Tuesday, July 7, 2009

SEKILAS PANDANG...

Polarisasi kaum & kerenah birokrasi:
Di kalangan inteletual di jabatan kerajaan




Polarisasi kaum tak berpunca di peringkat akar umbi, sebaliknya secara tak langsung diamalkan oleh kalangan intelektual mahupun kelas menengah dalam masyarakat. Apalagi amalan kerenah birokrasi dalam jabatan-jabatan kerajaan, kadangkala boleh mendorong kepada polarisasi kaum. Justeru ketika kita mengharapkan 'sekolah perpaduan' bagi mendidik anak-anak memelihara keharmonian bermasyarakat sebagai asas perpaduan rakyat, barangkali tak disedari kerenah birokrasi dlam jabatan-jabatan kerajaan turut menyumbang kepada amalan polarisasi kaum ini. Secara kebetulan pagi ini (7 Julai 2009) saya menghantar anak saya ke klinik kerajaan, setelah dua hari tak ke sekolah berikutan gangguan demam (Alhamdulillah, bukan influenza A H1N1).

Ketika duduk menunggu giliran, seorang anak gadis remaja Cina menggunakan telefon tangan, apabila disebelah anak kecil berusia dua tahun (keturunan Melayu) memain-main sarung telefon berkenaan. Si gadis remaja melayani mesra anak kecil tersebut dengan tak berasa marah sekalipun beberapa kali sarung telefon itu dicampak ke lantai. Beliau mengambil semula sarung telefon itu, d samping memberikan kepada si anak kecil untuk djadikan mainan. Lelaki separuh umur (juga keturunan Melayu) di sebelah saya memerhatikan gelagat anak-anak yang saling bermesra ketika sama-sama menuggu angka giliran dipanggil.

Anak saya yang mendapat angka giliran no 76 diberikan bilik rawatan ke 2, manakal si lelaki separuh umur itu memperoleh angka giliran no 42 untuk bilik rawatan ke 1. Apabila bilik rawatan 2 menampilkan angka giliran no 69, bilik rawatan 1 pula dengan angka giliran 40. Barangkali lama juga saya bersama lelaki separuh umur itu menunggu, hampir satu jam tak beralih dari tempat duduk (atau bahasa kampungnya 'tak lekang punggung'). Tiba-tiba angka giliran lelaki separuh umur berkenaan dilangkau dari 40 ke 49 bagi bilik rawatan ke 1. Apabila lelaki berkenaan bertanya di kaunter, beliau diberitahu meninggalkan tempat duduk apabila angka gilirannya dipanggil. Astaga! (sejak satu jam saya menjadi saksi duduk di sebelahnya).

Rupa-rupanya doktor yang bertugas berketurunan India, di samping pesakit dengan angka giliran 44 hinga 50 juga berketurunan India. Apabila diberitahu di kaunter, kami duduk tak berganjak sejak hampir satu jam, tak bertangguh lelaki separuh umur itu dipanggil. Tak sampai 10 minit semua urusan termasuk pengambilan ubat selesai; walhal sebelumnya terpaksa duduk menunggu dengan sabar hampir satu jam. Iktibar daripada insiden berkenaan, bukan sahaja berlakunya kerenah birokrasi, malah dalam masa yang sama amalan polarisasi kaum dilakukan oleh jabatan kerajaan yang mewakili golongan intelektual. Di bilik rawatan ke 2, anak saya tak mengalami masalah kerana heh heh heh!

-Pak Dharma.

No comments: