAK BERSATU...


Mukhriz tak yakin
1Malaysia boleh berjaya
21/06/2009 4:49pm

JITRA 21 Jun — Konsep 1Malaysia tidak akan dapat direalisasikan, sekiranya orang Melayu tidak bersatu kerana kestabilan serta kemakmuran negara bergantung kepada kekuatan bangsa itu. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata, orang Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kemajuan negara kerana ia merupakan bangsa majoriti di negara ini. “Kalau orang Melayu tak bersatu, macam mana nak jayakan 1Malaysia dan ia akan merugikan bangsa lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung perwakilan Pertubuhan Peladang Kawasan A-II di Kodiang, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, perpaduan perlu dimulai oleh orang Melayu sebagai tonggak serta peneraju dalam menjayakan 1Malaysia dan menjadi contoh kepada bangsa lain. “Apabila bercakap pasal perpaduan orang Melayu, ia bukanlah bersifat perkauman, tak mungkin wujud kerajaan yang terdiri 100 peratus pemimpin Melayu kerana kita dah lama amalkan sistem kongsi kuasa, dan beri ruang kepada kaum bukan Melayu,” katanya. Mukhriz juga turut melahirkan rasa gusar terhadap sesetengah pihak yang sering membangkitkan isu perkauman serta tidak senang apabila kerajaan didominasi oleh pemimpin Melayu.

“Saya tidak faham kenapa ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan perpaduan dan tidak suka melihat orang Melayu bersatu sedangkan kita sanggup berkongsi kuasa dengan semua orang,” katanya. Sementara itu, beliau turut mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya sentiasa bermuhasabah kerana mungkin ada perkara yang tidak disenangi rakyat berlaku dan perlu diselesaikan segera. Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata Umno perlu menonjol dalam usaha membela rakyat kerana dengan cara itu keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap Umno tidak akan terjejas. — BERNAMA

INFO PENDIDIKAN MELAYU

Graduan diberi peluang GSTT:
Pelajar IPTA perguruan tergugat

oleh: Fadzli, 21 June 2009

Komen ramai rakan-rakan pendidik di bahagian Shoutmix yang mempertikaikan pengambilan GSTT atau Guru Sandaran Tidak Terlatih. Kami juga banyak mendengar rungutan beberapa pelajar IPTA pendidikan yang hak mereka untuk posting awal berkemungkinan dinafikan dengan pengambilan GSTT. Sama ada kebetulan ataupun tidak, keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan ramai graduan diberi peluang menjadi GSTT seperti mana pengambilan 1000 guru kontrak awal tahun ini.

Sungguh pun persoalan ini adalah berbalik kepada rezeki namun implikasinya tetap ada. Sekiranya dakwaan atau statistik guru yang kurang menckupi menajdi sandaran yang tindakan mengambil GSTT adalah wajar. Tetapi timbul persoalan mengapa wujud pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat sekolah selepas sahaja graduasi. Pada masa yang sama, GSTT diambil kerana masalah kekurangan guru. Adakah status GSTT ini menganggu kedudukan pelajar IPTA untuk posting.

Ada yang menganggap pelajar IPTA dianaktirikan kerana berlainan kementerian yang mengeluarkannya. Walaupun ada rundingan dan koordinasi semenjak tahun lalu di antara dua kementerian pelajaran dan pendidikan tinggi tetapi masih belum ada penyelesaian yang efektif berhubung isu ini.Bagaimana pemetaan sumber manusia dilakukan sehingga ada yang terlepas pandang kedudukan pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat tempat di sekolah lebih awal. Seharusnya, sebelum graduasi lagi mereka ini diberi sekolah yang ditetapkan berbanding mendaftarkan diri di web Kementerian Pelajaran serta perlu menunggu giliran untuk dipostingkan. - http://www.cikgumalaysia.com/

PENGAKUAN BEKAS PEGAWAI TENTERA...


Mayat tentera musuh:
Diangkut seperti haiwan

Lef Kol (B) Malakan Kamaruddin 71 tahun, pernah terbabit dalam tragedi Kalabakan di Sabah ketika knfrontasi memuncak pada 1966. Dalam perbincangan pegawai tentera Malaysia-Indonsia dalam isu pertempuran, Malakan secara tegas mengakui beliau menembak mati dua orang tentera Indonesia. Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan Malakan mengakui tak pernah bertempur dengan pengganas komunis, sila layari - http://www.militaryofmalaysia.blogspot.com/.
Beliau memasuki tentera pada Jan 1958 dalam usia 21 tahun walaupun mempunyai kelulusan yang agak tinggi berbanding kadet-kadet lain yang rata-rata bersekolah Melayu atap.

Malakan dimasukkan ke 5 Melayu dan dihantar ke Kem Mentakab, Pahang dan dijanjikan pangkat Sarjan tetapi beliau sebenarnya tertipu. Di Mentakab, beliau dibuli dan disuruh membuat kerja-kerja berat, tidak layak untuk seorang anak Melayu yang mempunyai kelulusan yang tinggi pada masa itu. Malah di Mentakab, beliau bertanggungjawab mengangkat mesingan berat dan terpaksa keluar masuk hutan untuk mencari pengganas komunis tetapi tidak jumpa, seperti ditulis menerusi blog berkenaan.

Masih tidak berpuashati kerana tertipu dengan tawaran Sarjan, Malakan mula buat hal dan kurang digemari oleh pegawai di situ menyebabkan beliau dihantar pula Kem Batu Road (kini bangunan Putra Word Trade Centre) dan melakukan banyak operasi memburu komunis di Rawang, Kuala Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan tetapi masih lagi gagal menemui aksi pertempuran. Beliau ketika ini menggunakan raifel MK5 Point 303. Sebaliknya ketika dihantar ke Sabah, beliau terbabit dalam pertempuran dengan tentera Indonesia. Disebabkan dalam suasana perang, mayat tentera musuh yang ditawan dilayan seperti haiwan sekalipun saudara seagama. Begitulah!