Saturday, July 25, 2009

SUARA DARI REMBAU...

Untuk hadiri Himpunan 1 Ogos 2009


oleh: Badrul Hisham Shaharin


Anwar Ibrahim dan Nik Aziz ialah antara pemimpin utama yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir bersama dalam Himpunan Rakyat 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Ini diumumkan oleh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh ketika sidang media sebentar tadi selepas menghantar surat makluman kepada pihak istana mengenai penghantaran 'Deklarasi Rakyat'.Selain dua pemimpin tersebut, Tn Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS dan ramai lagi pimpinan termasuk pimpinan 83 pertubuhan yang menyokong Deklarasi tersebut telah menyatakan persetujuan untuk hadir.

Malah Pemuda Gerakan (komponen Bn) masih tetap teguh dengan pendirian akan hadir sama.Semua persiapan hampir selesai, 3 tempat bakal menjadi tempat berkumpul sebelum semua akan berarak ke Stadium Negara. Tempat pertama ialah SOGO (Jalan Tunku Abdul Rahman), Masjid Jamek Kuala Lumpur dan KL Central. Semua dinasihatkan mula berkumpul hanya jam 2 petang dengan mengenakan baju merah / hitam.Dijangka sekurang kurangnya 20,000 akan bersama dalam Himpunan Aman kali ini, dan jika tidak ada gangguan serius dari polis angka ini mungkin boleh mencecah seperti Himpunan Bersih yang pernah diadakan. - http://chegubard.blogspot.com/

No comments: