Friday, May 1, 2009

PANDANGAN L MANKADIR SHAMSI...


Fenomena biasa industri filem:
Sukar pinjaman institusi kewangan

Karyawan filem sukar memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan atas sebab-sebab tak mempunyi koletral, memang fenomena biasa dalam industri perfileman. Apalagi kalau pengusaha drama tv swasta yang tak mampu bersuara untuk menyampaikan masalah mereka kepada pihak berkuasa. Justeru masalah yang dihadapi oleh Mamat Khalid yang dilaporkan akhbar hari ini (30 April 2009), tak menghairankan apa-apa. Apa sangat trofi yang dimenangi oleh Mamat Khalid kalau dibandingkan dengan Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee, yang diiktiraf di Pesta Filem Asia di Tokyo sebagai 'seniman verstile'.

Sehingga akhir hayatnya P Ramlee kempunan menghasilkan filem colour, disebabkan kong kalikong di kalangan karyawan filem sendiri. Malah beliau gagal memohon pinjaman MARA bagi menerbitkan filem sendiri, sekalipun terbabit di peringkat awal menubuhkan Perfima. Apabila beliau meninggal dunia, bukan sahaja segala puji-pujian dilonggokkan kepadanya, malah barulah diberikan pelbagai penghormatan. Disebabkan saya terbabit dalam beberapa filem Mamat Khalid, tetapi saya sentiasa memahami perasaan P Ramlee seperti diluahkan kepada rakannya seniman Yusuff Latiff: 'Seniman hanya mempunyai bakat, bagaimanapun bakat itu hanya boleh dikembangkan menerusi kapitalis!. Sabarlah Mamat Khalid!

(*L Mankadir Shamsi ialah penggiat teater dan aktivis perfileman, di samping penyair dan pendeklamator puisi. Beliau turut berlakon dalam filem-filem Mamat Khalid seperti 'Man Laksa' dan 'Zombi Kampung Pisang', termasuk juga drama TV 'Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel'.)

No comments: