Tuesday, June 30, 2009

SEKALI PERSETUA...

Pindaan kanun tukar agama ditangguh
Peroleh dulu Majlis Agama Islam Negeri

Sebermula Majlis Raja-Raja semalam (29 Jun 2009, mengikut tarikh anak cucu fakir) menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang mencetuskan perbalahan kerana dikatakan bercanggah dengan hukum syarak. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan menjelaskan, mesyuarat khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dulu berhubung cadangan berkenaan. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke mesyuarat selama dua setengah jam itu yang dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Arakian pada 22 April lalu, jemaah menteri memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama, kerana ramai ahli jemaah tak beragama Islam, gerangannya. Syahdan, maka Paduka Bubunnya terlalu marah kerana Siam tak dapat mengalahkan Melaka. Maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka. Adapun seorang anak Paduka Bubunnya bernama Chau Pandan, ia bercakap mahu menyerang Melaka, sembahnya, "Duli Pra Chau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu." Maka oleh sekalian orang banyak diperbuat mereka pantun:

Chau Pandan anak Bubunnya
Hendak menyerang ke Melaka
Ada dendam kerana rabunnya
Apabila Islam berkembang belaka.

Syahdan itulah disurat orang dalam 'Kitab Melayu' daripada:





HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: