Sunday, April 19, 2009

PERANAN MEDIA


Keliru dengan laporan media:
Rais teliti Akta Komunikasi 1998


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Dr Rais Yatim, perlu menjelaskan secara speisifik mengenai pembaharuan yang diperlukan oleh pengamal media. Setakat ini media dianggap memutar belitkan fakta apabila berlaku sebarang kekeliruan dalam laporan terutama yang membabitkan pimpinan negara. Misalnya dalam laporan media hari ini (19 April 2009) berkaitan sambutan ke atas Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di Pahang, BERNAMA melaporkan dihadiri oleh 40,000 orang berbanding dengan Utusan Malaysia yang melaporakn 70,000 orang. Siapa mahu dipersalahkan dengan fakta angka yang mengelirukan itu?

Memberitahu media selepas menghadiri Majlis Seni Budaya di Simpang Pertang, Jelebu hari ini (19 April 2009) Rais mengingatkan media swasta termasuk televisyen dan radio membuat pembaharuan dengan meletakkan kepentingan negara di hadapan nilai komersial. Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan media swasta dalam masa terdekat bagi membincangkan pembaharuan yang akan dilakukan itu agar ia memenuhi aspirasi membina negara. Bagaimanapun jelasnya pembaharuan itu akan dibuat tidak merugikan amalan komersil dan nilai keuntungan yang menjadi tunjang utama pihak swasta.

BERNAMA melaporkan, Rais berkata beliau telah meneliti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyentuh tidak kurang dari 52 peranan menteri berkaitan untuk menggerakkan jentera kerajaan dan swasta bagi membina negara dan bangsa Malaysia “Jika semua media mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, isu menyalahkan mereka oleh beberapa pihak tidak akan timbul...soalnya sekarang ialah ada saluran yang langsung tidak membawa mesej membina negara bangsa,” katanya.

No comments: