Wednesday, February 10, 2010
ISU SEMASA...
BETUL-BETUL, CUBAAN ATAU PUBLISITI?
Assalamualaikum,
Sudah lama rasanya AW tidak "membebel" di sini. Mungkin kerana disebabkan AW sibuk dengan tugasan harian AW menyebabkan AW tidak sempat meng"updatekan" berita terkini yang berlaku di sekeliling kita. Sebelum AW mengulas mengenai tajuk di atas, AW ingin menyentuh sedikit kisah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari yang makin panas. AW tidak mahu membuat spekulasi sendiri seperti yang dibuat oleh masyarakat sekeliling. Sebaiknya biarlah mahkamah yang memutuskan siapa benar siapa bersalah. Kita tunggu dan lihat sajalah!
Berbalik kepada tajuk di atas, AW hairan kenapa timbulnya isu ini di Buletin Utama (TV3), 10 Februari 2010. AW tidak tahu sejauh mana kebenarannya, namun apa yang pasti, ianya mampu membuat masyarakat yang menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia kecoh seketika. Yang peliknya, rakyat Malaysia yang bekerja sebagai kerani pun gaji tidak sampai RM700.Di mana rasionalnya semua ini?
Mungkin hal ini berbangkit apabila pihak Indonesia mencadangkan amah dari negara mereka diberikan antaranya gaji minimum RM800, cuti sehari dan pasport dipegang sendiri oleh amah. Hal ini disebabkan semakin banyak amah Indonesia didera. Tapi cuba kita fikirkan, berapa banyak kes rompak dan pecah rumah yang didalangi oleh rakyat Indonesia?Berapa banyak anak gadis kita dilarikan ke Lombok?Dan berapa banyak kekecohan yang dilakukan orang Indonesia terhadap negara kita pula?Nasib badan!
Tapi sekiranya hal ini menjadi isu kelak, janganlah pula kita ambil tindakan kurang bijak pula. Cuba kita fikirkan daripada sudut positif, sekiranya hal ini menjadi realiti, ini menandakan kerajaan ingin mengurangkan pengambilan rakyat Indonesia sebagai pekerja di Malaysia. Secara tidak langsung, mata wang kita tidak tertukar kepada Rupiah Indonesia.Heh heh heh!
p/s : Sebelum terlambat, AW ingin mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat diraja Johor dan rakyat Johor di atas pemergian Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail ke rahmatullah pada 22 Januari 2010 yang lalu. Al-Fatihah...
-ANAK WARISAN...
Thursday, December 17, 2009
Sampaikan Salam...
DARI KAMI WARGA PRIMA
Assalamualaikum,
Sedar tak sedar, kita sudah di penghujung tahun 1430 H. Banyak peristiwa berlaku seperti gempa bumi di Indonesia, banjir dan paling mengejutkan warga PRIMA mengenai perginya pengasas blog PRIMA ini, Allahyarham Pak Dharma ke rahmatullah. Diharapkan semoga di tahun yang baru ini, lebih banyak limpah kurnia dan rahmat dari-Nya dan semoga semakin kurangnya kejadian ragut yang didalangi oleh remaja kita sehingga menyebabkan nyawa mangsa yang tak berdosa melayang. Dan di kesempatan ini, kami di PRIMA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 H. Sekian, wassalam.
-ANAK WARISAN...
CELOTEH PADANG BOLA...
EMAS SUDAH DALAM GENGGAMAN!
Assalamualaikum,
Tahniah Malaysia! Itu saja yang mampu AW ucapkan tatkala pengadil meniup wisel penamat pada perlawanan akhir bola sepak di Temasya Sukan SEA di antara Malaysia dan Vietnam.Malaysia berada di hadapan 1-0 menewaskan Vietnam yang sebelum ini menundukkan Malaysia 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan dahulu.Walaupun hanya berbekalkan sorakan kecil daripada rakyat Malaysia yang sanggup datang ke Laos untuk menyokong pasukan kita, itu sudah memadai untuk pasukan pimpinan K. Rajagobal untuk menamatkan kemarau 20 tahun Malaysia.
Pada separuh masa pertama, terdapat persaingan sengit di antara Malaysia dan Vietnam kerana masing-masing inginkan gol untuk berada di hadapan.Walaupun diasak berkali-kali dan mengalami kecederaan, penjaga gol Vietnam tetap dengan semangatnya untuk 'melindungi' gawang gol Vietnam.Pada separuh masa kedua, permainan semakin sengit apabila masing-masing tidak mahu mengalah dan terus berasak sesama sendiri.Tetapi yang membuatkan AW hairan, penjaga gol Vietnam tetap mahu meneruskan permainan walaupun cedera.Bagaimanapun semangat 'membara' penjaga gol Vietnam yang AW tidak berapa ingat namanya memakan dirinya sendiri apabila bola yang ingin ditepisnya terus masuk ke gawang golnya sendiri dan seterusnya memberi laluan mudah untuk Malaysia berada di hadapan dengan 1-0 pada minit 85.
Permainan diteruskan lagi pada masa kecederaan selama 6 minit.Pada minit terakhir, penjaga gol Malaysia, Sharbinee mengalami sedikit kesakitan apabila menerkam bola yang disepak oleh pemain Vietnam dan terjatuh mengakibatkan kesakitan di bahagian rusuk.Tetapi itu tidak menjadi 'kudis' buat Malaysia apabila permainan dapat diteruskan sehingga wisel penamat ditiupkan.Walaupun bukan pemain Malaysia yang menyumbangkan gol kemenangan, tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan K. Rajagobal dan rakyat Malaysia tersenyum puas.Tahniah sekali lagi buat Malaysia dan semoga prestasi pasukan bola sepak Malaysia semakin meningkat.Dan tidak lupa juga ucapan tahniah buat penyumbang pingat untuk Malaysia di Sukan SEA dan ucapan semoga berjaya kepada atlet Malaysia yang lain yang sedang bersedia untuk menghadapi acara yang lain.-ANAK WARISAN...
Wednesday, December 9, 2009
SAJAK
Sunyi-sunyi begini terasa ingin saja aku
menompang sayap anginterbang ke puncak sepi
melihat awan mendandan biru langit.di mana orang serakah
mempertinggi tempat jatuhnya
Sepi-sepi begini terasa mau saja aku
terbang lepas dan bebas
di saujana langit tak bertepi
mencari dan mencari dan mencari
di manakah padam lenteranya armada yang kematian angin
Helang segarapun kepatahan sayap
kau dan aku walaupun merayap
Kita masih belum mau mati
dan esuk
Kita tegakkan kembali matari yang rebah.
---yassinsalleh 1841 hrs dis 8. 09
sanggar SIMFONI
Kg ponson, manchis,
bentong pahang.
Sunday, November 8, 2009
CELOTEH PADANG BOLA...
Assalamualaikum,
Semalam, Stadium Nasional Bukit Jalil dibanjiri oleh ribuan penyokong Negeri Sembilan dan Kelantan. Boleh dikatakan bahawa lebih 70 % daripada mereka merupakan penyokong Kelantan.AW dan keluarga hanya menonton di rumah.Nampaknya dapat jugalah pemain-pemain hebat Negeri Sembilan membawa hadiah untuk Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang baru ditabalkan iaitu Tunku Muhriz Tuanku Munawir.
Kredit juga patut diberikan kepada Shukor Adan kerana berjaya menadapat anugerah Pemain Terbaik pada malam tersebut. Tapi yang tak sedap mata memandang apabila melihat keadaan stadium selepas perlawanan.Penuh dengan botol dan sampah. Ini ke yang dikatakan semangat kesukanan?Apabila pasukan yang disokong kalah pasti stadium tersebut menjadi 'tong sampah segera.'Yang menghairankan, ketika Negeri Sembilan di hadapan 3-0, AW melihat kepulan asap, percikan api dan bunyi mercun di kawasan penyokong yang memakai baju merah putih. Bagaimana mercun boleh terlepas masuk ke dalam stadium? Sehinggakan ada seorang pengawal di situ yang cedera terkena mercun tersebut. Ish ish ish!Dalam hal ini, penyokong-penyokong tidak boleh terlalu taksub apabila pasukan mereka kalah. Negeri Sembilan pun pernah kalah tapi penyokong-penyokong Negeri Sembilan dapat menerima dengan hati terbuka. Begitu juga penyokong untuk pasukan lain. Mereka tidak perlu membuang-buang sampah jika pasukan mereka kalah kerana sikap itu merupakan tindakan orang yang tidak berpelajaran. Selepas Zaquan Adha dapat menjaringkan penalti yang membuatkan Negeri Sembilan selesa di hadapan 3-0, Zaquan terpaksa diusung keluar akibat ditarik dan terjatuh. Begitu ke pasukan bola sepak di Malaysia bermain dengan menarik-narik pasukan lawan sehingga cedera?Entahlah, tak dapeklah den nak nolong!
Kelihatan Yamtuan Besar, Menteri Besar, Mohamad Hassan dan Khairy Jamaluddin di tempat VIP. AW melihat mereka tersenyum besar dengan kemenangan Negeri Sembilan. Iyalah, penantian 61 tahun Negeri Sembilan untuk membawa Piala Malaysia ke Negeri Sembilan akhirnya terbalas. Sekali lagi AW ingin mengucapkan tahniah kepada Negeri Sembilan. Semoga pasukan pimpinan Wan Jamak dapat meningkatkan lagi kualiti permainan mereka dan memenangi Piala Malaysia sekali lagi.-ANAK WARISAN...
Thursday, October 29, 2009
GELAGAT ADUN...
AKIBAT TINDAKAN 'KEBUDAK-BUDAKAN' ADUN PKR
Assalamualaikum,
Nampaknya makin 'meriah' arena politik kita.Insiden tarik-menarik jubah dan kekecohan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menarik perhatian media dan orang ramai.Bekas Speaker, V Sivakumar mendakwa dia telah dicekik dan ditekan di perut malah jubah yang dipakainya cuba dirampas oleh pihak polis sehingga koyak. Entahkan betul, entahkan tidak!
Seterusnya, ahli DUN Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa kononnya mereka dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) walaupun telah menjalani pemeriksaan ketat pihak berkuasa. Malah Sivakumar mendakwa bahawa songkoknya telah dirampas oleh salah seorang pegawai polis yang bertugas selain daripada dihalang memasuki bangunan SUK itu.
Sebaik memasuki dewan, sekali lagi ADUN PR membuat kekecohan termasuk kata-kata seolah-olah menghina dan menghalau Speaker Perak, Datuk R Ganesan dari dewan.Disebabkan kejadian itu, Ganesan terpaksa menangguhkan sidang selama sejam. Ketika sidang tertangguh, ADUN PR mengambil kesempatan dengan mengadakan 'sidang' dewan versi PR yang dimulai dengan bacaan doa oleh Mohammad Nizar.
Sebaik selesai bacaan doa, Sivakumar memulakan 'sidang' dari tempat duduk pembangkang selain memberi peluang ADUNnya yang lain untuk mengemukakan usul tidak percaya termasuk tidak mengikitiraf Ganesan sebagai Speaker. Malah ketika dewan kembali bersidang, ADUN PR sekali lagi mengganggu perjalanan sidang ketika ADUN Barisan Nasional (BN) membuat pembentangan bajet dan usul.
Semakin lama, semakin 'panas' isu politik Malaysia, mengalahkan berita artis-artis kita.Adakah tindak tanduk ADUN PR ini merupakan tanda protes mereka berikutan kemenangan calon BN, Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang tempoh hari?Alahai!
-SUMBER : Harian Metro
-ANAK WARISAN...
Sunday, October 25, 2009
ANGKARA DEMONTRASI
10 Kawasan Bakal Kehilangan Wakil Rakyat
Lapan orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkemungkinan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat andai tuduhan yang dikaitkan terhadap mereka berhasil. Bukan itu sahaja, dua ADUN Pakatan Rakyat juga bakal menerima akibat yang sama.
Andai 10 orang wakil rakyat ini berjaya disabitkan kesalahan mereka, maka pilihanraya kecil bakal berlaku dan masih adakah peluang buat BN untuk menakluk semula kerusi yang 'dirampas' daripada genggaman mereka.
Tiada yang mustahil andai beberapa perkara diambil kira sebelum ini. Mungkin BN masih lagi segar dengan kemenangan di Bagan Pinang. Cuma itu bukanlah ukuran kejayaan sebenar BN. Mereka masih lagi kalah andai rekod pilihanraya bagi tempoh 9 bulan terakhir ini diambil kira.
Bersedialah menghadapi gelombang kecil ini. Entah apa lagi janji yang bakal ditaburkan oleh bakal pengambil alihan kuasa ini nanti. Tunggu dan lihat.
-RITMA SAKTI-