Wednesday, July 15, 2009

PAK KADUK DI MANEK URAI

Pulihkah keyakinan kpd UMNO
Sekadar kurangkan majoriti PAS

oleh: Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz
bekas Exco Pemuda UMNO

Keputusan pilihan raya kecil Manek Urai, 14 Julai 2009 disambut baik oleh UMNO, di samping Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menganggap, keyakinan rakyat terhadap UMNO sudah pulih. Sekalipun UMNO gagal merampas DUN Manek Urai, di samping meneruskan tradisi kalah berturut-turut sebagai mesej orang Melayu menolak UMNO, tetapi Najib mahupun Tan Sri Muhyiddin menganggap petanda baik. Najib dan Muhyiddin seolah-olah terlupa kerajaan sekarang dipimpin oleh UMNO, justeru tak wajar berbangga tewas 65 undi, sebaliknya wajar bertanya kepada diri sendiri, mengapa berterusan tewas seolah-olah parti pembangkang. UMNO sebenarnya menjadi Pak Kaduk di Manek Urai, ayam menang kampung tergadai.

Kalau tewas 65 undi dianggap memadai, berbanding dengan curahan wang yang terlalu besar jumlahnya, di samping janji pembinaan jambatan baru bernilai RM7 juta, diikuti dengan kos helikopter berulang alikke Manek Urai seharusnya keputusan tak seperti berlaku pada malam 14 Julai 2009. Apabila berjaya mengurangkan majoriti hingga ke paras 65 undi dikategorikan menang, seolah-olah UMNO yang menjadi pembangkang di Malaysia. Bukan sahaja menerima nasib 'Pak Kaduk', malah boleh juga dianggap seperti 'Lebai Malang' kerana 'yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat'. Amalan 'politik wang' dalam UMNO menghancurkan parti itu, justeru apabila dilestari dalam PRK ianya boleh menghancurkan negara pula.

PRIMA TAK MENENTANG BAHASA INGGERIS

Jangan kelirukan diri sendiri:
Pertingkat BI bukan dgn PPSMI


oleh: Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah
Bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM.



Kekeliruan mungkin timbul apabila PRIMA menentang PPSMI, sejak Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika Timbalan Perdana Menteri mahu menjadikan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia pada 2006. PRIMA tak menentang Bahasa Inggeris, justeru jangan kelirukan diri sendiri kerana PRIMA menggalakkan subjek BI dipertingkatkan. Apabila PRIMA menganjurkan majlis baca puisi 15 Ogos 2009 ini di Kelab Golf Perangsang, Taman Templer tak bermakna menghapuskan BI, sebaliknya PRIMA tak mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa yang 'imigran' di negara sendiri. Justeru tak boleh dipertikaikan Dato' Dr Hassan Ahmad pernah menulis artikel dalam BI memperkatakan sesuatu isu, atau SN DrMuhammad Haji Salleh menulis sajak dalam BI, atau Yassinsalleh terbabit dalam genre penterjemahan Inggeris-Melayu dan Melayu-Inggeris.

Saya juga melanjutkan pengajian ke universiti di Amerika Syarikat dalam aliran BI, atau Dharmala N.S. (Pak Dharma) juga menterjemahkan buku dalam BI ke Bahasa Melayu, termasuk teks ucapan Ahli Parlimen Pembangkang dari BI ke Bahasa Melayu sekitar dekad 1990-an. Pak Boestamam yang membawa Parti Rakyat keluar dari Front Sosialis pada dekad 1960-an kerana isu Bahasa Melayu juga menterjemahkan buku dari BI ke Bahasa Melayu. Maknanya, sesiapa sahaja boleh menggunakan inisiatif sendiri mempertingkat BI, tetapi jangan menafikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pada period penjajah Inggeris kita diajar mata pelajaran Ilmu Hisab, Ilmu Kira-Kira dan Congak adalah dalam Bahasa Melayu, sebelum ditukar kepada matematik, algebra dan geometri pada pasca merdeka.

MEDIA TUTUP KEPERONGOSAN UMNO

Media arus perdana boneka:
UMNO cederakan penyokong PR

oleh: Badrul Hisham Shaharin

Pertempuran merebut kerusi Manik Urai telah selesai dengan PAS - Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi Manik Urai dengan kelebihan 65 undi. Mengulang ungkapan yang sering diucap oleh Dr. Mahathir satu ketika dahulu (1999, BN khususnya UMNO menang banyak kerusi dengan majoriti tipis) " Satu undi pun menang juga". Walaupun berkarung wang ditabur, janji dan ugutan di buat namun BN tetap kalah. Malah penipuan dalam proses pilihanraya tetap berlaku, pelik apabila satu pilihanraya kecil dalam ketika waktu bekerja dengan rekod pengundi luar yang agak ramai, 87% pengundi mengundi, namun BN tetap kalah. (Gambar yang tak pernah disiarkan di salah satu pusat mengundi di Manek Urai, seorang wanita dipapah ke hospital kerana pecah kepala dibaling batu oleh penyokong UMNO)

Namun percayalah (arwah) SPRM tidak akan bertindak apa - apa, kerana SPRM hanya akan bangkit dari kubur seperti mayat diseru pengamal ilmu hitam hanya apabila adanya kes atau nak mereka kes yang menjamin kepentingan segelintir kelompok utama pemimpin regim Bn sahaja. Sebenarnya dengan apa yang ditabur regim berharap menang, kekalahan semalam memberikan tamparan dan kejatuhan moral yang dasyat namun media hari ini seperti biasa cuba memberikan moral semula kepada regim BN. BN telah ditolak secara berterusan kalah terus - terusan di semua pilihanraya kecil selepas PRU 2008 (kecuali di Batang Ai).

Media menjadi peniup nyawa BN. Contohnya hari ini media mainkan ada puteri UMNO jadi mangsa keganasan maka digunakanlah gambar seorang puteri Umno terbaring dengan muka sedih berselimut di Hospital. Gambar yang digunakan oleh media UMNO gambarkan puteri UMNO yang diganasi sehingga terpaksa berselimut di Hospital. Malangnya media menggelapkan berita dan gambar penyokong Pakatan Rakyat yang berdarah , 'pecah' kepala dibaling batu oleh penyokong BN. (Gambar seorang petugas Pakatan Rakyat turut cedera , berdarah kepalanya dibalut bendera PAS, tetapi dia tidak mahu dihantar ke hospital). Inilah bentuk mainan media regim yang tidak layak di ajak berpakat atau berpadu.... Media arus perdana pula menjadi boneka- http://chegubard.blogspot.com/

ANWAR KESAL KEPONGAHAN PENDAKWARAYA

Kes palsukan keterangan:
ketepikan prinsip keadilan
oleh: Dato' Seri Anwar Ibrahim
Permohonan menangguh sidang perbicaraan buat beberapa minggu untuk membolihkan saya mendapatkan ketua pasukan guaman baru ditolak.Saudara Sivarasa menyatakan bantahan keras sabelum meneruskan dengan penghujahan. Saudara Edmund dan Amir kemudiannya memperkukuh alasan untuk mendapatkan dokumen dan keterangan; termasuk isu konspirasi, kes memalsukan keterangan dan lain-lain. Jawapan pendakwaraya saperti biasa menyentuh “kuasa” mereka, mengenepikan sama sekali prinsip keadilan. Amat dikesali sikap angkuh dan zalim beliau tatkala mempertahankan hukuman ke atas Sukma Darmawan.

Menurutnya, keterangan pakar forensik bahawa tidak ada sebarang masukan dalam dubur tidak relevan kerana beliau (Sukma) telah mengaku. Waduh, si bahlul pun faham “pengakuan” orang yang didera dalam lokap saperti yang kemudiannya disahkan olih hakim Mahkamah Rayuan! Satu dasawarsa telah berlalu, dan tak banyak yang berubah. Kepada yang mahu kes disegerakan, tanya saja Mahkamah Syari’ah - mengapa lembab satelah satu tahun berlalu? Ikut hukum Islam atau pimpinan parti? - ANWAR IBRAHIM

PAS AKAN BUAT POST-MORTEM

Ketara merosot di Manek Urai:
Jambatan baru dan sogokan wang

Mohd Nor Yahya, Rabu Jul 15, 09 12:05:11 am MYT

KUALA KRAI, 15 Julai (Hrkh) - PAS akan membuat post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai semalam. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato? Abdul Halim Abdul Rahman berkata, beberapa faktor antaranya janji untuk menyediakan jambatan baru di Manek Urai dan sogokan wang boleh mempengaruhi sikap pengundi luar. "Namun saya ingin sampaikan tahniah kepada kebijaksanaan penduduk Manek Urai yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut," kata beliau ketika ditemui selepas pengisytiharan kemenangan Mohd Fauzi Abdullah di Dewan Sekolah Sultan Yahya Petra.

Menurutnya janji yang ditaburkan Umno pada saat-saat akhir belum mampu memikat keseluruhan pengundi di Manek Urai. Beliau juga berkata kemenangan tipis bukan satu persoalan memandangkan ia pernah berlaku di Pulai Chondong pada pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. "Ia juga ada kaitan dengan sikap SPR yang mengadakan pengundian pada hari kerja dan kepulangan pengundi luar walaupun ramai namun ada yang terpengaruh dengan janji dan sogokan wang," katanya.

Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, terlalu banyak janji yang ditabur Umno di Manek Urai, namun kesetiaan kepada konsep Membangun Bersama Islam tetap dipertahankan. Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor berkata, PAS berdepan dengan seluruh jentera kerajaan. - mj_ http://harakahdaily.net/ .

INFO ANTARABANGSA...

New audio message, US interference:
Al-Qaida's leader warned Pakistani people

by Maamoun Youssef, Associated Press Writer - 55 mins ago

Play Video Pakistan Video:Pakistan's blast village mourns dead Reuters
Play Video Pakistan Video:Many die in Pakistan school blast Reuters

CAIRO – Al-Qaida's No. 2 leader warned the Pakistani people in a new audio message that the U.S. interference in their country's affairs poses a grave danger to Pakistan's future and very existence. The English-language audio message by Ayman al-Zawahri was dated July 14 and addressed to "my Muslim brothers and sisters in Pakistan." In it, the militant group's second-in-command called on Pakistanis to join the fight against the United States or support the battle financially. He warned that without that help "we shall not only contribute to the destruction of Pakistan and Afghanistan, but we shall also deserve the painful punishment of Almighty Allah."

The tape, whose authenticity could not immediately be verified, was released by the al-Qaida media wing As Sahab and was posted on Islamic Web sites that usually carry militant videos and statements. Al-Zawahri and al-Qaida leader Osama bin Laden are rumored to be hiding in Pakistan's lawless tribal belt along the border with Afghanistan. The Taliban have thrived in that region, and some Taliban commanders maintain links to al-Qaida. The region also has been the focus of numerous U.S. missile strikes, which officials say have killed several top al-Qaida fighters. A 2006 strike reportedly missed al-Zawahri in the Bajur tribal region.

Al-Zawahri, who had addressed the Pakistani people in English in August last year, said Pakistan is really ruled by the United States. "The current ruling class in Pakistan is lining up under the cross of the modern Crusade and competing for American bribes. Hence, the actual ruler of Pakistan is the American ambassador, who pays the bribes and issues the orders," he said. He said "the only hope to save Pakistan from this disastrous fate is Jihad" because the political institutions were "either sunk in the swamp of corruption or are too helplessly crippled and paralyzed to bring about any change."

Stressing the need for money, al-Zawahri called on people to join the fight and contribute money. "It is the individual duty of every Muslim in Pakistan to join the Mujahedeen, or at the very least, to support the Jihad in Pakistan and Afghanistan with money," he said. Al-Zawahri's appeal for funds echoes one made last month by Mustafa Abu al-Yazeed, al-Qaida's top commander in Afghanistan who said militants in Afghanistan were hampered by a lack of equipment and money. The al-Qaida deputy's appeal to Pakistanis comes as public opinion in the South Asian nation has swung away from militants and in favor of army offensives against them.

A recent survey showed that 81 percent of Pakistanis believe the activities of the Taliban and other Muslim extremists were a "critical threat" to the country, up from the 34 percent polled on the same question in September 2007. Eighty-two percent said bin Laden's al-Qaida was also a critical threat, exactly twice as many who thought so two years ago. The poll was carried out by Socio-Economic Development Consultants in Islamabad on behalf of WorldPublicOpinion.org. It questioned 1,000 people across Pakistan from May 17 to 28 and had a margin of error of plus or minus 3.2 percentage points.

INFO SUARA PROLITAR

Gajah pun tahu mengamuk:
Macam mana pula PPSMI?

Dah baca Berita Harian hari ni (15 Julai 2009)? Seekor gajah jantan mengamuk di kampung Rais Yatim (Dato' Seri Dr Rais Yatim; Kampung Gagu). Perkara gajah mengamuk tak menghairankan sebagai fitrah alam, apalagi warga rimba juga tahu mengamuk apabila hak mereka diganggu. Tetapi macam mana dengan PPSMI? Bagi orang Negeri Sembilan, PPSMI umpama 'sikucapang sikucapeh'. Lopeh ni popularlah lagu 'Ayam Den Lopeh'. Bukan orang Minang aje terangkat telingo dongar lagu tu, peminat muzik pun tumpang samo. Zaid Ibrahim tak suko ISA, tak risau dia letak jawatan menteri. Tapi Dato' Rais camno, cakap berdegar-degar fasal Bahasa Melayu, tapi isu PPSMI nyorok-nyorok kepalo. Apa hal? Gajah pun tahu mengamuk kat Kg Gagu, fasal nak buat projek takungan air di situ. - Rozmal Malakan, Tmn Alamanda, Seremban.

Prima Perlu buat kajian:
Penempatan Tok Bahaman

Kampung Pemberian dekat dengan Kampung Manjor didiami oleh bekas-bekas pengikut Mat Kilau yang berasal dari Pulau Tawar. Khabarnya di Kg Manjor dan Kg Karangan ada orang asal Pulau Tawar keturunan yang ikut berperang dengan Mat Kilau dan Dato' Bahaman. Sdr (rakan-rakan PRIMA) kena datang sini untuk buat research. Ada dapat juga cerita dari orang tua-tua tentang kisah Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah. - Warga Prihatin, Kampung Manjor, Manek Urai, Kelantan.

Papan tanda 'Keadilan":
Biarlah, tak kacau sesiapa

Saya di Jeddah (Arab Saudi) sekarang. Dekat rumah saya memang ada papan tanda 'Keadilan'. Tapi dah lama kat situ. Malaysia bukankah demokrasi terbuka, takkan bapak tak tau! Papan tanda tu tak kacau sesiapa, biarlah. Lagi pun bukankah cantik, dari jauh semua orang boleh nampak. - YAR, Tmn Kamariah, Gombak.


Gerakan nasionalisme:
Ulama pejuang sebenar

Memang sebenarnya begitu.Islam menjadi force atau kekuatan yang maha besar lagi ampuh dalam melawan penjajah.cuma kita terlalu dikelirukan oleh penjajah-lihat sahaja dalam buku teks sejarah,penentantan Dato Bahaman atau Tok Janggut atau Abdul Rahman Limbungatau Maharajalela dikatakan kerana tidak bersetuju dengan kutipan cukai yakni pembesar tradisional hilang pendapatan atau kerana ingin mengekalkan sistem perhambaan-langsung tidak dinyatakan bahawa penenentangan tersebut kerana faktor tuntutan agama,Islam,ketimbang penjajah barat yang kristian.

Saya berpandangan sudah sampai masanya pengkajian sejarah (dan penulisan) dilihat dan dikaji dari sudut pertembungan Islam versus penjajahan.ertinya yang memotivasikan para pejuang di nusantara ialah Islam sebagai faktor pendorong yang penting dan bukannya kerana hilang sumber cukai dan sebagainya.jika kita masih berpegang kepada apa yang ditulis oleh para orientalis maka sesungguhnya kita secara tidak langsung menghina pejuang bangsa kita sendiri!
- Ahmad Nizam Hamid, Temerloh, Pahang.