Wednesday, June 10, 2009

BARANGKALI GENERASI MUDA...

PAS seolah-olah anggap sejarah:
Sekadar dongeng orang dahulu kala

Barangkali generasi muda PAS mempunyai kecenderungan yang sama dengan generasi muda UMNO, apabila tak peduli sangat mengenai fakta sejarah. Malah 'sejarah' jua dianggap bagaikan dongengan orang dahulu kala; persis golongan jahiliyah Mekah pada zaman Rasullullah membuat tafsiran al-Quran (yang menerangkan ibarat tamsil daripada sirah para anbia) sama seperti dongengan. Sekiranya generasi muda PAS memahami fakta sejarah, mereka tak akan berkompromi dengan isu 'kerajaan perpaduan'; di samping berharap kerajaan negeri Selangor juga bermentri besarkan PAS (sepatutnya sudah berlaku pada malam 8 Mac 2008). (gambar simbol parti bulan bintang di Indonesia, sebelum ini simbol PAS seakan-akan begini, tetapi warna kuning ialah putih di samping menegak ke kiri)

Barangkali generasi muda PAS tak berapa ingat simbol parti berkenaan sejak pilihanraya 1955 ialah 'bulan bintang', tetapi diharamkan pada 1978 oleh kerajaan pimpinan UMNO atas alasan ianya simbol agama Islam (tak tahu pula sejak bila 'bulan bintang' itu simbol Islam). Simbol 'bulan purnama' yang diguna pakai sekarang bermula pada 1978, di samping secara kebetulan PAS hampir pupus di Kelantan dengan memenangi dua kerusi DUN (atau diistilah oleh orang Kelantan sebagai 'batu nesan'). Sejak pilihanraya 1978, PAS menjadi parti 'hidup segan mati tak mahu' sekalipun Tan Sri Asri Muda disingkirkan pada 1982.

Barangkali generasi muda PAS mengimpikan kerusi wakil rakyat, exco dan menteri dengan kekuatan PAS sekarang, (sama seperti impian generasi muda UMNO), bukan sebagai pejuang. PAS bernasib baik pada 1990 apabila UMNO berpecah kepada 'team A' dan 'team B'. Menerusi kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah (S46), Kelantan kembali ke tangan PAS. UMNO sekali lagi berpecah pada 1998, justeru PAS menambah kekuatan pada 1999 dengan menawan Terengganu. Apabila PAS menyangka mereka cukup kuat,pada 2004 Terengganu terlucut semula menerusi agenda UMNO 'gelombang biru'. Fakta sejarah ini barangkali perlu dihayati oleh generasi muda PAS. - Pak Dharma

No comments: