Sunday, June 14, 2009

INFO LUAR NEGARA

AS sengaja mengada-ngada:
Campur tangan urusan di Iran

Oleh: CAROLYN THOMPSON (Wartawan Associated Press Writer – 16 minit lalu)

ANIAGARA FALLS, Ontario – Rusuhan berlaku di Tehran berikutan tak puas hati dengan keputusan pilihanraya semalam (13 Jun 2009). Keganasan kelihatan memuncak di bandar berkenaan yang menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Barrack Husein Obama menolak kemenangan besar Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihanraya Iran yang diumumkan semalam (13 Jun 2009), di samping mendakwa berlaku penyelewengan.


Dalam kenyataan media dua baris, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton memberitahu media, "Kami adalah memonitor keadaan yang tak terkawal diIran, tetapi kami seperti negara-negara lain di dunia mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' dengan keputusan rakyat Iran," Hillary Rodham Clinton berkata demikian kepada media di pejabat Menteri Luar Kanada, Lawrence Cannon. Tetapi banyak pihak berpendapat apakah hak AS menolak keputusan pilihanraya tersebut.

Sebelum media barat lebih cenderung menyokong aktivis reformasi Iran, Mir Hossein Mousavi memberi saingan sengit kepada Ahmadinejad yang menyokong pimpinan ulama Ayatollah Ali Khamenei. Sekalipun banyak pihak berpendapat pemilihan semula Ahmadinejad akan membuka laluan kepada hubungan dengan masyarakat antarabangsa, tetapi media barat lebih memihak kepada Mousavi.

No comments: