Friday, April 10, 2009

DARI LAMAN BLOG...


Kewangan Melayu Goyah:
Sukar beli rumah di Singapura
Assalamualaikum,

Komuniti Melayu dan Islam di Singapura tak berpeluang membeli rumah (sekalipun sekadar rumah pangsa) menerusi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sejak awal tahun 2009 ini. Alasannya ialah kedudukan kewangan komuniti Melayu dan Islam goyah, di negara yang ditadbirkan oleh Lee Kuan Yew sejak 1959. Lee Kuan Yew yang popular dengan polisi 'saman fitnah' bagi membangkrapkan pembangkang, tiba-tiba sahaja berhadapan dengan isu komuniti Melayu dan Islam yang goyah sumber kewangan. Bagaimana sebuah negara yang berbangga dengan pembangunan industrinya di Asia, terjerumus dalam isu 'kemelaratan'.

Isu Melayu Singapura tak sama dengan isu Melayu Pulau Pinang pada dekad 1970-an apabila dibangkitkan oleh bekas pensyarah USM Haji Yahaya Ismail (Pak Ya). Barangkali UMNO melabelkan isu berkenaan sebagai agenda beberapa orang individu yang bermotif politik, di samping menyalurkan idea berkenaan kepada Pak Ya. Ironinya, apabila dibangkitkan isu Melayu, banyak pihak menuding jari sebagai bermotif politik. Bagaimana dengan isu bukan Melayu dan bukan Islam, malah ada pihak mencabar: Langkah mayatnya kalau mahu menjadikan negara ini (Malaysia) negara Islam. Aduhai!
Ketika bertemu penyair Masuri S.N. pada 'Hari Puisi' di Port Dickson awak dekad 1980-an, memang beliau merungut dengan status Bahasa Melayu dan kebudayaan tempatan yang serba tergugat. Masuri yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Nanyang, turut terharu dengan penutupan universiti berkenaan apabila Lee Kuan Yew mahu meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu (polisi Lee Kuan Yew sekitar 1980-an, sedang diadaptasi oleh UMNO menerusi PPSMI sekarang). Bagaimanapun Masuri seorang sahaja tak mampu menangani isu berkenaan, berikutan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan bahasa dan budaya Melayu di Singapura
Apalagi sewaktu dalam pimpinan Nasrul Haq, pernah juga perbincangan dibuat dengan belia-belia Melayu di Singapura. Bagaimanapun segalanya berakhir macam 'hilang bersama angin', disebabkan majoriti belai-belia terbabit memuji-muji polisi Lee Kuan Yew termasuk memberi status bahasa ilmu kepada Bahasa Inggeris. Saya menerima laporan dari Badaruddin Othman dari Pulau Pinang mengenai pendirian belia-belia Melayu di Singapura ketika itu. (Barangkali belia-belia berkenaan sudah berstatus warga emas, di samping terbabit dengan isu bermasalah untuk membeli rumah pangsa di Singapura sekarang).

Apabila saya terbabit dalam pimpinan parti pembangkang, memang saya berhasrat mahu meninjau masalah belia-belia Melayu di Singapura sekitar dekad 1990-an. Tetapi pimpinan muda (sekarang sudah berstatus Ahli Parlimen dan ADUN), beranggapan isu Melayu di Singapura ialah 'mencampuri urusan dalam negeri jiran'. Ironinya, mereka berasa tak bersalah apabila terbabit dengan krisis di Timor Liste atau di Sri Lanka. Malah turut menghantar delegasi yang kononnya demi hak asasi manusia. Bagaimanapun dalam usia warga emas sekarang, saya berharap kesinambungan perjuangan untuk Melayu di Sinagpura juga perlu diberi perhatian.

-Pak Dharma.

1 comment:

asalbayu said...

Saya diserang strok/angin ahmar pada 17.9.2009. Setelah mengambil makanan kesihatan anugerah Allah meskipun datang dari sekutu Israel United State selain bersenam, Alhamdulillah saya semakin pulih.

Namun di sini bukan saya nak cerita tentang strok. Sebaliknya ialah berkenaan 2 individu bukan Islam berketurunan Cina (saya tak suka guna istilah 'bangsa' kerana ia menggambarkan perkauman).

Individu pertama ialah pengedar makanan kesihatan bernama Mr Ang Teik Chi yang tahu mengenai kaedah-kaedah mengurut dan ada orang memanggilnya Doktor.

Mr Ang pernah mengurut saya dengan dimulakan dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim. Sebelum itu beliau 'menjampi' minyak kelapa yang digunakan untuk mengurut itu dengan Surah Al-Fatihah dari mula sampai tamat. Dia juga begitu lancar mengungkapkan ucapan insya Allah saya akan pulih dengan kehendak Allah.

Individu kedua ialah pengedar penapis air yang saya sekeluarga mengenalinya sebagai Mr Ong. Bila dia melihat saya yang sebelumnya lumpuh sebahagian badan sudah boleh berjalan serta memandu motokar dia mengungkapkan Alhamdulillah.

Ada beberapa orang kawan memberi komen bahawa hal itu tak betul tapi bila saya tanya di mana silapnya tak ada yang boleh beri penjelasan. Lalu saya katakan bahawa MR Ang dan Mr Ong juga hamba Allah mereka diam.

Pada 9.3.2009 seorang saudara baru, Lim Jooi Soon menyamapikan ceramah di Alor Setara dalam satu acara Wacana Minda.

Saya kagum dengan pendekatan yang beliau gunakan untuk berdakwah dan mempunyai pengetahuan terhadap kandungan kitab-kitab Injil, al-Quran dan kitab ugama Hindu. Beliau merupakan saudara baru pertama yang menganut Islam dengan mengekalkan nama Cina setelah berdebat selama 5 tahun dengan mufti berhubung dengan perkara tersebut. Kita doakan beliau mencapai banyak kejayaan dalam usaha dakwahnya.

YB Nga Kor Ming bukanlah orang pertama tidak disenangi bila menggunakan ayat-ayat suci ketika berceramah
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang mengatakan dia akan mentadbir mengikut acuan Khalifah Omar Abdul Aziz pernah dituduh sebagai biadap.
Mengapa hal begini berlaku?
Ya... tentulah tidak lain kerana kedua-duanya dari DAP! Oleh yang demikian, YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang juga patut berfikiran terbuka dalam hal ini. Mungkin YB Drs Khalil Idham dan beberapa orang lagi patut berbuat sesuatu dan ada baiknya direnungkan bahawa sebilangan pengarah filem Melayu di zaman awal (kebanyakan berketurunan India) dahulu bukan beragama Islam, tetapi mereka telah menghasilkan bukan sedikit filem-filem berbau Islam.