Saturday, June 20, 2009

analitikal mohd affandi hassan...

TIDAK ADA PERPECAHAN, HANYA
PERBEZAAN PENDAPAT DAN PILIHAN

Terlalu banyak yang bodoh-bodoh yang diucapkan oleh ahli politik Melayu sekarang. Misalnya, seorang ketua UMNO dari Johor, yang menjadi Ketua Penerangan UMNO, memecahkan Melayu kepada lima puak. Itu hanya pandangan beliau yang tidak berasas. Dengan pendapat tidak berasas itu, maka orang Melayu dipecahbelahkan tak fasal-fasal, hanya untuk memuaskan nafsu ketua UMNO yang mahu melihat orang Melayu berpecah.

Cara berfikir kuno begini tidak membantu persaudaraan Melayu yang memang rosak setelah dikelirukan oleh ketua-ketua UMNO yang mahu melihat orang Melayu berpecah untuk memastikan UMNO bersatu. Lebih realistik jika kita berkata masih terdapat semangat kenegerian yang sangat tebal, terutama sekali di Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Kelantan dan Terengganu telah membuktikan tidak ada semangat kenegerian sempit demikian, dengan menerima tokoh-tokoh di luar Kelantan untuk bertanding di Kelantan misalnya, untuk memastikan mereka menang.

Belum tentu Timbalan Presiden PAS yang dimarahi Tok Guru Nik Aziz akan menang jika bertanding di tempat sendiri. Sebagai parti yang seronok memecahbelahkan orang Melayu, UMNO tidak boleh mengemukakan apa-apa bukti yang telah dibuktikan oleh Kelantan dan Terengganu. Sepatutnya inilah fakta yang perlu diketengahkan, diberitahu berkali-kali kepada Melayu lain-lain tempat bahawa melalui persaudaraan Islam, seseorang boleh bertanding dalam pilihan raya di mana-mana saja.

Tetapi UMNO tidak mahu, malah dengan keras dan bongkak selalu memutuskan hanya anak tempatan yang layak bertanding di tempat sendiri. Jadi dengan itu rakyat dipaksa berfikiran sempit dengan semangat berpuak-puak yang sangat tebal, semuanya untuk faedah UMNO. Oleh itu UMNO tidak layak bercakap tentang perpaduan dan perpecahan Melayu, kerana rekod mereka sangat buruk. Mereka telah membuktikan betapa palsunya makna perpaduan yang mereka selalu gembar-gemburkan.

Mereka, orang-orang UMNO ini, harus diberi pendidikan politik yang lebih baik dan objektif berasaskan akal sihat supaya dapat membezakan antara perpaduan dengan perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat tidak bermakna tidak ada perpaduan dalam sesebuah negara. Dari segi tabiinya manusia mesti berbeza pendapat, tetapi mereka bersatu seperti yang ditunjukkan oleh imam-imam besar dalam Islam. Perbezaan pendapat antara mereka dan pengikut mereka adalah rahmat. UMNO yang tidak faham Islam atau yang faham Islam secara menyeleweng tidak akan faham prinsip Islam ini.

Oleh itu dengan lantang UMNO memaksakan faham salahnya ke atas rakyat, maka perbezaan pilihan dan pendapat tidak lagi diterima sebagai hak manusia dan hak rakyat yang penting, tetapi mesti dikekang untuk memastikan UMNO sentiasa menang walaupun sudah tidak relevan lagi. Dalam konteks inilah UMNO secara sengaja atau tidak sengaja menolak perbezaan pendapat dengan alasan perbezaan itu menghalang perpaduan.
Dalam konteks inilah para pemimpin UMNO merasakan diri mereka lebih tinggi daripada Islam, oleh itu mereka tidak mahu merujuk perbezaan pendapat kepada Al-Quran dan Sunah, tetapi memilih untuk kembali kepada Perlembagaan Negara yang mereka buat sendiri. Dalam konteks inilah terasa sangat aneh dan pelik apabila PAS, sebuah parti Islam, mengajukan cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan untuk membela Melayu.

Hanya akhir-akhir ini saja, setelah diasak, baru ada yang berkata kerajaan perpaduan itu berasaskan Islam dan hukum Islam (undang-undang Islam). Adakah itu benar? UMNO tidak percaya, sebaliknya masih mendesak supaya PAS menjelaskan maksud kerajaan perpaduan itu. Siapakah di antara dua jenis parti nasionalis ini yang bermain politik? Apakah yang membuat PAS lebih percayakan UMNO daripada Pakatan Rakyat? Jawapannya cukup mudah: PAS pada dasarnya adalah sebuah parti nasionalis agama yang meletakkan Melayu pada kedudukan utama, dengan Islam pada kedudukan kedua.

Dengan itu PAS dan UMNO pada hakikatnya satu parti yang mempunyai dua nama, mewakili dua kelompok orang Melayu: satu mewakili Melayu bukan berpendidikan agama, yang satu lagi mewakili Melayu berpendidikan agama. Kedua-duanya berjiwa Melayu, dengan meletakkan agama di tempat kedua. Oleh itu apabila PAS mengemukakan kerajaan perpaduan kepada UMNO, maka yang tersirat di dalam hati PAS ialah jiwa Melayu yang kuat, yang tidak mahu melihat Melayu hilang kuasa di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Perak dan Selangor boleh diselamatkan jika PAS dan UMNO bersetuju membentuk kerajaan perpaduan. Dengan logik itu, maka PAS memikat UMNO untuk bersatu. Sedar tidak sedar, PAS masuk ke dalam jerat UMNO yang ditahan (maksudnya dipasang) oleh PAS sendiri. Itulah yang cantiknya dalam peristiwa menarik politik Melayu yang terumbang ambing masih mabuk PRU 12 yang merugikan Melayu itu. Tetapi dengan mengemukakan kerajaan perpaduan, PAS tidak menyelesaikan masalah, malah menjadikan masalah Melayu itu lebih kusut, terutama di kalangan penyokong di peringkat bawah. Demikianlah buruknya strategi pemimpin PAS yang membuat Nik Aziz sangat marah.

Dalam hal ini Nik Aziz berada di pihak yang benar. Tetapi risikonya beliau mungkin dipecat dari PAS dan jawatan MBnya akan terlucut. Beliau mungkin dimalukan di Manek Urai apabila APAS akan memberi kemenangan mudah kepada UMNO untuk memalukan Nik Aziz dan bermuka-muka dengan Najib Tun Razak untuk menaikkan imejnya. Untuk membuktikan PAS jujur. Tetapi masalahnya, jika UMNO memang, mereka akan berkata bahawa kemenangan itu membuktikan PAS tidak mempunyai pengaruh lagi di kalangan orang Melayu. Itulah sepak terajang politik: kejujuran tidak pernah menjadi perhitungan.

Dalam apa juga strategi politik, hanya pihak yang berkuasa dan kuat saja yang menentukan perubahan yang mereka kehendaki. Pihak yang lemah tidak akan mendesak pihak yang kuat untuk melakukan perubahan. Sekarang PAS dalam keadaan kelam kabut, dan dalam keadaan beginilah UMNO menyindir PAS dengan tajam sekali, sambil menegaskan PAS boleh mengemukakan apa syarat yang mereka mahu, apa perkara yang mereka ingin bincang, UMNO akan turut. Tidakkah itu satu cara terang-terangan mengajak PAS naik kapal yang telah dihanyutkan oleh Perikatan bila mereka jadi Barisan Nasional, untuk menghanyutkan PAS ke Laut Kalzum? - [20/6/2009] Mohd. Affandi Hassan

INFO HAK ASASI MANUSIA


Perbincangan terbuka dgn Najib:
Selesaikan kemelut politik Perak


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan supaya satu perbincangan terbuka diadakan dengan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada syarat perlu ditetapkan dalam perbincangan itu.Menurut beliau, ia bertujuan menyelesaikan kemelut politik perak yang telah berpanjang hampir setengah tahun lalu.Dr Wan Azizah berkata demikian kepada media pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran Daw Aung San Suu Kyi ke-64 di lobi SUK, Shah Alam, petang tadi.

Menurutnya, perbincangan itu perlu diadakan bersama Barisan Nasional kerana mereka harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang berlarutan ini. Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan isu kerajaan perpaduan tidak akan meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat yang terbina dengan iltizam untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan supaya satu perbincangan terbuka diadakan dengan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada syarat perlu ditetapkan dalam perbincangan itu.Menurut beliau, ia bertujuan menyelesaikan kemelut politik perak yang telah berpanjang hampir setengah tahun lalu.Dr Wan Azizah berkata demikian kepada media pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran Daw Aung San Suu Kyi ke-64 di lobi SUK, Shah Alam, petang tadi.Menurutnya, perbincangan itu perlu diadakan bersama Barisan Nasional kerana mereka harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang berlarutan ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan isu kerajaan perpaduan tidak akan meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat yang terbina dengan iltizam untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. - (http://www.biaqpila.blogspot.com/ )

SURAT ZAKARIA BIDIN

Menarik dalam blog:
LESUNGBATU HARI INI

Sahabat sekelian, Harap tidak jemu dengan makluman ini. Hanya kerana saya rajin aje nak beritahu. Antara yang menarik hari ini satu soalan dari pelawat lesung batu menulis KENAPA ORANG MELAYU SEMAKIN MENJAUH DIRI DARI UMNO? Dalam JENAKARIA: Masalah Bahasa Inggeris - kalau tak ketawa pun, tersenyum pun cukuplah. GAMBAR MENARIK: Sebuah ilustrasi - Gambaran kerjasama yang gagal. Pasal Nik Aziz semakin ramai yang kasihan dengan dia bila dia marah-marah. Lawatlah:
www.lesungbatu.webs.com. Selamat bercuti untuk yang cuti hari ini. Selamat bekerja mana yang terpaksa kerja.

Salam hormat dari - Abang Zek.

INFO LUAR NEGARA

Misi bawa peluru berpandu
NASA mahu ledak bom di bulan

Buat ujian di angkasa lepas bagi hasilkan air, wap FLORIDA: Saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam, lapor akhbar, semalam. Letupan itu satu ujian untuk melihat sama ada ia dapat menghasilkan air di atmosfera planet itu. NASA akan meneliti awan di bulan selepas ujian dilakukan bagi melihat sama ada air atau wap terhasil, kata The Telegraph.

Saintis menjangka impak letupan besar itu boleh menghasilkan satu awam besar mengandungi debu, gas dan wap ais bercampur air yang mampu dilihat dari bumi. Jika ujian itu berjaya, kewujudan air akan membantu rancangan masa depan membina sebuah pangkalan di bulan. Keadaan di bulan sebahagian besarnya padang pasir tetapi ais dipercayai terperangkap dalam kawah yang tidak pernah terdedah kepada sinaran matahari.

Misi Satelit Pengesan dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang tidak membabitkan manusia, akan melancarkan satu roket 'Centaur' ke bulan pada dua kali kelajuan peluru. Satu lagi pesawat angkasa lepas akan mengorbit bulan selama setahun bagi mencari lokasi sesuai untuk pendaratan angkasawan.

Pesawat Orbit Peninjau Bulan dilaporkan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun bagi menghasilkan peta paling lengkap keadaan permukaan bulan. Sementara itu, dalam perkembangan lain, satu lurah yang dalam dan kawasan dipercayai bekas pantai dianggap bukti paling jelas air wujud di planet Marikh, kata saintis. – Agensi - (http://www.bharian.com.net )

Friday, June 19, 2009

PROJEK DIAGIH KEPADA TAIWAN...


Three ministries of awarding local projects and contracts to two Taiwanese nationals.

Wee Choo Keong (PKR — Wangsa Maju) claimed that the two were close associates of certain politicians and that they had even obtained Malaysian identity cards. The two, he further alleged, had also been involved in the setting up of many Malaysian companies with local nominees as their main shareholders or directors. One company had been formed to issue invoices alone for the income gained from their businesses, he added. Wee said these nominee companies had been used by the two individuals as a front to avoid having to pay taxes to the Internal Revenue Board (IRB).

“The two had successfully formed Daro Worldwide Sdn Bhd, which won a direct contract and was given RM3.8mil to operate a call centre for the Tourism Ministry. “The invoices from the company’s activities had been sent to a bank account in Hong Kong. “The IRB should investigate this matter and find out if the company had paid taxes,” he said when debating the Internal Revenue Board of Malaysia (Amendment) Bill 2008. Wee said another company Venturepharm Sdn Bhd had been used by one of the two Taiwanese to obtain projects from the Science, Technology and Innovation Ministry.

“Venturepharm had been given a RM5.6mil biofeed project despite it not having any expertise in research work in biofeed programmes,” he added. Wee said the two had also formed a company to handle a contract related to mobile clinics from the Health Ministry. - http://www.zorrounmasked.com/

KOMENTAR...

bersama Pak Parjo...

Gerangannya Najib dan Muhyiddin:
Sudah menerima pemikiran Razaleigh

Arakian semakin heboh sekalian harakah Melayu (UMNO)) mahu menyebut 'kerajaan perpaduan' sekalipun sudah diterangkan oleh pimpinan harakah Islam (PAS). Adapun hari ini (19 Jun 2009, mengikut perkiraan anak cucu fakir) Orangkaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia di Kuala Krai, Kuantan di depan segala penitir canang. Maka lupalah ia 'kerajaan campuran' itu dicadangkan oleh Orangkaya Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, ketika mahu menentang calon mejadi penghulu UMNO suatu maa dahulu. Sebermula akan Orankaya Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Seri Mohd Najib, gerangannya bersetujulah ia menerima cadangan Orangkaya Tengku Razaleigh itu.

Sebermula maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka ia pun segera datang lalu masuk ke dalam istana. Syahdan dilihat oleh Bendahara raja belum lagi berhenti menyebut kalmah syahadat. Maka semabah Bendahara, 'Bahasa mana yang disebut raja ini?' Maka titah raja, 'Semalam beta bermimpi, berpandangan dengan keelokan hadrat Nabi s.a.w.' Maka segala mimpi itu semuanya dikatakan. Adapun alamatnya kalam raja sudah dikhatankan. Hatta maka hari pun asar, hebohlah sekalian orang banyak melihat Saiyid Abdul Aziz (bukan Dato' Nik Abdul Aziz) turun dari kapal naik ke pantai Melaka bersembahyang. Maka diperbuat orang pantun:

Kapal turun dari Judah
Saiyid Aziz sembahyang di pantai
Najib dan Muhyiddin ambil mudah
Dato' Nik Aziz nak bersantai

Maka oleh sekalian orang banyak dimintalah suratkan dalam 'Kitab Melayu' kepada:








HIDUP BAHASA MELAYU!

DARI LAMAN BLOG:

Sumber nuklear Iran:Tak hancurkan Hiroshima!

Assalamualaikum,

Blok barat terutama Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya Israel mahu melihat pergolakan di Iran akan berakhir seperti insiden 1979 apabila Shah Palavi digulingkan oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini menerusi revolusi rakyat. Atau menerima nasib kehancuran komunisme dalam "velvet revolutions" di Eropah Timur. Mereka meramalkan krisis di Iran akan berakhir dengan pertumpahan darah yang memilukan di China pada 1989 dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen Square. Memang blok barat menunggu-nunggu kejatuhan Presiden Mahmoud Ahmadinejad atas alasan membangunkan sumber nuklear.

Justeru selepas memenangi semula pilihanraya Presiden Iran, seorang wartawan Jepun sengaja menguji Ahmadinejad dengan mengemukakan soalan berkaitan pembangunan sumber nuklear Iran. Jawapan ringkas Ahmadinejad juga cukup berkesan iaitu sumber nuklear tak berbahaya kepada Jepun, seperti keperihalan AS menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki pada 1945. Pembangunan sumber nuklear Iran dan Korea Utara juga tak memusnahkan Iraq, Palestin dan Afghanistan. Jawapan kepada soalan tersebut sudah tentulah AS sebagai negara pemusnah dan menimbulkan permasalahan dunia.

Tehran sendiri tak akan diganggu rusuhan berdarah, kalau disebabkan kebangkitan rakyatnya mendakwa berlaku penyelewengan dalam pilihanraya di Iran. Rekod Ahmadinejad sebagai tokoh yang tak berkompromi dengan blok barat, di samping pembabitan sebagai aktivis pelajar yang merampas kedutaan AS di Tehran pada 1980, memang beliau dianggap wira kepada negaranya. Rusuhan berdarah di Iran mirip dengan demonstrasi di medan Tianneman di Beijing yang digerakkan oleh agen CIA, atau gerakan menghancurkan komunisme di Russia dan Eropah Timur. Kejayaan tersebut menjadikan AS kuasa besar yang tak mempunyai perimbangan hingga menceroboh di Afghanistan, Iraq, Somalia atau negara-negara Balkan.

Wartawan-wartawan barat pula membuat pelbagai spekulasi termasuk sokongan kepada Mir Hossein Mousavi yang dianggap sebagai calon 'pramatic conservative'. Tunjuk perasaan di luar Tehran termasuk di Kuala Lumpur juga memperlihat tentangan terhadap Ahmadinejad, malah di Kuala Lumpur penunjuk perasaan mendakwa hak mereka sebagai pemilih dinafikan. Apakah rakyat AS di Kuala Lumpur juga diberi hak mengundi? Memang polisi penadbiran AS yang berusaha menjatuhkan pimpinan negara-negara yang tak menyokong kepongahan dan keperongosan mereka. Begitulah!


-Pak Dharma.