Monday, June 22, 2009

SEKALI PERSETUA:

bersama Pak Parjo...

Pergilah ia ke negeri atas angin:
Bawa bersama kumpulan pelajar

Kata sahibul hikayat adalah kepada suatu hari Orangkaya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim (tengah) pergilah ia ke negeri atas angin bernama Kazakhastan itu. Maka bergambar ia di hadapan Measat-3a bersama kumpulan pelajar yang menyaksikan pelancaran satelit itu. Satelit keempat milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd, menggantikan Measat 1 dan 2 yang dijadualkan selesai memberikan perkhidmatan pada 2015 (menurut tarikh yang dicatat anak cucu fakir), adanya. Arakian terlalulah gembiranya ia kerana dapat ke negeri atas angin itu mewakili negeri Melayu ini.

Sebermula adapun Raja Rekan tiada bercerai dengan Sultan Abu Shahid. Maka kata Seri Nara Diraja Tun Ali, 'Bahawa titah menyuruh merebut Sultan Abu Shahid, takut dibunuh oleh Raja Rekan.' Maka orang banyak berseru-seru melarang jangan menikam Raja Reka dahulu, arakian tiada didengar oleh oran sekalian kerana sangat sabur, lagi orang banyak sakit hati akan Raja Rekan itu disebabkan memandai-mandai ia memerintah negeri Melaka. Maka ditikam oranglah Raja Rekan, kena dadanya terus meneru. Setelah Raja Rekan merasai luka itu, maka ditikamnya Sultan Abu Shahid, maka baginda pun matilah. Oleh yang demikian diperbuat orang nyanyi:

Kalau makan rasa nak muntah
Tekak pahit tersedak-sedak
Raja Rekan duduk memerintah
Sultan Abu Shahid lagi budak

Syahdan disurat orang dalam 'Kitab Melayu' seperti disebut oleh:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: