Wednesday, July 15, 2009

RM61 j REBAT UNTUK TOL

85 ribu pengguna lebuh raya:
Nikmati diskaun membayar tol

Oleh Zaini Rabanpengarang@utusan.com.my


IPOH 14 Julai - Kerajaan dijangka membelanjakan RM61 juta setahun untuk menampung pemberian rebat kepada kira-kira 85,000 pengguna lebuh raya yang layak menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus mulai 1 September ini. Mereka merupakan pemandu kenderaan yang kerap membayar tol iaitu sebanyak 80 kali atau lebih dalam sebulan untuk berulang alik ke tempat kerja. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengguna lebuh raya yang memenuhi kriteria untuk menikmati diskaun tersebut boleh menebus dalam bentuk rebat tol ketika menambah nilai kad prabayar Touch 'n Go dan SmartTag masing-masing.

''Tuntutan rebat tol itu boleh dibuat di 136 kaunter pusat jualan Touch 'n Go dan SmartTag di lebuh raya terpilih mulai 1 Oktober ini dan sah disimpan untuk tempoh enam bulan dari tarikh kelayakan. ''Senarai lokasi tuntutan akan diumumkan apabila tiba masanya dan pengguna boleh memilih mana-mana lokasi untuk menuntut rebat tol masing-masing," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan laluan terus Kuala Lumpur-Pulau Pinang di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini hari ini.

Diskaun 20 peratus kadar tol itu terkandung dalam 11 'hadiah rakyat' yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena genap 100 hari beliau memegang jawatan itu, Sabtu lalu. Ia melibatkan pengguna SmartTag dan kad prabayar Touch 'n Go yang menggunakan lebuh raya sebanyak 80 kali atau lebih dalam sebulan. Shaziman berkata, pemberian rebat tol itu bagaimanapun hanya untuk tempoh sementara sehingga Unit Perancang Ekonomi (EPU) selesai menjalankan kajian secara lebih menyeluruh dan terperinci.
Jelas beliau, kajian yang melibatkan pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi dan agensi kerajaan itu perlu bagi membolehkan pemberian diskaun tol yang lebih berkesan.

Katanya, langkah tersebut merupakan pendekatan awal kerajaan selepas Perdana Menteri 'tidak sampai hati' melihat rakyat terbeban dengan bayaran tol yang tinggi setiap hari.
''Perdana Menteri mahu membantu ramai warga kota yang terbeban dengan kos tinggi untuk membayar tol. ''Beliau sedia maklum ramai terpaksa membayar tol berkali-kali sehari sama ada untuk pergi kerja atau hanya untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah," ujarnya. Dalam pada itu, Shaziman berkata, laluan terus Kuala Lumpur-Pulau Pinang akan menjadikan lalu lintas di sekitar bandar raya ini lebih lancar dan pada masa sama dapat mengurangkan kemalangan.

Katanya, laluan terus itu akan mengasingkan pengguna lebuh raya dari bandar raya ini yang dianggarkan sebanyak 26,000 kenderaan sehari. Jelasnya, pengguna terlibat tidak perlu lagi mengambil tiket transit di Plaza Tol Ipoh Selatan dan membayar tol di Plaza Tol Jelapang, sebaliknya boleh meneruskan perjalanan tanpa henti. Jelas beliau, kajian yang melibatkan pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi dan agensi kerajaan itu perlu bagi membolehkan pemberian diskaun tol yang lebih berkesan. Katanya, langkah tersebut merupakan pendekatan awal kerajaan selepas Perdana Menteri ‘tidak sampai hati’ melihat rakyat terbeban dengan bayaran tol yang tinggi setiap hari.

‘‘Perdana Menteri mahu membantu ramai warga kota yang terbeban dengan kos tinggi untuk membayar tol. ‘‘Beliau sedia maklum ramai terpaksa membayar tol berkali-kali sehari sama ada untuk pergi kerja atau hanya untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah,” ujarnya. Dalam pada itu, Shaziman berkata, laluan terus Kuala Lumpur-Pulau Pinang akan menjadikan lalu lintas di sekitar bandar raya ini lebih lancar dan pada masa sama dapat mengurangkan kemalangan. Katanya, laluan terus itu akan mengasingkan pengguna lebuh raya dari bandar raya ini yang dianggarkan sebanyak 26,000 kenderaan sehari.

Jelasnya, pengguna terlibat tidak perlu lagi mengambil tiket transit di Plaza Tol Ipoh Selatan dan membayar tol di Plaza Tol Jelapang, sebaliknya boleh meneruskan perjalanan tanpa henti. - http://www.utusan.com/

No comments: