Monday, June 29, 2009

MELAYU TOLAK PPSMI

PPSMI perlu dihapus:
Bukan wajib BI utk SPM

oleh: SM Noor & Wan Kay
Ahad, 28 Jun 2009/ 08:27 mlm


KUALA TERENGGANU – Rakyat mahu kerajaan menyelesaikan masalah memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seelum mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeri dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengerusi Lajnah Pelajaran PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata beliau curiga dengan hasrat kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan mahu mendedahkan hasil kajian PPSMI pada minggu depan.

"Saya (PAS) ragu apa maksud nak dedah (kajian) ni, sekarang dia (kerajaan) dah tahu rakyat nakkan supaya PPSMI di mansuhkan, dedah ni dedah apa ?,”dan kita memang tak percaya pendedahan (kajian) ini, kerana bukan kita tak percaya kepada laporan tetapi kita tak percaya takut (bimbang) dimanipulasi,”katanya pada sidang media di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah Tok Jiring, dekat sini, semalam.Menurutnya, matlamat yang dikehendakki oleh kerajaan BN jelas, iaitu mahu mengekalkan PPSMI, sebaliknya, matlamat rakyat juga begitu jelas.

"Budayawan, (tokoh-tokoh) bahasa tak mahu PPSMI, rakyat jelata tak mahu, orang ramai orang kampung (juga tak mahu),”kita personal apa yang dia nak dedahkan sebenarnya dan maksud pendedahan (itu),”tegasnya ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang mahu mendedahkan hasil kajian berkaitan PPSMI, minggu lalu.Beliau berkata, pendedahan tersebut tidak ada makna, sekiranya ia hanyalah untuk membenarkan (justify) apa yang akan dilaksanakan kerajaan, untuk mengekalkan PPSMI .

Sekiranya demikian, katanya lebih baik kerajaan mengkaji dan menyiasat serta mendedahkan skandal-skandal yang terlalu banyak termasuk pembunuhan misteri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.”Kita (PAS) ragu dan nak beri ingatan kepada kerajaan bahawa apa yang dia (kerajaan) buat sekarang ini (sebenarnya) menghukum rakyat,”termasuklah dia (kerajaan) nak mewajibkan Bahasa Inggeris dalam SPM, cukuplah mewajibkan Bahasa Melayu, apa nak mewajibkan Bahasa Inggeris pula ?,”soalnya.

Namun sekiranya kerajaan benar-benar mahu meningkatkan mutu Bahasa Inggeris dalam SPM, katanya, kerajaan mesti menyelesaikan masalah PPSMI terlebih dahulu.Katanya, PAS tidak menolak hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa antarabangsa, tetapi bukan memertabatkannya. Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, kerajaan mesti memansuhkan PPSMI terlebih dahulu sebelumnya mewajibkan Bahasa Inggeris.”Jadi oleh kerana itu dia (kerajaan) kena selesai dulu masalah ini (PPSMI), baru kita pergi masalah yang kedua iaitu nak wajibkan Bahasa Inggeris dalam SPM bagi meningkatkan mutu Bahasa Inggeris.

"Selesaikan yang asas ini dulu, PPSMI membabitkan sekolah rendah hingga sekolah menengah sampai akhirnya sehingga Bahasa Melayu tidak menjadi bahasa ilmu, itu kesannya,”jelas beliau.
Menurutnya mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM adalah perkara sampingan yang sangat kecil, yang boleh dilaksanakan dengan mudah, berbanding isu PPSMI. - Buletinonline.

1 comment:

semutar said...

Mansuhkan PPSMI. PPSMI menampilkan kita bangsa yang tidak tahu memartabatkan bahasa sendiri di persada dunia. Memalukan.

Hanya kalangan yang bermentaliti kelas kedua dan ketiga sahaja yang bertindak menghalalkan PPSMI.

Sesetengah kalangan rakyat memang tidak tahu apa makna bahasa dalam aspek bernegara.

Tetapi yang hairannya pemimpin sendiri yang dikatakan 'berjiwa besar' sanggup membenarkan PPSMI. Alahai.