Sunday, June 21, 2009

INFO LUAR NEGARA


13 people were killed:
Attacked mosque in Tehran

hr 6 mins ago

TEHRAN, Iran – Iranian state television says 13 people were killed in violent clashes between police and what they call "terrorist groups."

The report did not specify how the deaths occurred, but state television reported earlier that several people were killed Saturday when "rioters" attacked a mosque in western Tehran.
Sunday's report on Iran's official English language station said "rioters" set two gas stations on fire and attacked a military post.

Iran's capital was wracked by violence Saturday as security forces clashed with supporters of Mir Hossein Mousavi, who claims he won the June 12 presidential election.
The report was the second confirmation of deaths since unrest began. State media said seven people were killed early in the week. - AP

KALAU MELAYU TAK BERSATU...


Mukhriz tak yakin
1Malaysia boleh berjaya
21/06/2009 4:49pm

JITRA 21 Jun — Konsep 1Malaysia tidak akan dapat direalisasikan, sekiranya orang Melayu tidak bersatu kerana kestabilan serta kemakmuran negara bergantung kepada kekuatan bangsa itu. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata, orang Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kemajuan negara kerana ia merupakan bangsa majoriti di negara ini. “Kalau orang Melayu tak bersatu, macam mana nak jayakan 1Malaysia dan ia akan merugikan bangsa lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung perwakilan Pertubuhan Peladang Kawasan A-II di Kodiang, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, perpaduan perlu dimulai oleh orang Melayu sebagai tonggak serta peneraju dalam menjayakan 1Malaysia dan menjadi contoh kepada bangsa lain. “Apabila bercakap pasal perpaduan orang Melayu, ia bukanlah bersifat perkauman, tak mungkin wujud kerajaan yang terdiri 100 peratus pemimpin Melayu kerana kita dah lama amalkan sistem kongsi kuasa, dan beri ruang kepada kaum bukan Melayu,” katanya. Mukhriz juga turut melahirkan rasa gusar terhadap sesetengah pihak yang sering membangkitkan isu perkauman serta tidak senang apabila kerajaan didominasi oleh pemimpin Melayu.

“Saya tidak faham kenapa ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan perpaduan dan tidak suka melihat orang Melayu bersatu sedangkan kita sanggup berkongsi kuasa dengan semua orang,” katanya. Sementara itu, beliau turut mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya sentiasa bermuhasabah kerana mungkin ada perkara yang tidak disenangi rakyat berlaku dan perlu diselesaikan segera. Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata Umno perlu menonjol dalam usaha membela rakyat kerana dengan cara itu keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap Umno tidak akan terjejas. — BERNAMA

INFO PENDIDIKAN MELAYU

Graduan diberi peluang GSTT:
Pelajar IPTA perguruan tergugat

oleh: Fadzli, 21 June 2009

Komen ramai rakan-rakan pendidik di bahagian Shoutmix yang mempertikaikan pengambilan GSTT atau Guru Sandaran Tidak Terlatih. Kami juga banyak mendengar rungutan beberapa pelajar IPTA pendidikan yang hak mereka untuk posting awal berkemungkinan dinafikan dengan pengambilan GSTT. Sama ada kebetulan ataupun tidak, keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan ramai graduan diberi peluang menjadi GSTT seperti mana pengambilan 1000 guru kontrak awal tahun ini.

Sungguh pun persoalan ini adalah berbalik kepada rezeki namun implikasinya tetap ada. Sekiranya dakwaan atau statistik guru yang kurang menckupi menajdi sandaran yang tindakan mengambil GSTT adalah wajar. Tetapi timbul persoalan mengapa wujud pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat sekolah selepas sahaja graduasi. Pada masa yang sama, GSTT diambil kerana masalah kekurangan guru. Adakah status GSTT ini menganggu kedudukan pelajar IPTA untuk posting.

Ada yang menganggap pelajar IPTA dianaktirikan kerana berlainan kementerian yang mengeluarkannya. Walaupun ada rundingan dan koordinasi semenjak tahun lalu di antara dua kementerian pelajaran dan pendidikan tinggi tetapi masih belum ada penyelesaian yang efektif berhubung isu ini.Bagaimana pemetaan sumber manusia dilakukan sehingga ada yang terlepas pandang kedudukan pelajar IPTA bidang pendidikan tidak mendapat tempat di sekolah lebih awal. Seharusnya, sebelum graduasi lagi mereka ini diberi sekolah yang ditetapkan berbanding mendaftarkan diri di web Kementerian Pelajaran serta perlu menunggu giliran untuk dipostingkan. - http://www.cikgumalaysia.com/

PENGAKUAN BEKAS PEGAWAI TENTERA...


Mayat tentera musuh:
Diangkut seperti haiwan

Lef Kol (B) Malakan Kamaruddin 71 tahun, pernah terbabit dalam tragedi Kalabakan di Sabah ketika knfrontasi memuncak pada 1966. Dalam perbincangan pegawai tentera Malaysia-Indonsia dalam isu pertempuran, Malakan secara tegas mengakui beliau menembak mati dua orang tentera Indonesia. Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan Malakan mengakui tak pernah bertempur dengan pengganas komunis, sila layari - http://www.militaryofmalaysia.blogspot.com/.
Beliau memasuki tentera pada Jan 1958 dalam usia 21 tahun walaupun mempunyai kelulusan yang agak tinggi berbanding kadet-kadet lain yang rata-rata bersekolah Melayu atap.

Malakan dimasukkan ke 5 Melayu dan dihantar ke Kem Mentakab, Pahang dan dijanjikan pangkat Sarjan tetapi beliau sebenarnya tertipu. Di Mentakab, beliau dibuli dan disuruh membuat kerja-kerja berat, tidak layak untuk seorang anak Melayu yang mempunyai kelulusan yang tinggi pada masa itu. Malah di Mentakab, beliau bertanggungjawab mengangkat mesingan berat dan terpaksa keluar masuk hutan untuk mencari pengganas komunis tetapi tidak jumpa, seperti ditulis menerusi blog berkenaan.

Masih tidak berpuashati kerana tertipu dengan tawaran Sarjan, Malakan mula buat hal dan kurang digemari oleh pegawai di situ menyebabkan beliau dihantar pula Kem Batu Road (kini bangunan Putra Word Trade Centre) dan melakukan banyak operasi memburu komunis di Rawang, Kuala Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan tetapi masih lagi gagal menemui aksi pertempuran. Beliau ketika ini menggunakan raifel MK5 Point 303. Sebaliknya ketika dihantar ke Sabah, beliau terbabit dalam pertempuran dengan tentera Indonesia. Disebabkan dalam suasana perang, mayat tentera musuh yang ditawan dilayan seperti haiwan sekalipun saudara seagama. Begitulah!

INFO SASTERA & BUDAYA

PUISI

Menari Dan Menari
Dan Menari...

Apa?
PPSMI?
He he he...

Malam tidak pernah
cukup panjang untuk mimpi
boleh ada cerita yang bermula
dan berakhir dengan sempurna
macam drama swasta
cerita hantu orang Melayu,
ramai-ramai pelakonnya
duduk di warung
mengumpat dan bertengkar
berdialog macam baca
ayat-ayat dalam buku
lengkap koma dan noktahnya
dengan nahu
yang tiada cacat celanya
mematuhi hukum hakam
tata bahasa tinggalan Pendita Zaaba
PPSMI,
akan ke sinikah pula
engkau nanti
berserapah jampi
he heh he, kah kah kah.

Siang tidak pernah cukup lapang
untuk tukang drama swasta
cerita hantu orang Melayu
berhenti sebentar dari terus
jadi patung-patung plastik
menghafal dialog tanpa faham
menutur kata-kata
tanpa pengertian
meluah tonasi seiring wajah
tak beriak serata papan
yang serong
dan tak berketam
selari dan setepat iras
wajah pelakon watak
sang menteri mentelaah
halaman demi halaman invoices
jualan kitab-kitab PPSMI
sambil puan srinya
menjadi bomoh menurun
nombor ekor
di tepi busut jantan
di kelilingi anai-anai
menari dan menari dan menari...

-Yassinsalleh
jam 1103
Jun 21, 09
melintas titiwangsa
di lebuhraya timr barat

SELAMAT HARI BAPA


Ruangan baru hari Ahad
Layari blog Zakaria Bidin

Salam semua, Selamat menyambut Hari Bapa hari ini untuk bapa-bapa sahaja. Bagi anak-anak tunggu ciptaan baru untuk Hari Anak (tak sama dengan Hari Kanak-Kanak). Nanti tentunya ada yang mencipta Hari Suami, Hari Isteri dan Hari Suami Isteri. Datang aje kita sambut. Dalam http://www.lesungbatu.webs.com/ ada sebuah rencana dalam ruangan baru Bicara Ahad bersama Rinaz Jasmine yang seterusnya akan menyumbang rencana menarik setiap hari Ahad yang khususnya untuk wanita walaupun buat kali ini beliau membicarakan pasal bapa kerana bersempena dengan Hari Bapa.

Selain itu, ada rencana lain yang tak kurang menariknya mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin kata kalau undi BN pun akan masuk syurga. Ruangan tetap yang lain termasuklah Jenakaria yang mengisahkan hidup seorang penyeludup. Gambar menarik juga hari ini tak kurang menarik ada 'baby' besar tersangkut di dahan pokok. Pembaca juga terus memberi respon melalui Komen Pembaca mengenai rencana-rencana yang tersiar dalam lesungbatu. Selamat bersantai bersama lesungbatu hari ini. - Abang Zek

SEKALI PERSETUA...


Heboh pula di serata negeri:
Mengundi UMNO masuk syurga

Sebermula tersebutlah ceritera tuan yang empunya ceritera, akan Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan penitir canang sesiapa yang mengundi harakah Melayu (UMNO) itu masuk syurga. Tak pernahlah fakir mendengar Orangkaya itu berkata-kata, bahawasanya fakir mendengar dari penitir-penitir canang belaka. Arakian sudah dipermain-mainkan orang perkara syurga dan neraka itu. Adapun Orangkaya itu dikatakan orang banyak bercakap mengenai syurga dan neraka itu ketika ia pergi ke Kelantan. Maka orang banyak juga diberitahu Orangkaya Tan Sri Muhyiddin itu ayahnya pada suatu masa dahulu ialah ulama di Muar, Johor yang pernah ia menjad kadi, adanya.

Syahdan maka tatkala itu tuan Sidi Arab itu pun ada mengadap Sultan Muzaffar Shah. Telah tuan itu mendengar khabar Chau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, "Mati engkau Chau Pandan." Maka Sultan Muzaffar Shah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab, "Jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan keramat." Maka jawab tuan itu, "Perkara itu urusan Allah, syurga dan neraka juga urusan Allah." Adapun Chau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka terasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Chau Pandan pun sakit muntah darah lalu mati. Maka itu diperbuat orang nyanyi:

Chau Pandan anak Bubunnya
Hendak menyerang Melaka
Ada cincin berisi bunga
Bunga berladung si air mata.

Syahdan sekalian orang banyak pun meminta disuratkan dalam 'Kitab Melayu' kepada:





HIDUP BAHASA MELAYU!