Thursday, July 16, 2009

SEKALI PERSETUA:

Berjanjilah Orangkaya segerakan:
Permohonan kewarganegaraan tertangguh

Sebermula akan Orangkaya Dato' Seri Hishammuddin Hussein itu dialah yang menjadi Menteri Dalam Negeri. Sekali persetua pergilah ia meninjau akan sebanyak 379 kotak permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran di pejabatnya di Putrajaya, semalam. Maka Orangkaya itu berjanji KDN akan menyegerakan kerja-kerja menguruskan hal-hal permohonan kewarganegaraan yang tertangguh dan menyasarkan kedudukan permohonan dapat diputuskan pada penghujung tahun ini. Adapun Orangkaya itu berkata ia, permohonan kewarganegaraan, permit, sijil lahir terus di KDNPUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap wakil atau pihak tertentu yang meminta rasuah bagi menguruskan permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran.

Arakian maka Sang Nila Utama pun perbuat negeri di Temasik, maka dinamai baginda Singapura. Maka baginda pun taballah di Singapura, maka Bat membacakan cirinya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Bat, Seri Teri Buana. Telah berapa lamanya Seri Teri Buana kerajaan di Singapura itu maka baginda berputera dua orang anak lelaki. Hatta, negeri Singapura pun besarlah, dan dagang pun banyak datang berkampung terlalu ramai, dan bandar pun terlalu ramai. Syahdan pada masa itu dagang yang datang berkampung tak dikenakan permohonan kewarganegaraan, permit masuk atau sijil kelahiran seperti diperbuat orang nyanyi:

Temasik negeri Melayu
Nila Utama menjadi raja
Kalau diusik bertambah sayu
Kerana harta dipuja-puja.

Maka oleh sekalian orang banyak disuratkan ia dalam 'Kitab Melayu' daripada:






HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: