Thursday, February 5, 2009


WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
SUARA <<< >>> PRIMA
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG

NARATIF RAMPAS KUASA DI PERAK:

Assalamualaikum,

Keberangan rakyat sudah ditunjukkan kepada PRU12, akibat pimpinan Melayu mahu menggunakan kuasa sebagai perintah, bukan sebagai pentadbir. Rakyat rela memilih pimpinan bukan Melayu, bukan disebabkan bersedia mengagihkan kuasa politik di tangah, tetapi disebabkan keperongosan pimpinan Melayu yang bobrok. Justeru naratif rampasan kuasa yang berlaku di Perak, menerusi tiga ADUN yang bermasalah akan meletakkan Perak dalam ‘krisis perlembagaan’ setelah berlalunya ‘krisis keyakinan’ pada PRU12. Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dilabel sebagai ‘penderhaka’ oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek (dulunya orang kuat S46), disebabkan kemungkinan beliau sendiri tak faham makna ‘penderhaka’ itu.

Fenomena yang berlaku di Perak, bukan perkara baru menyebabkan Shabery Cheek melatah tak menentu. Sekitar dekad 1960-an sudah berlaku di Sarawak, apabila Dato’ Stephen Kalong Ningkan tak meletakkan jawatan Ketua Menteri, justeru digerakkan persidangan Dewan Negeri bagi mengusulkan undi tak percaya. Dato’ Harun Idris di Selangor juga tak letak jawatan Menteri Besar dalam insiden 1970-an, penyelesaiannya ialah persidangan Dewan Negeri berdasarkan perlembagaan. Undi tak percaya digunakan bagi menurunkan Dato’ Harun. Bagaimanapun Dato’ Muhammad Nasir tak diturunkan sekalipun beliau kalah dalam undi tak percaya di DUN Kelantan pada 1978.

Kalau mahu belajar dari sejarah, UMNO yang ‘menderhaka’ kerana tak mematuhi perlembagaan di DUN Kelantan. UMNO juga yang menggerakkan usul meminda perlembagaan bagi menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu (malah British pun tak pernah melakukan sekalipun Malayan Union dilakukan). Kalau tak dipertahankan kekebalan raja-raja Melayu yang tinggal sedikit, mungkin sahaja ADUN bukan Melayu sudah menjadi Menteri Besar di Perak dan Timbalan Menter Besar di Selangor selepas PRU12. Kekebalan raja-raja Melayu yang tinggal sedikit inilah dapat dipergunakan untuk melindungi kuasa politik Melayu yang hampir goyah, payah dan layah!

Mungkin sahaja pimpinan PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah terbabit dalam isu di Sabah apabila Dato’ Joseph Pairin Kitingan mahu membubarkan DUN Sabah, tapi dihalang atas alasan tandatangan Yang Dipertua Negeri tak sah. Kuasa politik sebagai ‘perintah’ bukan sebagai ‘pentadbir’ yang membawa berberantakan UMNO pada 1987, diikuti pada 1999, malah berterusan 2008. Selagi UMNO tak memenangi hati rakyat dalam keberangan sekarang, sebaliknya menggunakan ‘kuasa politik’ dan ‘politik wang’ sejarah tetap akan berulang. Justeru Dato’ Seri Najib akan meratapi nasibnya apabila mengambil alih pimpinan UMNO, seperti keperihalan legasi yang dilalui Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi heh heh heh!

-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA

PAK LAH GEMBIRA ‘POLITIK WANG’:
RASUAH MEMANG BERGUNA DLM POLITIK

Pengkritik sastera yang popular dengan pendekatan sosial sekitar dekad 1960-an dan 1970-an Mohd Affandi Hassan, menganggap Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bersandiwara dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya gembira ‘politik wang’ diamalkan. Fenomena yang berlaku di Perak sekarang menurut Mohd Affandi adalah episode ‘politik wang’ digunakan sewenang-wenangnya bagi memastikan keputusan majoriti dikhianati, katanya. Dalam kenyataannya hari ini (5 Februari 2009) Mohd Affandi menjelaskan, “Mengikuti perkembangan di Perak membuktikan betapa politik jahat/munafik benar2 telah mendarah daging. Paling menarik, Najib menempelak Pak Lah begitu hebat: "Awak gila2 nak hapus rasuah; aku pula gunakan rasuah untuk mendapat kuasa. Siapa lebih pintar?"

Seterusnya Mohd Affandi secara sinikal menyebut, “Di depan pegawai kerajaan, Pak Lah tersengih gembira kerana rasuah memang berguna dalam politik. Baru terasa bodoh gila-gila sangat nak hapuskan rasuah. Dua ADUN yang dituduh rasuah ternyata wira besar (gamaknya akan jadi wira agung tak lama lagi) bagi UMNO/BN. Nah, politik rasuah akan disahkan nanti jika Sultan sendiri bersetuju dua wira rasuah dan seorang lagi yang siuman adalah hakikat politik yang tak boleh diketepikan. Kata Zahid Hamidi, Allah telah merestui UMNO/BN kerana keikhlasan mereka dalam menangani rasuah. Bagus juga kalau ada komen dari ulama besar yang jadi Mufti. Tapi dalam ilmu politik Islam, para ulama telah menetapkan, pemerintah yang jahat walaupun tidak melaksanakan hukum Islam, mesti dipertahankan.”

Mohd Affandi yang juga bekas pengarah kanan di beberapa kementerian melahirkan rasa kesal dengan pergolakan politik di Perak sekarang, yang dianggapnya perilaku pemimpin-pemimpin yang bermoral. Beliau bukan sahaja kecewa dengan sandiwara Pak Lah dalam isu rasuah, tetapi kebobrokan Melayu akan terus sukar dipantau apabila Najib memimpin Negara. “Penentangan tidak diizinkan kerana keselamatan pemimpin lebih penting daripada kesejahteraan rakyat. Pemimpin boleh buat kacau; rakyat tak boleh, mesti setuju saja. UMNO/BN cukup faham falsafah ini; oleh itu adalah natural jika mereka menggunakan rasuah untuk mendapat dan mengekalkan kuasa, beritahu Mohd Affandi mengulas scenario politik di Perak sekarang..

INFO SASTERA & BUDAYA

SUMPAH DEMANG LEBAR DAUN:
CEMAR JUBLI EMAS SULTAN PERAK

Oleh Mohd Affandi Hassan

Keputusan Sultan Perak untuk menerima tiga ku… kur… DUN Perak sebagai penentu tertubuhnya kerajaan UMNO/BN di Perak adalah keputusan paling bersejarah dalam politik Tanah Melayu, walaupun keputusan itu salah. Sekarang terbuka peluang seluas-luasnya untuk rakyat bertanya dengan lantang (kerana selama ini mereka hanya merungut senyap-senyap) adakah hanya rakyat yang harus menunjukkan kesetiaan mereka kepada raja, padahal raja tidak perlu setia kepada rakyat. Adakah kedudukan ini bertentangan dengan sumpah setia Demang Lebar Daun dengan perlente Keling yang diangkat menjadi raja itu? Ahli sejarah dan pengulas politik kini wajib menjelaskan perkara ini kerana nampaknya kesetiaan sebelah pihak yang ditunjukkan oleh Sultan Perak bertentangan dengan kehendak konsep raja berperlembagaan.

Dalam ucapannya ketika merayakan Jubli Emas baru2 ini baginda menyebut peri pentingnya raja mendengar nasihat yang baik daripada orang baik-baik(yang bermoral tinggi dan bukan penipu yang gila kuasa), jika tidak institusi raja akan ditempatkan di muzium. Adakah ini (keputusan menyebelahi tiga ku… kur… itu) menjadi permulaan kepada proses pemeziuman itu? Dari segi politik demokrasi, raja berperlembagaan tidak bermakna rajalah yang menentukan kerajaan, apatah lagi jika suasana yang menuntut keputusan itu dibuat bertentangan dengan demokrasi. Dalam kes Perak ini, sudah jelas bahawa demokrasi diketepikan untuk hanya memuaskan nafsu sekumpulan gerombolan ahli politik yang tidak bermoral, yang munafik dan korup.

Selain raja dengan keputusan ini membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat untuk mengkritik keputusan politik yang menentang kehendak mereka dan kehendak demokrasi, maka keputusan Sultan Perak untuk tidak membubarkan DUN Perak telah meletakkan kedudukan raja bukan lagi sebagai pelindung rakyat dan pelindung demokrasi. Yang terjadi ialah, raja telah memilih untuk melindungi kumpulan politikus yang jahat dan penipu ini untuk diterima oleh rakyat yang menolak mereka dalam pilihanraya Mac 2008. Keputusan ini sangat bersejarah kerana sistem demokrasi boleh dipijak-pijak dengan perlindungan daripada raja sendiri.

Jika rakyat menerima ini sebagai keputusan yang terbaik untuk mereka, maka mereka tidak perlu lagi mempersoalkan wajar tidaknya raja juga harus setia kepada rakyat. Namun dalam keadaan bagaimana sekali pun, mereka harus menolak ahli politik jahat, korup dan gila kuasa yang bertindak sebagai pemeras ugut. Mereka harus mengajar raja mereka untuk bertindak bijaksana dan adil, seperti yang disarankan oleh raja mereka sendiri

PUISI

Melayu, Laungkan Takbir

Allahuakbar!
Melayu dah lupa puyu di sawah
anak-anak tak mengenal padi
dan permatang.

Bangganya,
berkongfu, taekwando
malu bersilat buku lima
kononnya kuno,
lidah bersiung dengan lidah CNN.

Ayuh, tiupkan racun ipoh semai
acung taming tuah
selak tabir istana
palu gong pemanggil
seru ke lurah bukit
laungkan takbir
Allahuakbar!

-Siti Zainon Ismail
Bangi,
5 Feb 2009.

Gemulai Lenggangnya

Gemulai lenggangnya
dara sunti meniti permatang
halus anyamannya
tempuan menjalin sarang
syahdunya melodi seruling
batang padi si anak bujang
aduhai alamku tanahMELAYU.

Jernihnya air bukit
mengairkan sawah
haruan dan puyu bermain buih
unggas berlagu di buaian bayu
putihnya awan di langit biru
dan kitaMELAYU
bulat dek pembetung
adat dikelek, resam dijunjung.

Yang kurik kendi
yang baik budi
tercubit paha di kiri
yang dikanan terasa jua sakitnya
hati gajah sama dilapah
hati kuman sama dicicah
demikianlah kitaMELAYU
menjunjung tamaddun peradaban satu
bangsa yang perkasa
memuliakan kesantunan
adab kemurnian berhemah, aduhai!

Dan hari ini
tamaddun akalMELAYU
bersimpuh di berhala:
Kuasa agamanya
kekayaan imannya
permukahan tiangnya
pembohongan wuduknya
pembunuhannya halalnya
akan menjadi keratonkah istana
Allahhuakbar…

-Yassinsalleh
Lata Kinjang,
Cenderiang, Tapah,
Perak.
5 Februari 2009.
13:53:05

INFO SUARA PROLITAR

ASSEMBLY IS NOT MEAT MARKET:
GOVERNMENT IS NOT UP FOR AUCTION

By Tengku Razaleigh Hamzah





We are a democracy.

The authority of our government derives solely from the consent of the governed. That consent is expressed primarily through elections. Free and fair elections are the bedrock of our system of government. Free and fair elections are the only source of the authority of the government.

We are a parliamentary democracy.

At both state and federal level, governments are formed only after the people have expressed their will by electing their representatives to the legislative assembly. In the states, these are the state legislative assemblies, or Dewan Undangan Negeri. In the Federal government, this is the lower house of Parliament.

We are a constitutional monarchy that preserves the sovereignty of the Malay Rulers. Acting on behalf of the people, and with the executive powers of the government vested in him, the Ruler appoints as his Chief Minister the member who in his view commands the confidence of the majority of the members of the assembly. The Ruler’s discretion in this choice is absolute. However his choice can be tested by a vote of confidence in the assembly when it convenes formally.

Note that in this constitutional description there is no mention of parties at all. Each elected representative, whether a parliamentarian or a state assemblyman, enters the Dewan as an individual representing his constituents. From the point of view of the Constitution, the member’s party affiliation is irrelevant. It may determines how he votes, and therefore which side of the assembly he sits on, but nothing else, so far as the State Assembly is concerned.

A government can fall when a majority in the assembly votes against the government in the Dewan. To preserve the integrity of the system, that “majority” is narrowly defined. It is the majority determined by a vote within a formal session of the Dewan. It is not a “majority” as established by opinion polls or by press conferences or signed letters.

This is why Dato’ Seri Anwar Ibrahim could not take over the Federal Government last September simply on the basis of his claims that he had a majority of MP’s with him. Signed letters of support or mass presence at press conferences were irrelevant to the question.

This is why in Terengganu last year Dato’ Idris Jusoh could not form the government, despite having signatures from a majority of the state assemblymen.

The Assembly is not a meat market, and the government is not up for auction.
The “majority” needed to form a government is defined in the formal way I have described.

KOMENTAR
bersama Pak Parjo

PERIHAL ‘KAMBING HITAM’ KINI
DENGAN ‘GAJAH RAJA’ DAHULUKALA

Hatta, akan Sirul Azhar Umar itu menangislah ia ketika dalam perbicaraan kerana merasakan dirinya menjadi ‘kambing hitam’. Adapun akan anak buah Temenggung itu dituduh membunuh wanita Mongolia bernama Altantuya Shaarribuu, adanya. Arakian menjadi gemparlah orang banyak kerana Sirul Azhar mengaku dijadikan ‘kambing hitam’, tetapi tak mendedahkan siapa yang melakukan demikian kepada dirinya. Maka menngakulah Sirul Azhar, ia tak mempunyai sebab mahu melakukan apa jua kepada wanita itu. Syahdan akan perbicaraan itu sudah terlalu lama sangat berlalu, maka fakir pun tak tahu apa yang dimaksudkan ‘kambing hitam’. Setelah Sirul Azhar tahu akan sesiapa menjadikan ia ‘kambing hitam’, maka sekalian orang banyak pun bertanyakan siapa gerangan yang tergamak menjadkan Sirul Azhar itu ‘kambing hitam’.

Arakian maka segala hulubalang Pahang pun tunduk sekaliannya dengan takut melihat Sultan Abdul Jamil murka. Maka baginda pun masuk ke istana. Telah kedengaranlah pekerti raja Pahang itu ke Melaka pada Sultan Mahmud Shah, maka baginda bertitah pada segala hulubalang Melaka, “Siapa kamu semuanya yang dapat mengambil gajah raja Pahang itu, yang hendak dilanggarkannya ke balai kita ini? Mengakulah kamu. Jika apa sekalipun dosanya tiadalah kita bunuh.” Maka sembah Laksamana Khoja Hassan, “Patiklah tuanku titahkan ke Pahang, insya Allah patiklah mengambil gajah kenaikan raja Pahang itu, patik persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan.” Maka titah baginda, “Baiklah.” Maka Laksamana pun berlengkap. Telah sudah mustaid maka baginda menyuruh mengarang surat kepada bendahara, tetapi tidaklah dimaksudkan ‘kambing hitam’, tapi disebut ‘gajah raja’ seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ disurat oleh:
















HIDUP BAHASA MELAYU!

Wednesday, February 4, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
S U A R A < < < > > > P R I M A

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG:


ABANG ENGKU MAHU TERUS BERBAKTI:
SEMBUNYI SAKIT KERANA PERJUANGAN

Assalamualaikum,

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia yang juga aktivis PRIMA di Pahang Syed Nor Adnan Dato’ Syed Abdullah (Abang Engku) meninggal dunia jam 7.30 petang semalam (3 Februari 2009) selepas dimasukkan ke ICU Hospital Temerloh sejak minggu lalu. Beliau menghidap sakit buah pinggang kritikal, di samping lama mengalami kencing manis, tetapi tetap bersemangat mengikuti semua aktiviti PRIMA. Sebelum dimasukkan ke ICU, di sebelah paginya beliau menelefon saya beritahu sudah menghubungi anak saudaranya di Pekan (yang juga pimpinan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian) fasal aktiviti kelabnya. Katanya, lanjutan pertemuan dengan Dato’ Sheikh (Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak) 3 Januari 2009, respons untuk aktiviti kelabnya amat menggalakkan.

Sebelumnya memang saya ikut bersama ke Pekan pada 20 Disember 2008, disebabkan Dato’ Sheikh mengiringi Dato’ Seri Mohd Najib balik ke kawasan pilihanrayanya setiap hari Sabtu. Dalam keadaan kakinya terdengkot-dengkot, Abang Engku berkeras mahu memandu sendiri keretanya dari Lancang bagi menyembunyikan kesakitannya. Tetapi sudah berkali-kali saya nasihatkan beliau membuat pemeriksaan di hospital, disebabkan ketika menemui Ezam Mohd Noor di Kuala Lumpur keadaan fizikal Abang Engku tak berapa stabil. Beberapa bulan sebelum itu, beliau masih mahu melawan penyakitnya apabila menemui bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam menyertai aktiviti PRIMA. Aduhai!

Pertemuan di kediaman bekas Menteri Besar Selangor itu, hampir memberi keputusan positif tetapi Abang Engku beritahu saya,”Pada mulanya Abang Engku fikir nak ajak kita menebas hutan, tapi dah bertukar nak suruh tangkap harimau!”. Bagaimanapun Abang Engku tak pernah mengalah, kerana ianya mempunyai strategi perjuangan jangka panjang untuk menjaga kepentingan Melayu. Tak hairanlah beliau memberi jaminan kepada saya mahu cepat keluar dari hospital untuk sama-sama menentang PPSMI. Ketika di wad hospital pun Abang Engku masih menghubungi saya, hingga di sebelah petang apabila dimasukkan ke wad ICU, isterinya mengirimkan SMS. “Semangatnya memang kental untuk berjuang,” ujar Exco kerajaan negeri Pahang Dato’ Mohd Sharkar Shamsuddin.

Dato’ Mohd Sharkar yang juga ADUN Lancang turut menziarahi jenazah Abang Engku malam 3 Februari 2009, dan menghargai sumbangan Abang Engku kepada penduduk tempatan. “Semangatnya yang kental itu menyebabkan dia sentiasa menyembunyikan kesakitan yang dideritainya,” beritahu beliau menambah. Abang Engku adalah anak bekas ADUN Mentakab (1964 –1974) Dato’ Syed Abdullah Syed Ali, di samping datuknya Syed Ali al-Habshi (al-Jaffri) dilantik oleh istana menjadi pengganti Dato’ Bahaman Orangkaya Semantan bergelar Dato’ Setia Pahlawan bagi menyatukan semula masyarakat Melayu yang berpecah belah ketika itu. Pada 1964 dan 1974, Abang Engku bertanding dalam pilihanraya atas tiket Bebas apabila kawasan terbabit diserahkan kepada kouta MCA, tetapi tewas dalam kedua-dua percubaannya. Moga-moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya!

-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA

UNSUR-UNSUR SALAH GUNA KUASA:
NAJIB PERLU DIAJAR RAKYAT PERAK

Penulis-penulis diseru menentang kejahatan bagi memartabatkan kehebatan bangsa, terutama dalam masa berhadapan dengan pimpinan politik yang korup dan tak bermaruah, menurut pengkritik sastera terunggul di Malaysia, Mohd Affandi Hassan. Karya-karya yang bersifat mengampu akan mendorong bangsa Melayu dipengaruhi pimpinan politik jahat yang memesongkan kemurnian penulis. Beliau menyentuh pergolakan politik di Perak yang membabitkan campur tangan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan unsur-unsur salah guna kuasa yang ketara. “Sekarang baru jelas peranan Najib. Bekas Timbalan Menteri Pertahanannya dulu mengaku membawa orang PKR bertemu Najib,” beritahu Mohd Affandi melahirkan rasa kesal dengan peranan Dato’ Seri Najib mempersenda-sendakan politik Melayu.

“Jadi ada pertemuan. Yang dinafikan sogokan RM50 juta, tak bincang pun kata Timbalan Menteri yang cerdik itu! Adakah ini sudah terang lagi bersuluh? Para sasterawan perlu analisis dengan mendalam mengapa ahli politik berlumba-lumba membuat jahat. Adakah kerana mereka sayangkan rakyat begitu mendalam hingga sanggup menipu dan memerasugut? Dan rakyat pula tahu orang politik yang jahat ini sayangkan mereka, maka orang itu itu juga yang mereka pilih. Di sinilah kejayaan besar UMNO, kerana telah dapat mempengaruhi rakyat untuk menjadikan kejahatan sebagai budaya politik yang dibanggakan. Tidak sia-sia UMNO memerintah lebih dari 50 tahun! Wassalam,” Mohd Affandi menambah sambil meminta rakyat Perak mengajar kepongahan Dato’ Seri Najib.

INFO SASTERA & BUDAYA


PUISI

Tender Untuk Malaysia

Sebelum keadaan jadi tambah buruk
kita kena keluarkan tender
untuk jual Malaysia di dalam negeri
dan seterusnya di antarabangsa
kerana tak lama lagi
Malaysia akan jadi Malstin
(Malaysia-Palastin).

-Yassinsalleh
3 Februari 2009.

Balada Serindit Luka Lidah

Serindit di dahan meranti
lidahnya luka
kicaunya hilang lagu.

Merbah di pucuk mengkudu
paruhnya terkancing
suaranya hilang nyaring.

Tiba-tiba hijau daun-daun
bertukar perang, dan
air terjun menerjahkan lumpur.

Di permatang sawah
anak digital-games kepatahan lidah
mereka tak pandai lagi menghitung jari.

Di puncak bicara
lidah nusa diiris-iris
di puncak alpa
jiwa bangsa dipersenda-senda
di gurun algojo
lingua franca utama
dunia terpenggal.

Apalagi yang tinggal padamu
duhai Melayu
tanahairmu sudah
cuma papan catur
di mana kedaulatan bangsamu
ditawar-menawar
dan lidahmu bertukar
separuh belut separuh ular
membacakan talqin
mamakamkan bahasamuMELAYU.

Begitulah kau di demikiankan
oleh para pemimpinmu
duhai Melayu!

-Yassinsalleh
Lebuhraya menuju ke selatan.
3 Februari 2009
jam 1800.

INFO SUARA PROLITAR

KEDUDUKAN KERAJAAN NEGERI RAPUH
TAK HAIRAN BN RAMPAS PERAK DRP PR

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ditumbangkan oleh BN kerana kedudukan yang rapuh. Kelemahan kerajaan PR itu disebabkan kepongahan dalam komponen, apabila ADUN bukan Melayu cuba menguasai ADUN Melayu. Tetapi tak tahu pula berapa lama BN boleh bertahan dengan kedudukan 31-28 (iaitu sama seperti PR sebelum ini). Kalau ADUN boleh kong kalikong, tak mustahil dalam tempoh beberapa waktu lagi akan berlaku lagi lompat melompat, kerana BN pun bukanlah kuat sangat. Harapkan UMNO, orang Melayu pun dah cuba beralih rasa. UMNO tak boleh bertahan dengan isu ‘politik wang’, kerana yang mengajar ‘politik wang’ itu kalangan pimpinan UMNO sendiri. Isu yang ada pada PR ialah masing-masing mahu menjadi juara kaum tertentu hingga tak menyedari hati pihak lain terluka.





Kerajaan negeri di Pulau Pinang mahu tunjuk hebat dengan pelaksanaan papan tanda nama jalan mesti gunakan pelbagai bahasa, sekalipun melukakan hati orang Melayu. Mahu menjadi juara kaum sendiri dengan mempersoal Hukum Hudud, dengan tak hirau hati orang Melayu terluka. Waktu maghrib jamuan atau ceramah tak boleh tangguh, kerana orang bukan Melayu nak hadir. Pimpinan Melayu daripada komponen PR kena ikut kehendak mereka. Setidak-tidak mahu tunjuk orang Melayu selaku komponen PR, mesti ikut kemahuan bukan Melayu. Sebab itu Parti Gerakan juga terikut-ikut iaitu orang Melayu perlu ikut kemahuan Parti Gerakan. Akibat mahu jadi juara kaum masing-masing (walaupun sekadar berlakon), ketegangan emosi sukar dikawal. Kebencian kepada komponen inilah mempercepatkan hancurnya PR.

KOMENTAR
Bersama Pak Parjo

GEMPARLAH SEGALA ORANG BANYAK
BERKIRA-KIRA HARTA SEKALIAN PEGAWAI

Sebermula segala orang banyak di negeri Perak gemparlah dengan kejadian lompat melompat di kalangan anak-anak buah Orangkaya Permatan Pauh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan anak-anak buah Orangkaya Pekan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Adapun Orangkaya Pekan itu berwaspadalah ia, kerana tak lama lagi akan dialih kuasa menjadi Orangkaya Perdana Menteri. Syahdan sepuluh tahun yang lalu Orangkaya Permatang Pauh tak sempat menjadi Orangkaya Perdana Menteri kerana perbalahan dengan bekas Orangkaya Kubang Pasu. Oleh yang demkian Orangkaya Pekan pun pergilah ia membuat huru hara di negeri Perak. Hatta diungkitlah oleh sekalian orang banyak akan perbuatan Orangkaya Pekan selepas kalah pemilihan setahun yang lalu.

Hatta, maka dipersembahkan orang pula Feringgi membakar Bulang. Maka disuruh panggil Temenggung Seri Udani. Adapun Temenggung Seri Udani itu, ia duduk makan
di Bukit Batu. Maka hamba raja yang dititahkan Sultan Mahmud Shah itu datanglah pada Temenggung Seri Udana, katanya, “ Dato’, titah hilirlah kerana Feringgi sudah membakar Bulang.” Maka sahut Temenggung Seri Udana, “Persembahkan sembah hamba ke bawah duli Yang Dipertuan, patik itu lagi menyurat akan harta dan hamba sahaya, belum habis. Jikalau patik itu mati pun, biarlah tentu ke bawah duli Yang Dipertuan.” Maka hamba raja pun hilirlah menghadap baginda, segala pesan Temenggung Seri Udana itu disembahkannya kepada Sultan Mahmud. Maka baginda pun menyuruh berhadir segala pegawai, kerana melawan Feringgi itu tak sama macam membeli orang Melayu menyokong dirinya seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:












HIDUP BAHASA MELAYU!

Monday, February 2, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
SUARA <<< >>> PRIMA

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG

4 PUSINGAN AWAL NAJIB GAGAL:
ANWAR MACAM LEGENDA MUHAMAD ALI

Assalamualaikum,

Selepas sehari Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih pimpinan UMNO Perak, kekecohan berkaitan isu lompat melompat parti mula merombak scenario politik di negeri itu. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang) dan Mohd Osman Jailu (ADUN Cangkat Jering) akan dihadapkan ke mahkamah 10 Feruari 2009 ini atas dakwaan rasuah, dikatakan tak dapat dihubungi sejak 27 Januari 2009 lalu. Barangkali BN akan menumbangkan kerajaan PR di Perak pada 10 Februari, tetapi dipintas lebih awal oleh PR apabila Dato’ Nasharuddin Hashim, ADUN Bota (dari UMNO) menyeberang ke PKR. Ternyata dalam pusingan pertama dan kedua Dato’ Najib mahu menjatuhkan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerusi isu sumpah Shamsul Bakhari dan perangkap rasuah dua ADUN di Perak tak berhasil.

Pusingan ketiga Dato’ Najib masih tak mampu mengatasi Dato’ Seri Anwar, apabila gagal di Kuala Terengganu. Dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu calon yang menentang UMNO ialah Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS, tetapi serangan Dato’ Seri Najib lebih banyak disasarkan kepada Dato’ Seri Anwar. Isu lompat parti ADUN Bota Dato’ Nasharuddin juga pusingan ke 4 dimenangi oleh Dato’ Seri Anwar, apabila Dato’ Seri Najib tak sempat umumkan Jamaluddin dan Mohd Osman menyertai UMNO, 10 Februari nanti. Kalau strategi Dato’ Seri Najib menepati sasaran kedudukan DUN Perak pada 10 Februari itu ialah 30-29. Tetapi apabila Dato’ Nasharuddin menyertai PKR, kedudukannay berubah kepada 29-30. Heh heh heh!

Kekalahan Dato’ Seri Najib dalam empat pusingan awal, seolah-olah kegagalan mahu menumbangkan legenda tinju heavyweight Muhamada Ali. Kekuatan tinju @ kuasa tak menjamin kemenangan dalam setiap pusingan, kalau Dato’ Mohd Najib mengharapkan dominasi UMNO. Startegi pada dekad 1960-an dengan ‘melarikan’ beberapa ADUN di Kelantan, seperti dlakukan Tun Razak bagi menumbangman Tan Sri Mohd Asri Muda, sudah dianggap klise. Justeru pada malam 13 Mei (sila rujuk buku memoir Asri), Tun Razak terpaksa menghantar Tan Sri Hamzah Abu Samah bagi membawa Tan Asri ke Kuala Lumpur, untuk menyelamatkan negara! Tan Sri Hamzah bukan sekadar adik ipar Tun Razak, tapi ayahnya Dato’ Abu Samah adalah aktivis PAS di Pahang.

LANTIKAN KETUA PENGARAH DBP:
PELUANG HISHAMUDDIN MAC 09 MALAP

Kesilapan kementerian pelajaran melantik bekas pegawai di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ke jawatan Ketua Pengarah DBP besok (3 Februari 2009), menunjukkan Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein tak prihatin dengan budaya Melayu malah terbukti menjadi pembunuh Bahasa Melayu. Si polan yang ditempatkan ke kerusi KP DBP, adalah orang yang sama mempertahankan PPSMI dengan memproklamir keputusan peperiksaan pelajar-pelajar PMR, SPM dan STPM baik sekalipun dengan pelaksanaan PPSMI. Kalau Dato’ Seri Hishamuddin mahu tahu ‘siapa makan cili, dia terasa pedas’, beliau sendiri akan merasakan cili bekenaan sama ada pedas atau tidak, Mac 2009 ini. Memenuhi kouta pencalonan bukan jaminan untuk mencapai sasaran menduduki kerusi selesa, ketika UMNO semakin dibenci, dicaci dan dilenci oleh orang Melayu yang semakin dikecewakan oleh pimpinan UMNO.

Barangkali Dato’ Seri Hishamuddin tak pernah memakan cili, apalagi mahu memahami rasa pedas yang sepedas-pedasnya. Pelajar-pelajar aliran Melayu yang dieksprimen kerana membantu UMNO pada pilihanraya 1959 (Hishamuddin pun tak jadi ahli UMNO lagi, kerana datuknya pemimpin Parti Negara) dengan menjadi peneroka apabila sekolah menengah melayu diasaskan, sudah merasakan pedasnya cili, maungnya kunyit, pahitnya peria! Tanyalah Profesor Dato’ Dr Mohamad Mansor Abdullah, Yassinsalleh atau Dharmala N.S. bagaimana perihnya menjadi pelajar ketika ketiadaan buku teks, menumpang bangunan sekolah dan tak disediakan universiti apabila tamat SPM pada 1961. Justeru pelantikan individu dari MPM ke kerusi KP DBP, adalah persiapan Dato’ Hishamuddin untuk melestarikan pelaksanaan PPSMI.

- Pak Dharma.

INFO HAK ASASI MANUSIA

BAGAIMANA MALAYSIA DAPAT MENANGANI DAN MENGATASI KESAN
KRISIS EKONOMI GLOBAL

Ucapan Khas Majlis Makan Tengah Hari

Oleh Y.B.M TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
DI PERSIDANGAN PANDANGAN STRATEGIK MALAYSIA TAHUN 2009, ANJURAN ASIAN STRATEGY & LEADERSHIP INSTITUTE (ASLI), KHAMIS, 15 JANUARI 2009, JAM 12.15 TENGAH HARI


Masalah keyakinan

Krisis ekonomi sekarang bermula di Amerika Syarikat, tempat wujudnya ekonomi buih yang digelembungkan oleh pekerti tamak dan keyakinan yang tidak rasional. Amalan-amalan yang rakus dan buas itu menjadi-jadi di bawah naungan pengendalian kewangan yang lemah. Apabila buih itu meletup, yang terlibat ialah para pengendali pasar saham yang ternama di Pasar Saham Wall Street. Perasaan tidak yakin yang besar terhadap sektor kewangan melumpuhkan aliran wang di seluruh dunia. Kadar kepenggunaan mulai mengecil apabila pengguna berhenti berbelanja kerana keadaan dilihatnya tidak menentu.

2. Sentimen manusia merupakan faktor utama dalam keadaan ekonomi makro mengalami pertumbuhan melambung dan juga dalam keadaan ekonomi itu mengalami krisis. Sekiranya kehilangan keyakinan yang menurun dengan teruk ini berpunca dari dalam masalah itu sendiri maka usaha untuk memulihkan keyakinan itu hendaklah bermula dengan menyelesaikan masalah itu. Bagaimanapun, kalau kita benar-benar belajar daripada krisis ini maka keyakinan yang hendak dipulihkan itu seharusnya tidak yang hampar (hollow) tetapi hendaklah merupakan keyakinan berdasarkan pemahaman yang jelas tentang peluang-peluang yang ada pada kita. Pelajaran yang lahir dari ekonomi global itu ialah, keyakinan yang palsu yang didasarkan atas harapan tidak rasional akan membawa kepada kehancuran, perasaan terpedaya dan pesimisme.
3. Kita perlu memahami realiti kita sebelum kita dapat berbuat apa-apa untuk mengubah realiti itu. Kita terpakasa menghadapi kebenaran dan hakikat yang pahit sebelum kita dapat mempercayai diri kita dan mendorong orang lain supaya mempercayai kita. Kita sebenarnya telah kehilangan masa apabila kita tidak cuba untuk memahami realiti atau masalah kita itu, sebaliknya kita cuba menepis masalah itu dan memberikan gambaran yang menyedapkan hati kita melalui cakap-cakap politik yang digulai-gulai.
4. Marilah kita bermula dengan mengakui bahawa kita tidak akan terlepas daripada kesan krisis ekonomi global ini.
5. Para pemimpin kita boleh merosakkan kredibiliti kerajaan apabila mereka cuba menggambarkan suatu realiti lain bagi kita. Saya sedar bahawa kita tidak mahu menakutkan atau menggemparkan pasaran kita dan para pengundi tetapi kita tidak hidup dalam dunia maklumat buih. Hanya orang yang benar-benar jahil akan berpura-pura bahawa keadaan kita di negara ini semuanya baik-baik belaka manakala dunia lain seluruhnya sedang menghadapi apa yang disebut oleh Jeffery Sachs “ekonomi dunia yang sedang berada di ambang malapetaka yang belum pernah berlaku sebelumnya”. Para pemimpin yang tidak mengakui wujudnya krisis yang serius ini haya akan menimbulkan syak di kalangan rakyat bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa idea untuk menangani krisis itu. Mereka boleh merosakkan kredibiliti kerajaan sedangkan kredibiliti itu, yakni keyakinan, adalah merupakan isu utamanya.

6. Kita adalah negara perdagangan dan negara pengeksport. Walaupun kita terlindung daripada gelombang pertama kegagalan kewangan dunia itu, namun kita tidak dapat mengelak diri daripada kejatuhan permintaan yang teruk dari ekonomi dunia. Kerajaan dan Bank Negara menegaskan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi kita dalam tahun ini ialah 3.50%. Saya khuatir kadar yang sebenarnya lebih rendah daripada itu. Angka-angka terbaharu menunjukkan bahawa kegiatan perindustrian kita turun menjunam; keluaran atau output sektor pembuatan barangan dalam bulan Disember menurun sebanyak 9.4% dari tahun yang lepas. Eksport kita menurun. Imbangan bayaran berubah secara dramatik ke tahap defisit RM31 billion dalam penggal ketiga, dari lebihan (surplus) sebanyak RM26 bilion pada penggal kedua. Sesiapa yang menyedari betapa besarnya kejatuhan ini dan betapa cepatnya ia berlaku tidak dapat tidak akan bertanya-tanya apakah kita akan dapat mengharungi krisis ini.

Krisis ini baru menjadi ‘krisis global’ pada penggal terakhir tahun lepas tetapi dalam tempoh penggal itu sahaja sektor pembuatan baik di Malaysia mahupun di Singapura mengecil sebanyak lebih 10% pada tahun yang lepas. Pembuat dasar di Singapura nampaknya berasa lebih tergempar daripada pembuat dasar di negara ini. Setelah mereka mengumumkan berlakunya kemelesetan (resesi) para pembuat dasar itu menyedari bahawa krisis yang berlaku itu lebih serius daripada yang mereka jangkakan. Krisis ini baru bermula dan gaungnya kita belum nampaknya lagi.

7. Pertumbuhan pada kadar 3.5% kalau pun kita dapat mencapainya, tidak dapat mewujudkan jumlah pekerjaan yang cukup untuk memberi pekerjaan kepada bilangan tenaga kerja yang besar yang datang tiap-tiap tahun dari kalangan penduduk muda kita. Memandangkan profil atau keadaan demografi kita dan hakikat bahawa kita adalah negara pengeksport minyak, maka kalau kita tidak berbuat apa-apa pun, angka pertumbuhan ‘baseline’ kita bukan 0% tetapi 4%.
8. Jadi kita sebenarnya memang mempunyai masalah. Sekarang kita terpaksa mengaku bahawa kita sebenarnya tidak berada dalam keadaan yang baik untuk menangani masalah ini. Setelah kita mengalami kemajuan yang cepat dalam beberapa dekad yang awal, kini nampaknya pertumbuhan ekonomi itu telah kempes, sistem ‘delivery’ kita membeku (calcified) dan kepimpinan ekonomi kita kehabisan idea.
Krisis kewangan Dalam Konteks Arus Pembangunan Kita

9. Malaysia terperangkap dalam kehempetan antara pilihan menjadi negara pembuat barangan yang suatu ketika dahulu terkenal kerana rendah kosnya dengan menjadi negara ekonomi intensif ilmu yang gagal kita bina. Zaman pertumbuhan ekonomi yang berterusan tinggi kadarnya berakhir dalam tahun 1997 dengan berlakunya Krisis Ekonomi Asia. Dengan munculnya negara China dan India sebagai negara pengeluar bertaraf kos rendah, dengan pasaran domestiknya yang maha besar, sektor pembuatan barangan kita yang pernah menggerak-lancarkan pertumbuhan ekonomi kita kini telah meleset.

10. Kita sekarang berada dalam perangkap “pendapatan menengah” atau “middle-income trap” yang tidak baik. Sudahlah kita tidak lagi merupakan negara pengeluar yang murah kosnya untuk bersaing dengan pengeluar yang rendah kos, tetapi kita juga tidak cukup maju untuk bersaing dengan negara pengeluar yang lebih inovatif, jadi kita terhempet antara dua keadaan itu, lalu kita tidak mempunyai apa-apa cerita ekonomi yang baik. Ekonomi yang berjaya, seperti juga dengan syarikat yang berjaya, perlu mempunyai cerita – cerita yang memberangsangkan – dan kita tidak mempunyai cerita itu. Dengan menurunnya kos komunikasi dan pengangkutan, para jurutera, pengurus dan pereka di negara yang kaya menghala perhatian mereka kepada tenaga pekerja yang lebih murah di negara miskin untuk memperoleh faedah atau keuntungan produktiviti dan kos. Intergrasi pasaran pekerjaan global menguntungkan negara yang kaya dan negara yang miskin dan membekukan kenaikan gaji di negara yang berada di tengah, iaitu antara negara yang miskin dengan negara yang kaya, bererti negara di tengah itu tidak dapat memberikan apa-apa faedah kepada negara yang miskin dan negara yang kaya itu. Kita adalah negara yang berada di tengah ini. Pekerja kita mengalami masalah “gaji beku”, yakni gaji yang tidak naik-naik, selain masalah kos hidup yang sentiasa meningkat.

11. Jalan jangka panjang menuju kepada keadaan kemakmuran hanya dapat dicapai melalui pendapatan yang meningkat melalui produktiviti yang meningkat. Tetapi kegagalan kita untuk meningkatkan produktiviti and pendapatan pekerja dapat kita lihat pada kebanjiran masuknya tenaga pekerja bergaji murah di negara ini. Tenaga pekerja bergaji rendah ini sudah menjadi satu lagi masalah dalam ekonomi kita.

12. Pertumbuhan Eckonomi yang Rendah

(a) Satu hal lain yang menyebabkan prestasi ekonomi kita rendah dalam dekad yang lepas ialah hakikat bahawa dalam masa itu ekonomi dunia mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang cukup pesat pernah berlaku dalam sejarah. Kita secara purata mencapai kadar pertumbuhan antara 4 hingga 5 peratus sepanjang sejarah melambungnya pertumbuhan ekonomi di mana pertumbuhan ekonomi dunia secara purata mencapi kadar pertumbuhan sebanyak 4.5%.

Sementara itu, dua buah negara yang aling banyak penduduk di dunia mencapai kadar pertumbuhan hampir atau pada tahap dua angka digit, meningkatkan pendapatan per kapita berlipat ganda dan melepaskan ratusan juta penduduknya daripada cengkaman kemiskinan. Itu merupkan pertumbuhan dan perkembangan yang paling besar dalam sejarah kebajikan manusia. Zaman pertumbuhan ekonomi yang melambung itu sudah berlalu.

(b) Apabila kita memeriksa penyata atau laporan sekolah kanak-kanak kita kita mahu melihat apakah yang telah diberikan (atau diajarkan) kepada mereka dan apakah kebolehan mereka di masa yang lepas. Begitu juga, apabila kita melihat negara kita, kita tahu ini negara yang cukup kaya dengan sumber-sumber alam dan budaya; masyarakat kita stabil; kita mempunyai institusi-institusi yang baik, tetapi apa yang kita lihat ialah penyata atau ‘report card’ yang tidak baik. Kita tidak mendidik anak-anak kita supaya menjadi manusia yang berdaya saing; sebaliknya kita mengeluarkan pelajar yang yang tidak mempuyai kemahiran dan sikap yang sesuai untuk bekerja.

Tiap-tiap dekad kita menemui negara-negara ‘peer’ yang baru yang tidak dapat kita tandingi kerana kita telah terkeluar dari kumpulan negara ‘peer’ yang lepas. Kita tidak nampak bahawa kita telah ditinggalkan oleh negara-negara itu. Ingat, dalam tahun 1960-an kita digolongkan dalam kumpulan yang sama dengan Taiwan dan Korea. Dalam tahun 1980-an kita termasuk dalam kumpulan yang sama dengan Singapura dan Hong Kong. Hari ini kita tidak lagi dianggap lebih relevan daripada Vietnam sebagai negara untuk menarik pelaburan asing. Saya teringat pernah menerima rombongan atau delegasi dari Taiwan dan Hong Kong yang datang ke Malaysia untuk belajar daripada kita.

Masalah Ketidaksamarataan

13. KIta tidak dapat menyedapkan hati kita dengan berkata bahawa kita telah mengorbankan pertumbuhan ekonomi kerana hendak melahirkan ekuiti sosial. Di kawansan ini hanya Papua New Guinea sahaja yang lebih tidak tidak sama rata daripada kita. Malaysia ialah negara yang paling tidak sama rata dalam pengagihan pendapatan di Asia Tenggara. Kita nampaknya gagal dari segi pertumbuhan ekonomi dan juga dari segi soal ekuiti sosial.

14. Kita kena melihat krisis ekonomi ini dari segi konteks sejarah kita sebagai ‘negara baru’ atau ‘negara muda’. Dulu, semasa ekonomi dunia menghadapi krisis ekonomi seperti ini, Malaysia belum wujud lagi. Krisis yang berlaku sekarang berlaku pada saat yang kritikal dalam arus pembangunan ekonomi Malaysia dan dalam sistem politik kita. Jika kita campurkan ketiga-tiga faktor ini kita mendapat negara kita berada dalam keadaan yang sukar: kita memerlukan kepimpinan yang lebih cekap daripada di masa-masa seblum ini.

Ke Mana Kita Seterusnya?

15. Bacaan saya tentang keadaan kita mungkin agak keras atau kasar, tetapi barangkali dunia lebih kasar lagi. Saya tidak mahu menyakitkan hati sesiapa; cuma saya percaya bahawa kita kena memahami situasi kita dengan sejelas-jelasnya sebelum kita akan tahu apakah yang patut kita lakukan selanjutnya.

16. Dari segi jangka pertengahan, kita perlu melakukan lonjakan dalam pembangunan kita. Tetapi lonjakan bukan bererti unjuran garis tegak dari keadaan yang ada sekarang. Lonjakan ini tidak bererti kita mesti melakukan sesuatu yang lebih banyak lagi daripada apa-apa tindakan yang telah kita lakukan sebelum ini. Kita tidak akan sampai kepada matlamat kita hanya dengan membina lebih banyak lagi jalan raya, mengumumkan lebih banyak pembukaan ‘Koridor Perumbuhan’ atau menanam lebih banyak kelapa sawit. Jalan ke arah itu bergantung pada perubahan dalam cara pemerintahan kita dan dalam sistem politik kita.

17. Kemelesetan ekonomi dunia merupakan peluang yang baik untuk kita terus memacukan dan menyusun semula ekonomi Malaysia; ini adalah cabaran untuk kita mengambil tindakan yang berani dan lebih imaginatif. Ini juga bererti bahawa kerajaan perlu berani berbelanja atas perkara-perkara yang betul dan dengan cara yang betul untuk memerangsangkan permintaan.
18. Dua kriteria untuk melakukan ‘perkara yang betul’ ialah dengan mengeluarkan perbelanjaan atau pelaburan awam yang dapat menghasilkan kesan yang berganda-ganda, dalam jangka pendek dan juga jangka panjang.

19. Jadi, kita kena befikir dengan lebih teliti dan berhati-hati tentang apakah yang akan kita belanjakan untuk merangsangkan keadan fiskal kita. Di dunia ini, tidak ada benda yang percuma. Kita terpaksa mengalami defisit untuk memerangsangkan ekonomi kita. Jadi, ini bukan bererti bahawa kita mesti mengalirkan lebih banyak wang, berbelanja lebih banyak lagi. Setakat ini, kita belum melihat apa-apa kesan dari ‘stimulus package’ yang diumumkan oleh kerajaan dalam bulan November yang lepas. Tidak juga jelas apakah asas pemikiran ekonomik di sebalik ‘package’ itu.
20. Kita tidak memerlukan apa-apa rancangan ‘stimulus’ yang baru. Apa yang kita perlukan ialah, projek-projek berani untuk membantu Malaysia melakukan lonjakan pembangunan yang selama ini kita tidak melakukannya.
21. Izinkan saya mencadangkan dua program dan beberapa reform untuk melaksanakan program itu.

Gas dan Minyak

22. Kita telah mendapat faedah yang banyak dari gas dan minyak, tetapi kita masih belum betul-betul menggunakan kekuatan strategik kita dalam sektor ini walaupun kita mempunyai kelebihan sumber alam dan kelebihan strategik yang tidak ada tolok bandingannya.

(a) Malaysia adalah negara pengeskport minyak dan gas yang utama di rantau ini. Rizeb minyak kita banyak, seperti yang telah ditemui sejak beberapa tahun yang lepas.

(b) Lebih separuh daripada kapal-kapal dagang dunia menggunakan atau lalui di Selat Melaka tiap-tiap tahun, kebanyakannya meneruskan perjalanan sampai ke Laut Cina Selatan. Minyak yang dibawa melalui Selat Melaka adalah tiga kali lebih besar daripada minyak yang dibawa melalui Terusan Suez dan lima belas kali lebih besar, lebih banyak daripada yang dibawa melalui Terusan Panama. Kita berada di laluan kapal minyak yang terpenting di dunia. Nenek moyang kita dalam abad ke-15 (di Pelabuhan Melaka, misalnya) mungkin telah menggunakan kesempatan ini dengan lebih banyak lagi berbanding dengan apa yang kita buat hari ini.
(c) Kita mempunyai Petronas, salah satu syarikat minyak yang utama di dunia.
(d) Kita mempunyai hubungan dagang yang kuat dengan negara-negara pengeluar minyak Asia Tengah. Kita sepatutnya boleh melakukan lebih banyak kegiatan perdagangan lagi. Cuba fikirkan, Singapura yang tidak mempunyai minyak, merupakan salah satu daripada tiga pelaku global yang terbesar dalam perdagangan, dalam sektor penapisan minyak dan dalam sektor pembuatan alat-alat kelengkapan minyak dan gas.

23. Tiga tahun dahulu, semasa Malaysia masih menjadi pengerusi OIC, saya mencadangkan penubuhan Rancangan Nasional Strategik atau ‘National Strategic Plan’ dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Minyak dan Gas Asia, dengan membina keupayaan yang utama dalam bidang panapisan, perkapalan, pengedaran, penyimpanan dan pengeluaran ‘downstream’.

24. Kita patut membina kemudahan ‘storage’ minyak di kawasan lepas pantai untuk kegunaan negara pengeluar minyak yang lain yang menghadapi risiko tinggi di negara masing-masing. Kerja meneroka telaga minyak, menyedut minyak dan mengeluarkan minyak makin lama makin merupakan kerja yang memerlukan keupayaan teknologi, dan merupakan operasi yang bernilai tinggi apabila minyak menjadi lebih susut. Ini bererti bahawa kegiatan atau kerja-kerja itu boleh mendatangkan keutungan yang besar kalau kita mempunyai keupayaan R & D sendiri untuk tujuan tersebut. Kita juga patut menjadi negara pakar dalam bidang teknologi tenaga, termasuk sumber-sumber tenaga alternatif untuk masa depan.
25. Kita patut membentuk perkongsiaan berdasarkan rangkaian nilai. Perkongsiaan ini boleh termasuk rangkaian perjanjian dengan negara-negara Teluk pengeluar minyak dan pengguna minyak yang terbesar untuk memperbaiki keselamatan minyak. Kita juga boleh membentuk perkongsian antara kerajaan atau G-to-G di Asean, mengadakan insentif cukai dan mencipta Kontrak Perkongsiaan Pengeluaran yang inovatif.
26. Untuk memastikan segala usaha itu dapat dilaksanakan kita memerlukan keupayaan yang cukup baik untuk membiayai dan berdagang dalam bidang minyak dan gas. Memandangkan kita mempunyai kelebihan geografi dan strategik maka kita hendaklah menjadi negara OIC yang pertama menubuhkan spot and futures Exchange for Oil and Gas.

27. Apa pun yang kerajaan hendak buat ia perlu sedar bahawa untuk meletakkan Malaysia pada tahap pertumbuhan yang lebih tinggi kita kena menjadi negara yang pakar dalam apa-apa bidang yang penting, dan kita perlu mempunyai kerajaan yang mempunyai keupayaan untuk memimpin, mendorong dan memacau dan keupayaan eksekutif untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan keahlian dan kepakaran. Globalisasi mendesak kita memberikan fokus yang terus menerus terhadap kebolehan untuk bersaing. Pendek kata, kita perlu mencipta cerita kita tentang kejayaan ekonomi.
Perumahan

28. Marilah kita memulakan program untuk memastian bahawa setiap orang atau keluarga di negeri ini mempunayi rumah. Sektor pembinaan dapat mencipta kesan berganda dalam lebih seratus perusahaan lain. Sektor ini memberi banyak pekerjaan, misalnya dalam perusahaan insuran, pengiklanan dan pembekalan bahan. Dari sekian banyak projek nasional, tidak banyak projek atau perusahaan yang mempuyai begitu banyak kesan berganda terhadap ekonomi dan keadaan sosial negara berbanding dengan sektor pembianan.

29. Perumahan membina modal sosial yang cukup besar dan memberi maruah kepada warga atau rakyat Malaysia.

30. Marilah kita berikrar untuk memastikan setiap keluarga rakyat Malaysia memiliki rumah. Pembiayaan untuk rancangan ini boleh diperolehi dari tabung EPF dengan melakukan beberapa perubahan yang sesuai pada tabung ini.
Reform dalam Sektor Awam

31. Kita tidak boleh menunggu sehingga krisis ekonomi ini menjadi lebih buruk dan mencabar sistem perkhidmatan awam kita untuk berkhidmat dengan baik. Kita memerlukan perkhidmatan awam yang lebih bermutu dan cekap untuk melaksanakan program-program awam yang besar-besar itu dengan jayanya.

32. Dua program yang saya cadangkan itu tidak akan menjadi kenyataan jikalau program itu dirosakkan oleh amalan rasuah yang sudah menjadi norma di negara ini. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita mesti menubuhkan bahagian-bahagian yang berkuasa dalam pengurusan program itu untuk menyiasat aduan-aduan penipuan dan rasuah.
33. Peranan sektor awam hari ini lebih kompleks daripada peranannya waima satu dekat yang lepas. Hari ini kerajaan perlu lebih pintar, lebih berani dan tegas daripada masa-masa yang lalu untuk menyamakan kualiti operasi dan pengurusannya dengan sektor perniagaan. Kita memerlukan kepimpinan untuk mengubah model operasi perkhidmatan awam daripada model lama abad yang lepas yang semua operasinya dikendali secara sentral, dari pusat kuasa di atas; kerajaan hari ini harus menjadi ‘pemudah’ atau ‘fasilitator’ dan pengemudi perniagaan.

KESIMPULAN

34. Baiklah saya akhiri ucapan ini dengan kembali kepada soal awal tadi, iaitu soal memulih keyakinan.

35. Kita perlu memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi asas kita, terhadap kepimpinan kita, terhadap peraturan undang-undang dan terhadap Perlembagaan negara kita. Pendek kata, kita perlu memulihkan keyakinan orang terhadap Malaysia. Hal ini penting untuk kemajuan ekonomi negara.

36. Keyakinan yang sebanarnya adalah harapan yang berdasarkan kesediaan dan kebolehan kita untuk memahami kebenaran.

37. Negara tidak lagi dapat bergantung pada politik yang terpisah daripada realiti dan pada kerajaan yang telah melupai tujuan dan matlamatnya. Kita perlu membaharui corak kepimpinan negara – ini merupakan langkah pertama dalam usaha kita untuk memulihkan keyakinan terhadap negara ini.

38. Statistik ekonomi hanya merupakan petunjuk tentang kegiatan dan harapan masyarakat Malaysia yang sedang kita bina; ini bererti bahawa membina ekonomi and membina negara dan mewujudkan kerajaan yang baik dan jujur, bukanlah matlamat yang dapat dicapai secara terpisah-pisah tetapi hendakkah bersepadu. Membangkitkan keyakinan samalah ertinya dengan memberi tenaga baru kepada projek membina Malaysia.

INFO SASTERA & BUDAYA

PENULIS RASUAH DALAM PENULISAN:
DIANGGAP LESTARIKAN BUDAYA UMNO

Kalangan penulis-penulis yang terbabit dengan ‘rasuah besar’ dianggap melestarikan budaya UMNO, malah bersedia ‘menghalalkan cara’ bagi mencapai matlamat, kata pengkritik sastera tersohor sekitar dekad 1960-an dan 1970-an, Mohd Affandi Hassan. Penulis-penulis yang bobrok melakukan rasuah dalam menghasilkan karya, tak seharusnya dibenarkan menggunakan platform penulisan, kerana mereka memang sudah tergolong dalam kumpulan melaksanakan budaya UMNO. Mohd Affandi yang juga bekas pegawai tinggi kementerian mengajak para penulis menjadi karyawan yang bermaruah dengan meninggalkan gejala rasuah besar. Menyentuh isu lanskap politik di Perak sekarang, Mohd Affandi dalam emelnya ke secretariat PRIMA berkata:

“Apa halnya kecoh di Perak sekarang? Sampai MB kena jumpa Sultan. Kalau ini mainan UMNO/Najib, maka inilah mainan mereka terakhir sebelum dikuburkan. Bagi saya hal ini menarik kerana mulai sekarang kita kena beri definasi baru, yang lebih tepat, kepada istilah ‘rasuah’. Penipuan, peras ugut dan sebagainya adalah jenis rasuah besar (rasuah kecil polis terima seringgit dua buat minum kopi). Cakap belawak (bohong) macam Pak Lah dan kawan-kawan juga rasuah besar. Saya sudah tulis cerita pendek tentang perkara ini lama dulu, dah dapat hadiah sastera Utusan pun (tajuk ‘Bukan Rasuah Lagi’) tapi saya fakir perkara penting macam ini perlu dibincangkan lebih mendalam. Masalahnya (kata teman-teman yang kritikal), ramai pula penulis/sasterawan yang rasuah macam ini. Saya tunggu pandangan Saudara dan teman-teman lain.”

INFO SUARA PROLITAR

MESEJ JELAS KEPADA HISHAMUDDIN:
PPSMI AKAN DITENTANG HABIS-HABISAN

Tindakan polis menghalang aktivis bahasa menyampaikan mesej kepada orang ramai di pasaraya Sogo 31 Januari 2009 amat dikesalai kata bekas Exco Pemuda UMNO yang juga Jurucakap PRIMA, Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz. Katanya, perjuangan bahasa bagi menentang PPSMI adalah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152 yang telah dicabuli oleh pimpinan UMNO. 31 Januari 2009 lalu, bekas Ketua Pengarah DBP Dato’ Dr Hassan Ahmad mengetuai lebih 300 aktivis bahasa menyampaikan mesej kepada orang ramai bagi menentang PPSMI. Justeru kata Dato’ Kamal Amir, adakah pihak yang menghalang gerakan bahasa ini, turut menjadi boneka kepada pembunuh Bahasa Melayu. “Ketika pejuang bahasa mahu memartabatkannya, kenapa pihak penghalang terbabit mahu menyokong pembunuh Bahasa Melayu?” kata Dato’ Kamal Amir.

Dato’ Dr Hassan Ahmad dalam majlis deklamasi sajak di Taman Tun Dr Ismail, 27 Januari 2009 lalu melabelkan pembunuh Bahasa Melayu sebagai ‘bahlul’ dengan suara yang buruk mirip ‘suara keldai’. Susulan daripada majlis deklamasi sajak itu, Dato’ Dr Hassan memberi jaminan akan meneruskan penentangan, selagi Menteri Pelajaran Dato’ Hishamuddin Hussein mahu meneruskan pelaksanaan PPSMI. Apalagi dengan pelantikan Ketua Pengarah DBP yang baru besok 3 Februarfi 2009 bukan dari kalangan tokoh budaya dan bahasa, memperlihat trend pemikiran Dato’ Hishamuddin cenderung untuk membunuh Bahasa Melayu. “Selagi Hishamuddin tak memansuhkan PPSMI, pejuang bahasa akan menentangnya hingga ketitisan darah terakhir sebagai peringatan kepada menteri itu,” jelas Dato’ Kamal Amir.

KOMENTAR
Bersama Pak Parjo

KESAL DENGAN SOAL SIASAT:
HARIMAU DIAJAR MAKAN DAGING

Sebermula tersebutlah ceritera Orangkaya Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui pimpinan tertinggi harakah Melayu (UMNO) kesal dengan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas anak-anak buah harakah Melayu. Syahdan kaedah seperti itu juga dikenakan kepada anak-anak orang lain, tetapi Orangkaya-Orangkaya dalam harakah Melayu hanya ‘tunggu dan lihat’. Maka fakir teringat akan pesanan nenek moyang dahulukala akan perangai Orangkaya-Orangkaya Melayu ini, tersauk ikan manislah muka, tersauk bangkar maka masamlah muka. Aduhai! Arakian akan SPRM juga sudah membuat laporan kepada orang-orang Dato’ Temenggung perihal anak-anak buah harakah Melayu memfitnah anak-anak buah SPRM itu seperti dititir canang hari ini, 6 Safar 1430.

Hatta, ada seorang orang salah berdosa pada baginda, salahnya itu tiada berapa bena. Maka oleh Seri Maharaja disuruhnya bunuh orang itu. Maka kata Bendahara Paduka Raja, “Hai, hai, lihatlah Seri Maharaja, anak harimau diajarnya makan daging, dia kelak ditangkapnya.” Maka pada ketika itu Seri Bija Diraja datang dari Singapura. Maka bendahara berkata kepada Seri Bija Diraja, “Orangkaya, telah amanat marhum Yang Dipertuan ini ganti kerajaan.” Maka sahut Seri Bija Diraja, “Beta ada mendengar amanat.” Telah Sultan Mahmud mendengar kata Seri Bija Diraja itu, baginda diam; pada hati baginda, “Tiada suka Seri Bija Diraja ini bertuankan aku,” kerana peralihan kuasa dahulukala jauh bezanya seperti dikarang dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:














HIDUP BAHASA MELAYU.

Sunday, February 1, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
SUARA <<< >>> PRIMA

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG

PERLEKEH DR KHIR TOYO JADI BLOGGER:
MACAM SURUH TOK GURU DUDUK MADRASAH

Assallamualaikum,

Kadangkala ada pihak terlalu beremosi, apabila menyampaikan mesej menerusi blog; apalagi diberi peluang tampil di kaca TV bercakap mengenai peranan blog. Malah terasa pula pengendali laman blog hebat sangat, hingga memperlekeh orang lain. Misalnya dua hari (30 Januari 2009) lalu saya menonton TV yang bincangkan isu blog, tapi taklah khusuk sangat. Hairan juga saya apabila bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Dato A Kadir Jassin macam tak suka bekas MB Selangor Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo kononnya doktor gigi nak terbabit jadi blogger. Apa salahnya? Satu waktu MB Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat pernah ingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kalau guru agama tempatnya di madarasah, doktor pun tempatnya di klinik. Tak payah berpolitik!

Logiknya, Mao Tze Tung (Mao Xe Dung) yang digeruni oleh blog barat sekitar dekad 1950-an hingga dekad 1980-an tak seharusnya berpolitik, kerana beliau penyair terhebat di China. Atau Ronald Reagon sekadar jadi koboi di bioskop, yang tak wajar terbabit
dalam politik. Malah Sukarno di Indonesia meneruskan kerjaya sebagai insunyir (jurutera), bukan memimpin negaranya menuntut kemerdekaan. Apabila rakyat di Malaysia menyangkan merekalah yang terhebat daripada segala yang hebat, jadilah Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Tan Sri A Samad Ismail dan Tan Sri Melan Abdullah, ketika di mercu kerjayanya tak malu pun keluar minum tek tarik di gerai-gerai dengan stringer dan ‘kutu belahak’. Begitulah!

Begitu juga kawan yang menuduh Tun Dr Mahathir nyanyuk apabila buat ulasan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Kononnya beliau membaca laman web Malayasiakini. Tak apalah! Saya tak mahu siarkan tulisan berkenaan, kerana terlalu beremosi. Menuduh seseorang nyanyuk mengikut persepsi sendiri, memang sukar diterima akal, kerana ianya memerlukan fakta perubatan. Apabila Tun Dr Mahathir masih mampu menyampaikan mesej mengikut pandangan beliau, sepatutnya kita berbangga kerana Tun Dr Mahathir bersedia untuk berkongsi pandangan. Justeru ketika ramai penulis memusuhi Yahaya Ismail dan Mohd Affandi Hassan sekitar dekad 1960-an dan 1970-an kerana dianggap pengkritik sastera yang meruntuhkan, saya mengakui suka dengan kritikan-kritikan mereka. Entahlah!

PM TURKI MEMANG BEREMOSI:
KEWAJARAN MESEJ KEPADA YAHUDI

Seacara negatif memang langkah Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip Erdogan bersikap kurang ajar dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, apabila keluar meninggalkan Presiden Israel, Shimon Peres. Tetapi rasionalnya beliau mengambil sikap wajar bagi menyampaikan mesej kepada blok barat, pendekatan berdiplomasi terhadap Zionis dan Yahudi tak memberi kesan. Apalagi pengerusi forum, David Ignatius dari Washington masih menyangka George W Bush raja di Rumah Putih, walaupun sudah menjadi ‘kutu belahak’ sejak 20 Januari 2009 lalu. Tak hairanlah, Erdogan disambut sebagai wira apabila balik ke tanah air. Tetapi dominasi propaganda barat, wira-wirA bangsa dibunuh satu demi satu.

Di Perancis misalnya, Napoleon Bonarparte masih dianggap wira mereka; begitu juga di Jerman, Adolf Hitler adalah wira yang mengangkat martabat bangsanya. Di Jepun, penampilan Jeneral Tojo dalam perang dunia kedua memang disanjung sebagai wira oleh warga Jepun, kerana pencapaiannya tak muda digapai oleh pemimpin sekarang yang terpaksa mengikut telunjuk Amerika Syarikat. Erdogan sudah membuktikan Turki mempunyai kedaulatan yang mesti dipertahankan, apabila di dalam forum berkenaan beliau sekadar diberi berucap beberapa minit sahaja, ketika Peres selesa dengan 25 minit. Sebenarnya dalam forum Sosialis Antarabangsa pun, wakil Malaysia sekadar diberi masa 10 minit sahaja untuk berucap berbanding wakil blok barat, malah satu waktu dulu Peres (sebelum jadi Presiden) diberi masa lebih 40 minit di forum Sosialis Antarabangsa. Ironinya, wakil Malaysia masih juga mahu menjadi ahli Sosialis Antarabangsa. Huh huh huh!

-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA

KRISIS PIMPINAN DI PERINGKAT PUSAT:
FAKTA TUMPAS DI KUALA TERENGGANU

(Kenyataan akhbar ahli Parlimen Gua Musang YBM Tengku Razaleigh Hamzah, mengenai keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009, berkaitan krisis pimpinan di peringkat nasional yang membawa implikasi buruk kepada prestasi UMNO di negeri Terengganu)

Sudah tiga kali dalam tempoh sepuluh bulan Barisan Nasional dimalukan dalam pilihan raya besar dan kecil. Saya kagum benar betapa gigihnya para anggota parti di medan juang tempatan bertungkus lumus selama dua minggu. Namun kita tumpas atas sebab masalah di peringkat nasional. Rakyat memang menolak UMNO dalam bentuk dan wataknya sekarang, dan mereka menolak kepimpinannya. Begitu kuat rakyat mencanangkan kehendak mereka pada PRU 8 Mac dan di Permatang Pauh, UMNO sama ada tuli lantas tidak mendengar seruan rakyat yang mendambakan perubahan fundamental atau memang tidak mampu memberi respons yang sewajarnya.
Kekuatan dan kuasa wang, jentera dan penjawat tidak berdaya mengungguli seruan mendesak perubahan. BN akan tewas dan akhirnya akan kehilangan segala-galanya, sehinggalah kita secara ikhlas lagi bersungguh memberikan respons yang sewajarnya. Sayangnya, balik-balik lagu lapuk “ini tak harus ditafsirkan sebagai pengundi mengetepikan BN”” yang dikumandangkan. Para pemimpin kita terus menyangkal kebenaran hinggakan anggota parti dan anggota BN yang setia akan terasa mereka bagaikan di dalam kapal yang sedang karam.

Dalam kawasan pilihanraya Melayu pun UMNO dimalukan dengan kekalahan dengan majoriti sebanyak 90%. Kita kalah sebab orang Melayu tidak mengundi kita dalam negeri di mana kita memerintah. Begitu banyak sumber nasional parti yang menguasai Persekutuan ini kita hamburkan namun kita tumpas jua. Ini sebenarnya lebih menyerupai referendum mengenai kepimpinan dan ujian sama ada UMNO masih relevan. Maka, jika UMNO dalam bentuknya kini tidak lagi relevan kepada bangsa Melayu, rumusan yang bernama BN sudah berkubur. Sebab kaum Cina tiada sebab lagi untuk terus menyokong MCA, dan begitulah seterusnya. Dengan itu ranaplah konsensus perjanjian perkongsian kuasa yang mendasari sistem politik kita sejak Merdeka dulu.
Hal ini punya implikasi amat serius. Selama ini kita mendakwa bahawa bertitik tolak atas perjanjian itulah wujud keamanan sosial di Malaysia. Sebuah parti yang menafikan hakikat sebenar tidak mungkin membentuk kerajaan dengan cukup realisme dan keberanian untuk menghadapi ekonomi yang meleset dan sedang lebur – apatah lagi jika ia menafikan itulah keadaan ekonomi sebenar. Memang kita kini terumbang ambing di segara yang tidak dicartakan dan tiada nakhoda yang mengawal teraju.
PELANTIKAN KP DBP DIPERTIKAI:
BAHASA DAN BUDAYA BUKAN MAIN-MAIN
Kerajaan diminta memahami Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1956, dalam pelantikan Ketua Pengarah supaya tak sewenang-wenang diserah kepada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam, kata bekas Setiausaha Front Bertindak Bahasa Melayu 1966, Haji Yahaya Ismail (Pak Ya). Serentak dengan itu Pak Ya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat proses yang dijalankan oleh JPA dan menentukan kriteria pelantikan individu terbabit yang akan menjadi Ketua Pengarah DBP 3 Februari 2009 ini menggantikan Dato’ Dr Firdaus Abdullah. Menurut Pak Ya, bagi jawatan Ketua Pengarah DBP mestilah individu yang prihatin dengan membuktikan sumbangannya kepada sastera dan budaya Melayu. “Pelantikan menerusi kriteria kerana mempunyai kabel yang kuat di kementerian perlu dihapuskan,” beritahu Pak Ya.

Sementara itu bekas Exco Pemuda UMNO Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz turut menggesa SPRM menyiasat proses pelantikan yang dibuat oleh JPA yang berdasarkan ‘kabel yang kuat’ di kementerian. Seterusnya Dato’ Kamal Amir, mengingatkan Menteri Pelajaran Dato’ Hishamuddin Hussein perjuangan bahasa dan budaya Melayu bukan main-main, hingga meletakkan individu terbabit dengan sewenang-wenang bagi jawatan Ketua Pengarah DBP. Menurut Dato’ Kamal Amir, DBP diasaskan bukan seperti agensi badan berkanun lain yang komersil, tetapi daripada roh dan jiwa bangsa Melayu yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu. Sambl mnyentuh bakal Ketua Pengarah DBP yang akan memegang jawatan 3 Februari ini, Dato’ Kamal Amir mencabar Dato’ Hishamuddin dan JPA memberitahu berapa buku ilmiah yang sudah dihasilkan oelh individu berkenaan. “Jangan main-main dengan isu Bahasa Melayu macam mengendalikan isu Pemuda UMNO,” tegas Dato’ Kamal Amir.

Aktivis NGO Ezam Mohd Noor ketika dihubungi di Jakarta terkejut apabila diberitahu mengenai individu yang akan mengisi jawatan Ketua Pengarah DBP. Menurut Ezam, pembangunan Bahasa Melayu akan kecundang kalau bukan dikendalikan oleh tokoh yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan. Pelantikan jawatan Ketua Pengarah DBP bukan seperti anugerah untuk ‘menolong’ kawan, tetapi kepentngan bangsa, negara dan tanah air. “Jangan perjudikan maruah Bahasa Melayu, kerana kepentingan individu,” kata Ezam menerusi SMS. Bekas Ketua Pengarah DBP, Dato’ A Aziz Deraman turut tergamam, malah sukar mahu memberikan penjelasan. “Terlalu berat untuk mempercayai keputusan yang dibuat oleh kementerian dan JPA,” beliau memberitahu. Sementara itu bekas pemimpin GPMS Dato’ Suhaimi Ibrahim menelefon sekretariat PRIMA, di samping memberi jaminan akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Penyair Yassinsalleh yang dihubungi memberitahu, langkah melantik Ketua Pengarah DBP secara semborono adalah mempersendakan perjuangan memartabat Bahasa Melayu. Di samping menyifatkan Dato’ Hishamuddin sebagai pembunuh Bahasa Melayu dengan hasrat mahu melaksanakan PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris), beliau juga mendakwa isu pelantikan Ketua Pengarah DBP sama macam menguji kesabaran orang Melayu. “UMNO perlu menyampaikan mesej kepada Hishamuddin Mac 2009 ini dengan jangan mengundinya bagi jawatan Naib Presiden UMNO,” ujar Yassinsalleh menambah.

INFO SASTERA & BUDAYA

PERJUMPAAN PENULIS WARGA EMAS:
KEPRIHATINAN DAULATKAN BAHASA MELAYU

Pengkritik sastera tersohor sekitar dekad 1960-an dan 1970-an, Mohd Affandi Hassan menyarankan perjumpaan penulis-penulis warga emas digerakkan bagi mengilmiahkan minda dalam pembinaan sastera Melayu sekarang. Dalam emelnya kepada secretariat PRIMA, Mohd Affandi berharap pertemuan secara besar-besaran bukan sahaja turut mencambah perkembangan minda secara ilmiah, malah menyedarkan semua pihak dengan kedudukan Bahasa Melayu yang seolah-olah hilang martabatnya. Katanya, pemababitan ramai penulis dalam berkarya tak memberi makna kepada pertumbuhan sastera dan pembangunan Bahasa Melayu. “Penulis-penulis warga emas yang prihatin dengan kepentingan bahasa perlu tampil memimpin penulis-penulis muda yang leka berkarya dengan mempeduli daulah Bahasa Melayu,” belaiau mengingatkan.

Seterusnya Mohd Affandi meminta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai suntikan kewangan dari kerajaan, tak lokek untuk menyumbang kepada pertemuan penulis-penulis warga emas. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan peminggiran penulis-penulis warga emas yang dianggap tak sehaluan pandangan dengan kerajaan, tetapi sebenarnya mereka bersama-sama mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu dan kepentingan budaya bangsa. Penulis-penulis yang berprinsip menurut Mohd Affandi yang juga bekas pengarah di beberapa kementerian, adalah mereka yang sentiasa memelihara maruah bangsanya bukan menjual dengan harga yang murah apabila terpaksa menjadi pengampu dan ‘yes man’. “PRIMA wajar menganjurkan segera perjumpaan penulis-penulis warga emas ini secara ilmiah sekalipun tak perlu bentangkan kertas kerja,” katanya.

KOMENTAR
bersama Pak Parjo

ANAK BUAH DIBOGELKAN ORANG:
TERLALU MARAH ORANGKAYA HISHAMUDDIN

Arakian terlalu marah Orangkaya Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein akan kejadian anak-anak buahnya dibogelkan oleh orang-orang Dato’ Temenggung. Syahdan sekalian orang banyak sekadar menyangka kemarahan Orangkaya Dato’ Seri Hishamuddin disebabkan perihal anak-anak buahnya dibogelkan semasa disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adapun mereka dari SPRM itu sama jualah dengan orang-orang Dato’ Temenggung, adanya. Sebermlula Orangkaya Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Syed Abdul Hamid Albar akan bertanding melawan Orangkaya Dato’ Seri Hishamuddin dalam pemilihan pimpinan harakah Melayu (UMNO) tak lama lagi. Arakian, perkara dibogelkan itu taklah penting mana gamaknya, tetapi perkara nak berlawan itulah yang menjadi taruhan.Heh heh heh!

Hatta, maka oleh Sultan Abdul Jamil disuruh baginda lepaskan seekor gajah jinak. Maka dikepunglah dengan beberapa ekor gajah yang lain, dan beberapa orang bomoh yang tahu memegang jerat seperti laku orang menjerat gajah liar. Maka disauk-sauklah jerat pada kaki gajah yang lepas itu, tiada kena, maka kena pada kaki gajah yang lain, dan kena pada leher sama-sama bomoh. Maka segala bomoh itu pun hairanlah. Maka sembah segala bomoh kepada Sultan Abdul Jamil, ‘Adapun tuanku, tiada dapat patik sekalian menjerat di hadapan Seri Dewa Raja ini, kerana orangkaya ini terlalu tahu pada gajah.’ Maka Sultan Abdul Jamil pun terlalu malu melihat perihal itu. Maka baginda pun masuk ke istana; segala yang yang menghadap masing-masing pulang ke rumahnya. Tetapi malu Sultan Abdul Jamil itu tak sama malunya dengan Orangkaya Hishamuddin seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ oleh:







HIDUP BAHASA MELAYU.

Thursday, January 29, 2009

WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
S U A R A < < < > > > P R I M A

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG:

GENCATAN SEJATA DARI ZIONIS:
OBAMA SEKADAR BONEKA YAHUDI

Assalamualaikum,

Pencabulan gencatan senjata yang longgar oleh regim Zionis di Israel ke atas Gaza sejak semalam (27 Januari 2009), memang sudah diduga sekalipun penghuni Rumah Putih di Washington DC bertukar dari George W Bush kepada Barrack Hussein Obama. Janji Obama mahu meyakinkan dunia dengan perubahan dasar luar Amerika Syarikat (AS) sekadar kesinambungan kebangsatan yang sukar dipercayai. Apalagi Obama sekadar boneka Yahudi yang tak mampu lakukan apa-apa, dalam kesongsangan politik Zionis yang sekarang di bawah pimpinan Ehud Olmert. Sejak perang enam hari 1967, AS tak pernah merasa bersalah menyumbangkan senjata kepada Israel bagi memerangi negara-negara Islam, hinggalah penampilan Saddam Hussein di Iraq sekitar 1980-an.

Israel pernah dikejutkan oleh Saddam Hussein pada 1990-an, apabila skud yang dihantar dari Baghdad mampu membolos ke bumi Israel, di samping George Bush Sr mengingatkan regim Zionis itu tak membalas serangan Iraq. Kalau Obama mengambil sikap seperti Bush Sr, regim Zionis tak mungkin mencabul gencatan senjata. Palestin akan berterusan menjadi mangsa, selagi pemimpin yang ditampilkan oleh AS memegang kuasa sama ada di Baitulmaqdis, di Baghdad mahupun di Kabul. Mahmood Abbas, Nori al-Maliki dan Hamid Karzai bukan pemimpin pilihan rakyat di negara terbabit, tetapi menaiki takhta kekuasaan menerusi sokongan AS. Mereka tak mampu melakukan apa-apa selain daripada memelihara kedudukan yang diidam-idam selama ini. Barangkali!

I.S.A. DARI PANDANGAN MUFTI:
SESUAI DENGAN SYARIAT ISLAM
Barangkali juga Mahmood Abbas, Nori al-Maliki dan Hamid Karzai melaksanakan peraturan-peraturan mengikut pandangan demi menjaga keselamatan daripada gangguan militan. Tak tahulah dengan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibul Samahah Dato’ Wan Zahidi Wan Teh yang saya dengar (kalau tak silap) di radio klasik nasional jam 6.45 petang ini (28 Januari 2009) yang mengakui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dilaksanakan oleh kerajaan demi menjaga keselamatan negara. Entahlah! Sahibul Samahah pula memperkuatkan hujahnya mengikut syiar Islam, tetapi tak pula dikesampingkan hujah sama ada berlaku atau tidak ‘salah guna kuasa’ seperti perihal kempitei dalam period pemerintahan Jepun (1942-1945). Wajarkah Allahyarham Dr Burhanuddin al-Helmy mengalami sakit batu karang akibat menahan kencing semasa didakwa di bawah ISA. Astaga!

Justeru teringatlah ana semasa beberapa kali menghadiri mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAIS) di Seremban sekitar 2003, apabila ana sebut mengenai mufti selayaknya menjadi ‘raja ibadat’ dalam heiraki pemerintahan beradat di Negeri Sembilan. Sebaliknya ana sekadar dimaklumkan tugas mufti apabila menghadiri mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang sekadar membaca doa (mudah-mudahan ana tak didakwa di bawah OSA, insya Allah). Begitu juga ana beberapa kali menonton filem ‘Madu Tiga’ arahan Tan Sri Dr P Ramlee, adegan Rafi menemui Pak Ali dalam episod mendirikan masjid. Dialog Pak Ali kepada Rafi bersahaja iaitu: “Nampaknya bulan ini gaji awak naiklah.” Jawab Rafi, “Kita ni sama-sama Pak Ali, menyenangkan kerja saya, Pak Ali pun tak perlu susah-susah.” Isy isy isy!

-Pak Dharma

INFO HAK ASASI MANUSIA

JATUHKAN AIR MUKA LAWAN:
SUKAN TINJU PERLU DIHARAMKAN

Tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid al-Khairiyyah, Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor 23 Januari 2009 lalu memberitahu, sukan tinjau wajar diharamkan kepada atlit-atlit beragama Islam kerana ianya boleh ditafsirkan menjatuhkan air muka pihak lawan. Penyampai tazkirah Tuan Guru Ustaz Maulana Noor memberitahu jemaah, apabila sukan tinju terpaksa memukul muka lawan ianya ditafsirkan sebagai menjatuhkan air muka. Justeru sukan tinju menyebabkan atlit-atlit terbabit melakukan perbuatan yang haram di sisi Islam iaitu menjatuhkan air muka, apabila perlu memukul pada bahagian muka. Serentak dengan Tuan Guru Ustaz Maulana Noor menyeru pihak berkuasa secara bertanggungjawab menharamkan sukan berkenaan kepada atlit-atlit beragama Islam.

Sekalipun pandangan Tuan Guru Ustaz Maulana Noor dikira penemuan baru, tetapi ianya menyentuh kepentingan Islam. Sebelum ini atlit-atlit beragama Islam seperti legenda tinju Muhammad Ali (Cassius Clay) dan bekas juara tinju heavyweight Hashim Rahman adalah atlit beragama Islam. Pemuka-pemuka agama Islam di Malaysia juga harus memberikan pandangan yang jujur mengenai sukan tinju, kerana ianya membabit kesucian Islam sendiri. Atlit-atlit beragama Islam tak rugi apa-apa sekiranya mengalih perhatian kepada sukan yang lebih sesuai dengan ajaran Islam, bukannya melakukan aksi berlaga seolah-olah haiwan yang diperjudikan. Tuan Guru Ustaz Maulana Noor adalah pendakwah yang berilmu, justeru pandangan beliau adalah berdasarkan keilmuan.

CALON BAGI MEREBUT PIMPINAN:
DIMINTA MENOLAK SEBARANG KOMPROMI

Pimpinan dalam Majlis Tertinggi UMNO diminta tak mengganggu proses pemilihan dalam Perhimpunan Agung dijangkan pertengahan Mac 2009 ini, beritahu bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak, Omar Sudi Abdul Manan. Justeru katanya, beliau menolak sebarang usaha berkompromi di kalangan calon-calon bagi merebut jawatan tertinggi setelah menerima kouta pencalonan yang mencukupi. Seterusnya menurut Omar Sudi, serahkan kepada perwakilan yang diberi mandat untuk membuat keputusan dalam menentukan hala tuju UMNO selepas Mac 2009. Beliau melahirkan rasa kecewa apabila di kalangan MT sendiri meminta calon-calon terbabit berkompromi demi memelihara perpaduan parti. “Perpaduan UMNO tak bergantung kepada kompromi, sebaliknya hala tuju pemimpin perlu jelas bagi mengatasi krisis keyakinan,” katanya.

Omar Sudi menyentuh usaha beberapa pimpinan MT yang mahukan calon-calon terbabit berkompromi bagi mengelakkan perpecahan. Isu yang berbangkit sekarang ialah krisis keyakinan yang perlu dipulihkan semula, dengan memperkasakan semula UMNO bagi membawa semula orang Melayu memperkukuhkan parti, menurut Omar Sudi lagi. Beliau juga menolak sebarang dakwaan ‘politik wang’ dilakukan oleh pemimpin muda hingga mereka digantung keahlian, sebaliknya sumber ‘politik wang’ adalah di kalangan mereka yang ‘mampu memberi’ dan mereka ‘yang tak berasa berdosa menerima’. Calon-calon yang menawarkan diri sudah menerima cukup kuota pencalonan, adalah menimbul kemarahan kepada penyokong-penyokong sekiranya berkompromi. “Kemarahan para penyokong inilah boleh mendorong kepada perpecahan UMNO,” ujar Omar Sudi yang juga ketua cawangan UMNO Selayang Baru.

INFO SASTERA & BUDAYA

BACA PUISI KENA PERMIT POLIS
UMNO GELABAH MENJELANG MAC 2009

Pendeklmator puisi di negeri Pahang diminta memohon permit polis bagi majlis baca puisi di Felda Jenderak Utara, 7 Februari 2009 ini, menurut aktivis budaya L. Mankadir Shamsi. Pihak polis mengklasifikasikan majlis baca puisi berkenaan bermotif politik apabila pendeklamator yang dijangka turut hadir ialah Haji Suhaimi Said dan Badrul Hisham Shahrin merupakan aktivis parti pembangkang. Bagaimanapun kata Mankadir, pihak penganjur memenuhi permintaan polis bagi memohon permit tersebut. Sebaliknya, kerajaan negeri Pahang seharusnya berasa malu apabila majlis baca puisi dikehendaki memohon permit polis ketika UMNO gelabah menjelang Perhimpunan Agung Mac 2009. “Masa sudah membuktikan yang melaksankan kerja-kerja kotor termasuk politik wang adalah pihak di sebelah sana,” beritahu Mankadir.

Mankadir memberitahu insiden di Raub sekitar 1999, apabila ceramah politik tak menyenaraikan nama pemimpin berkenaan dalam permit polis. Sebaliknya apabila pemimpin berkenaan naik ke pentas dengan berpantun, pihak polis menggunakan budi bicara membenarkan ianya diteruskan. Begitu juga dalam insiden di Tangga Batu, Melaka apabila polis menghalang ceramah politik tak diberi permit. Pemimpin-pemimpin terbabit sekadar membaca doa hingga 30 minit, menyebabkan polis tak menghalangnya, beliau menambah. Sebaliknya dalam majlis baca puisi di Felda Jenderak Utara, beliau melahirkan rasa kesal apabila diperlukan permit polis. “Baca puisi sekadar kegiatan bahasa dan budaya, bukannya ceramah politik,” menurut Mankadir lagi.

INFO SUARA PROLITAR

AHLI UMNO DIMINTA BANGKIT:
GANTUNG, BUKAN HILANG KERAKYATAN

Langkah menggantung keahlian pemimpin Puteri UMNO di Wilayah Persekutuan enam tahun oleh jawatan kuasa disiplin, diikuti seorang pemimpin Pemuda di Perak setahun, seolah-olah UMNO masih gagah. Mereka dituduh membuat laporan palsu, dan seorang lagi terbabit politik wang. Dengan fenomena sekarang, eloklah semua ahli UMNO jangan takut bangkit menegakkan kebenaran. Pemimpin Pusat merasakan UMNO masih gagah macam 10 tahun dulu. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Pemantau Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin Ismail, hanya berani minta bubarkan Puteri dan Putra, seolah-olah sayap muda ini sahaja yang terbabit dengan politik wang. Oleh itu ahli UMNO jangan takut digantung ahli, kerana ianya bukan hilang kerakyatan.

Ahli UMNO perlu mengajar pemimpin Pusat, kerana mahu menegakkan benang basah. Selama ini politik wang dimulakan oleh siapa? Masih ingatkah 2003, bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui di Kubang Pasu pun berlaku politik wang? Kenapa Tun Dr Mahathir tak dipecat kerana membuat tuduhan dengan tak ada bukti seperti pemimpin Puteri yang digantung enam tahun tu? Kalau semua digantung berapa kerat lagi tinggal ahli UMNO yang memang sudah parah ini? Jangan UMNO terikut-ikut dengan budaya MIC, siapa sahaja ahli yang mahu menentang jawatan presiden parti akan dipecat. Mulai sekarang ahli-ahli UMNO marilah bangkit bersama-sama untuk satu matlamat memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin Pusat yang tak sedar diri!

Tak guna mengajak orang Melayu bersatu menyokong UMNO, kalau mengangkat pemimpin yang tak ada kualiti. Siapa pemimpin UMNO yang berkualiti sekarang, kalau mahu berdepan dengan pemimpin luar negara? Dengan memecat pemimpin muda untuk menonjolkan pemimpin haprak sambil menuduh berlakunya politik wang, jadilah UMNO macam kisah tiga orang pemuda kampung nak jadi menteri. Dalam cerita rakyat itu tiga orang pemuda kampung nak jadi menteri, diperkenankan hajat oleh raja untuk memegang jawatan tersebut. Pemuda yang hanya tahu memegang tajak itulah disebut macam kaduk naik junjung; macam si kudung dapat cincin dan macam beruk kena belacan. Dedahkan keburukan pemimpin, jangan takut digantung keahlian kerana masih lagi tak hilang kerakyatan. – (Ahli UMNO 1950-an, Selangor).

KOMENTAR
Bersama Pak Parjo

SEMAKIN HAMPIR NAJIB JADI PM:
ORANG MELAYU MENGUBAH SOKONGAN

Kata sahibul hikayat tersebutlah ceritera Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan dinaikkan pangkatlah ia tak lama lagi. Arakian orang banyak pun tertunggu-tunggu akan waktu Orangkaya Dato’ Seri Mohd Najib itu dinaikkan pangkat. Syahdan gemparlah sekalian orang banyak apabila Orangkaya Dato’ Seri Tajul Rosli Mohd Ghazali tak mahu lagi menjadi ketua harakah Melayu (UMNO) di Perak. Sebelumnya kedengaran kepada sekalian anak buah perihal Orangkaya Bota Dato’ Nasaruddin Hashim pergilah ia menyokong Orangkaya Permatang Pauh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Semakin hari sekalian orang banyak menunggu-nunggu akan Orangkaya Dato’ Seri Mohd Najib dinaikkan pangkat, bertambah banyaklah pula anak-anak buah harakah Melayu pergi mereka menyokong Orangkaya Dato’ Seri Anwar itu, adanya.

Hatta, maka orang berseru-seru melarangkan jangan menikam Raja Rekan dahulu. Maka tiada didengarkan oleh orang sekalian kerana sangat sabor, lagi orang banyak sakit hati akan Raja Rekan. Maka ditikam oranglah Raja Rekan, kena dadanya terus menerus. Setelah Raja Rekan merasai luka itu, maka ditikamnya Sultan Abu Shahid, maka baginda pun matilah. Adapun umur baginda di atas kerajaan setahun lima bulan; baginda pun mangkat. Hatta, maka Raja Kassimlah menggantikan kerajaan baginda. Maka ditabalkan orang, gelar baginda di atas kerajaan Sultan Muzaffir Shah. Arakian maka Maulana Jalaluddin pun meminta janjinya kepada raja (rupa-rupanya rasuah juga ulama itu). Maka dihiasai seorang wanita diberikan kepadanya, tetapi bukanlah puteri Raja Rekan seperti yang dihajatinya, kerana mahu menaiki takhta perlu jugalah rasuah seperti disebut dalam ‘Kitab Melayu’ daripada:












HIDUP BAHASA MELAYU!