Saturday, March 21, 2009

YASSINSALLEH MENULIS...

Isu Saman Ke Atas UMNO:
Tengku Adnan Tak Gentar!
Kepongahan UMNO ketara dengan kenyataan media Setiausaha Agungnya Dato' Seri Tengku Adnan Mansor menerusi TV3 semalam (Buletin Utama, 19 Mac 2009)), apabila tak berasa gentar dengan saman sebuah syarikat yang mengendalikan cetak poster, kain rentang dan bahan-bahan lain yang digunakan semasa kempen pilihanraya. Malah Tengku Adnan tak mahu berunding di luar mahkamah berkaitan isu saman berkenaan. Memang UMNO hebat, sebab itu tak gentar. Maklumlah, Dato' Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' tak bimbang apa-apa ketika ditanya Puspawangi fasal peraturan di istana negara Pura Cendana. Klip video Lingam pun UMNO tak gentar, inikan pula saman syarikat berkenaan. Syabas!

Perkara Sultan Alam Shah Bana diperkuda oleh Puspawangi, bukan menghina institusi raja-raja, malah tak perlu didakwa di bawah Akta Hasutan. Dato' Perdana Menteri menjadi patung-patung pegang tombak di bilik tidur Puspawangi, tak perlukan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Begitu juga Dato' Mangkubumi yang menjadi katak di bawah katil, tak payahlah digunakan SPRM untuk siasat atau Dato' Pujangga selaku tikus almari, biarkanlah. Janganlah heret Dato' Pujangga ke ISA kerana bahasanya yang melucukan: "Kicap pun kicaplah, Puspawangi punya fasal kicap pun tak rasa masin heh heh heh!" Syarikat yang nak saman UMNO tu, kenalah fikirkan risiko kerana kicap pun dah tak rasa masin!
(*Yassinsalleh adalah penyair Melayu yang gemar bermain dengan bahasa melankolik. Bekas pendidik, tetapi terbabit dengan perfilmen. Pernah memenangi oskar Pengarah Terbaik dalam Pesta Filem Malaysia sekitar dekad 1980-an menerusi filem 'Dia Ibuku'.)

1 comment:

Seladang said...

Tengku Adnan mana nak gentar! Orang tanya lain dia jawab lain! Orang kata Umno sekarang dihantui rasuah, dia jawab anuar ibrahim yang rasuah dulu!