Thursday, March 26, 2009

Analisis Prof Dato' Dr Mohamad Mansur Abdullah...

Hisham Guna Perkataan 'Petualang'
Sekadar Bombastik Seronok Didengar

Bekas Ketua Pemuda UMNO Dato' Seri Hishamuddin Hussein tak memperlihat keterampilan sebagai pimpinan mewakili generasi muda dengan kata-kata bombastik dalam ucapannya, ujar bekas Timbalan Naib Canselor HEP UTM Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah. Bukan sahaja tak bersemangat malah kata-kata bombastik yang diucapkan tak memberi makna kepada generasi muda untuk menghayati ucapan bernas seorang pemimpin, beliau menambah. Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor yang juga pakar kaunseling menghubungi sekretariat PRIMA bagi membuat analatikal terhadap ucapan dasar Dato' Seri Hishamuddin semalam (25 Mac 2009) dalam persidangan Pemuda. "Mungkin sahaja Hishamuddin seronok menuturkan perkataan 'petualang', tapi tak memahami istilah sebenarnya," kata Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor yang juga novelis dan aktivis persuratan.
Dalam ucapannya semalam, Dato' Seri Hishamuddin beberapa kali menyebut perkataan 'petualang' yang dirujuk kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya perkataan yang bombastik sekadar seronok didengar, tetapi Dato' Seri Hishamuddin memperlihatkan dangkalnya beliau memilih perkataan Melayu yang sesuai. Kalau sekadar antagonis seperti Hang Jebat, penampilannya masih tak wajar dipanggil 'petualang' kerana Hang Jebat sendiri berusaha menghapuskan petualang-petualang yang mengampu untuk menerima habuan, kata Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor lagi. Petualang sentiasa 'menikam kawan dari belakang' untuk mereka naik seperti 'kaduk naik junjung', beritahu beliau. "Hishamuddin perlu banyak belajar Bahasa Melayu untuk menggunakan perkataanp-perkataan bombastik," jelas Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor seterusnya.

(*Profesor Dato' Dr Mohamad Mansor Abdullah ialah bekas Timbalan Naib Canselor HEP UTM, di samping penulis yang prolifik sekitar dekad 1970-an dan 1980-an. Beliau pernah menjadi sasaran Ahli Parlimen Ipoh, P Patto di Dewan Rakyat sekitar dekad 1980-an, apabila buku sejarahnya mengaitkan keturunan masyarakat India dengan taik Nabi Adam Safiullah a.h.)



1 comment:

Seladang said...

Muzium pun tak nak simpan keris Panca warisan ! Eloklah hisham bawa untuk tunjukkan dia benar jantan melayu!