Sunday, July 5, 2009

SEKILAS PANDANG...

Pengundi muda di Manek Urai
Faktor kemenangan kepada calon



Besok (6 Julai 2009) penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Manek Urai di Kelantan dengan pengundiannya 14 Julai. Sekalipun ditakdirkan calon Bebas tampil menguji pengaruh, tetapi persaingan sebenar adalah antara PAS dan UMNO. Dalam tinjauan http://www.harakahdaily.net/ PAS dikatakan menguasai kelompok pengundi muda yang mendominasi 45.5% pengundi di DUN Manek Urai atau 5,598 daripada sejumlah 12,293. Menurut analisis harakahdaily, ini dapat dibuktikan apabila ramai golongan belia menyertai program konvoi bermotor semalam, ia disertai lebih 300 anak muda yang layak mengundi di Dun Manek Urai.

UMNO juga melahirkan keyakinan seperti disebut http://utusan.com/ apabila Menteri Pepaduan dan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Senator Dato' Seri Shahrizat Jalil menyeru pengundi pada Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai ini memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu lagi berterusan begini, iaitu tanpa peruntukan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah. “Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah. Pada tahun 2007 kita belanja dekat RM27 juta. Perbelanjaan negeri hanya RM10 juta. “Tahun lepas kita belanja RM41 juta, dia hanya RM11 juta. Tahun ini saja kita dah belanja RM21 juta dia, dia baru RM2 juta tapi riuh rendah cerita dalam ceramah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 106 penerima yang terdiri daripada kumpulan sasar kementerian berkenaan di Kampung Laloh, di sini.

Terlalu rendah Shahrizat meletakkan nilai maruah penduduk Kelantan dengan peruntukan kewangan berjuta-juta ringgit seolah-olah boleh membeli DUN Manek Urai. Malah seperti diakui oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nilai RM200 seorang, AJK UMNO di sebuah Bahagian di Kedah menyingkirkan beliau dari perwakilan 7 ke Perhimpunan Agung UMNO. Aduhai! Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas. Penamaan calon akan diadakan esok dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.
Petang ini (5 Julai 2009) ketika teh tarik di sebuah warung di Taman Seri Gombak, seorang bekas pimpinan veteran UMNO Bahagian di Selangor, masih kecewa dengan 'politik wang' dalam UMNO yang menyebabkan parti itu hampir-hampir 'tutup kedai'. Beliau juga merungut dengan barisan pimpinan UMNO Selangor, seolah-olah anak-anak Selangor tak mampu untuk memikul amanah dan tanggungjawab. Kalau mahu membawa perubahan biarlah daripada baik kepada 'lebih baik', bukan dari buruk kepada 'bertambah buruk'. Justeru kata pimpinan veteran itu, pimpinan Pusat sendiri perlu turun ke peringkat Cawangan untuk mendengar sendiri suara di peringkat umbi. 'Politik wang' perlu dihapuskan di semua peringkat, termasuk juga menyalurkan peruntukan berjuta-juta ringgit pada setia kali pilihanraya. Begitulah!

-Pak Dharma

No comments: