Monday, July 13, 2009

NGOMEL BERSAMA KAMAL AMIR...

Karyawan fasih bahasa Inggeris:
Belajar teknikal filem dari Hongkong


Pagi ini (13 Julai 2009) saya menonton TV Astro (CinemaX 412) dokumentasi di belakang tabir pembikinan filem 'Rush Hour'. Selama ini saya menjangka karyawan filem Hollywood terlalu hebat dengan kreatviti pembikinan filem aksi. Rupa-rupanya karyawan filem Hollywood mempelajari pelbagai teknik aksi daripada karyawan filem Hongkong, terutama menampilkan seni mempertahan diri. Mereka juga mengakui kagum akan kemahiran aktor Jackie Chan melakukan aksi lasak bag menghasilkan filem 'Rush Hour' berkenaan. Apabila menelusuri kerja-kerja seni berkenaan, saya melihat karyawan yang fasih berbahasa Ingeris itu terpaksa belajar teknik-teknik filem aksi daripada karyawan Hongkong yang tak fasih berbahasa Inggeris.

Sekiranya bahasa Inggeris itu bahasa ilmu, kenapa karyawan-karyawan filem Hollywood yang fasih berbahasa Inggeris terpaksa mempelajari ilmu tkenikal perfileman daripada karyawan yang tak fasih berbahasa Inggeris? Ketika saya ke Armsterdam tak lama dulu, saya menaiki van yang dipandu pengusaha pelancong. Rupa-rupanya pengusaha pelancong itu seorang State Councelor (atau di sini ADUN) yang memandu sendiri van berkenaan, di samping fasih berbahasa Inggeris. Beliau tak mempunyai kemahiran dalam sains dan matematik, sekalipun fasih berbahasa Inggeris, justeru bagi menambahkan pendapatan beliau terbabit dalam perusahaan pelancongan. Maknanya, bahasa Inggeris tak melambangkan ketinggian ilmu seseorang. - Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz, Jurucakap PRIMA.

No comments: