Tuesday, May 27, 2008

JAWATANKUASA AD-HOC WARGA
PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)

(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DARI LAMAN BLOG

KU LI PRIHATIN DENGAN PEJUANG
TUNKU BAPA KEMERDEKAAN NEGARA

Assalamualaikum,

Semalam (26 Mei 2008), Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz beritahu tak sempat untuk ke Subang (hari ini 27 Mei 2008, jam 5.00 petang) menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari Tokyo, disebabkan mengikut Tengku Razaleigh Hamzah dalam siri kunjungan ke Kelantan hari ini (27 Mei 2008). Dato’ Kamal Amir beritahu, program kunjungan Tengku Razaleigh sudah dirangka lebih awal, malah sehari sebelumnya beliau baru sahaja balik dari Kota Kinabalu, Sabah. Pada 1982 saya pernah menemui Tunku Abdul Rahman Putra (membantu Tan Sri Abdul Samad Idris siapkan manuskrip buku ’25 Tahun Merdeka’) di kediamannya di Bukit Tunku, beliau mengaku disisihkan pimpinan UMNO ketika itu.
Bagaimanapun beritahu Tunku, kita ramai pimpinan UMNO menyisihkan beliau, malah mahu merobohkan monomen di hadapan bangunan Parlimen, anak raja Kelantan (yang dimaksudkan ialah Tengku Razaleigh) tetap menghormatinya. Malah rumah serta kereta yang digunakan oleh Tunku ketika itu, adalah disediakan oleh Tengku Razaleigh. Pengakuan Tunku dalam wawancara tersebut, sekaligus dapat saya bayangkan memang Tengku Razaleigh prihatin dengan sumbangan Tunku terhadap kemerdekaan, di samping pengorbanannya dalam gerakan nasionalisme. Tetapi apabila kenang ungkapan sinikal yang pernah dituturkan oleh Tan Sri Jaafar bin Hassan Albar, tak hairanlah fenomena dalam UMNO itu berlaku.

Kata Tan Sri Jaafar Albar, “Kalau mata kapak sahaja memang ianya tak mampu menumbangkan sepohon pokok, sebaliknya ambillah dahan pokok itu dijadikan ‘taran’ kapak, nescaya pokok berkenaan mudah ditumbangkan.” Pagi ini (27 Mei 2008), Sdr Yassinsalleh beritahu beliau mempunyai urusan di Johor, justeru tak sempat juga ke Subang pada sebelah petang. Tengaharinya pula (27 Mei 2008) Sdr Zainal Abidin Rasidin mengajak makan tengahari di gerai ‘masak kawah’ di Taman Seri Gombak, di samping beritahu program ‘Yayasan Buku Malaysia’ mahu menganjurkan anugerah kepada penulis-penulis Malaysia pada Ogos 2008 nanti. Haji Hassan Hamzah dari YBM juga menelefon beritahu mengenai program yang sedang disusun, termasuk penerbitan beberapa buah buku yang akan dipasarkan tak lama lagi.
Antara buku-buku yang akan diterbitkan termasuk tiga buah novel karya Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah, buku adventure mendaki Gunung Everest oleh bekas Timbalan Menteri Penerangan, Dato’ Haji Khalid Yunus dan beberapa lagi. Syabas! Usaha Haji Hassan dalam penerbitan buku-buku Melayu ini, sudah tentu memberi manfaat kepada kedaulatan Bahasa Melayu sendiri. Memang PRIMA sudah lama tak menaruh banyak harapan kepada DBP dalam perjuangan sastera dan bahasa, kerana fungsinya tak sama dengan penubuhan ‘Jataban Karang Pengarang Maktab Perguruan Sultan Idris’ iaitu agensi yang menjadi asas kepada sejarah penubuhan DBP. Mungkin sahaja sejarah berkenaan sudah dilupakan oleh pegawai-pegawai muda di DBP, mahupun pimpinan sekarang yang serba hebat, lebat dan bebat!

-Pak Dharma.

INFO HAK ASASI MANUSIA


KONTRAKTOR KELAS F MERUNGUT
MPS TAK PERNAH LAGI MESYUARAT

Kontraktor-kontraktor kelas F yang menjalankan kerja-kerja di kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merungut berikutan kesukaran berurusan berkaitan dengan projek-projek kecil. Menurut beberapa orang kontraktor terbabit, sejak Mac 2008 mereka diberitahu MPS tak pernah mengadakan mesyuarat bagi meluluskan projek-projek kecil yang menjadi sumber pendapatan kontraktor-kontraktor kelas F. Malah mereka juga menambah, sebelum Mac 2008 pihak MPS dikatakan sudah meluluskan lebih RM70 ribu peruntukan bagi projek-projek kecil, tetapi hingga sekarang tak diketahui ke mana ianya disalurkan. “Bagaimana peruntukan berkenaan boleh disalurkan sekiranya sejak Mac 2008, MPS tak pernah mengadakan mesyuarat bulanan mahupun mingguan?” beritahu kontraktor-kontraktor terbabit.

Sekretariat PRIMA difahamkan, MPS tak pernah mengadakan jadual mesyuarat sejak peralihan kerajaan selepas PRU12, 8 Mac 2008 hingga ahli-ahli mesyuarat MPS sukar memberikan penjelasan kepada kontraktor-kontraktor terbabit. Menurut sumber, Yang Dipertua MPS sendiri tak pernah melaporkan kepada ahli-ahli mesyuarat MPS sebarang perkembangan dalam pentadbiran. Berikutan rungutan kontraktor-kontraktor kelas F terhadap projek-projek kecil yang dikendalikan di bawah MPS, ahli-ahli mesyuarat yang masih mempunyai tempoh perkhidmatan sehingga akhir Jun 2008 berasa kecewa kerana tak dapat menjalankan tangungjawab yang diamanahkan. “Yang Dipertua MPS perlu memberi penjelasan dengan masalah yang dihdapi kontraktor-kontraktor kelas F ini,” ujar kalangan kontraktor-kontraktor berkenaan.

SPEKULASI AWAL PIMPINAN UMNO
MAT TAIB REBUT TIMBALAN PRESIDEN?

Tempoh sehingga Disember 2008 bagi Perhimpunan Agung UMNO memberi ruang kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Mohd Taib membuat persiapan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO sebagai spekulasi awal, menurut kalangan penganalisis politik. Sumber terbaru dikatakan Tan Sri Muhammad menganjurkan seminar UMNO Selangor di Port Dickson mulai Sabtu ini (31 Mei – 2 Jun 2008). Spekulasi awal dikatakan Tan Sri Muhammad akan bergandingan dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan mempertahan jawatan Presiden UMNO. “Bagaimanapun berdasarkan kempen senyap dikatakan Dato’ Seri Najib Tun Razak menunggu peluang 60 Bahagian mencalonkan beliau bagi jawatan Presiden UMNO,” beritahu sumber berkenaan.




Seterusnya sumber berkenaan mengakui, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO bergandingan dengan Dato’ Seri Najib yang berharap akan menerima pencalonan daripada 60 Bahagian. Dalam perkembangan terbaru dikatakan seramai 15 calon sudah menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO, iaitu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini. Bagaimanapun Dato’ Seri Hishamuddin Hussein yang disebut-sebut akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda bagi merebut salah satu jawatan Naib Presiden, dikatakan mahu berpatah balik kepada mempertahan Ketua Pemuda berikutan fenomena yang berserabut dalam perebutan jawatan pimpinan UMNO sekarang. “Setakat ini empat calon dari Johor sudah menawar diri untuk calon jawatan Naib Presiden,” kata sumber tersebut.

INFO SASTERA & BUDAYA

DPMP ANTARA ORMAS TERTUA
TURUT TERBABIT TUBUHKAN GAPENA

Mesyurat agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Ahad ini (1 Jun 2008) dikatakan berlaku persaingan bagi merebut jawatan pimpinan utama, berikutan kalangan aktivis DPMP mahukan perubahan. DPMP antara ormas (organisasi massa) tertua di Malaysia, memang terbabit di peringkat awal membentuk Gabungan Penulisan Nasional (Gapena). Malah dianggap memberi sokongan kuat kepada pimpinan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein, ketika DPMP di bawah pimpinan Sahmad Malaya. Sekitar dekad 1970-an, DPMP juga sering menganjurkan bengkel penulisan, termasuk disertai ormas di luar Pahang, apabila ianya diadakan di Bentung. DPMP juga antara ormas yang menubuh cawangan-cawangan di peringkat daerah bagi menggerakkan aktivitinya.

Di samping menganjurkan bengkel penulisan sekitar dekad 1970-an, DPMP di bawah pimpinan Shahmad Malaya turut menyertai aktiviti ormas di luar Pahang, termasuk juga seminar penulisan di Ipoh awal dekad 1970-an yang dianjurkan oleh Gatra 2 di bawah pimpinan Suhaimi Haji Muhammad. Aktivis DPMP Dato’ Dr Mohd Mansor Abdullah adalah antara pembentang kertas kerja yang menimbulkan kontroversi, apabila beliau menimbulkan isu ‘penulis ikan bilis dan penulis ikan jerung’. Di samping Dato’ Dr Mohd Mansor, Suhaimi Haji Muhammad juga menimbulkan kontroversi dengan isu ‘penulis mesti kaya kalau mahu jadi agung’. Kontroversi ditimbulkan kerana ketika itu mereka dilabel sebagai penulis yang tak memiliki status akademik.

Justeru DPMP masih terus bertahan setelah rakan-rakan ormas seperti Gabungan Sasterawan Utara (GATRA) di Kedah, GATRA 2 di Perak, Angkatan Penulis Kreatif Kuala Lumpur (AKTIF), Lembaga Sasterawan (LEPAS) di Kuala Kangsar, Angkatan sasterawan Negeri Sembilan (ASAS Negeri) dan beberapa lagi tak meneruskan aktiviti mereka. Mesyuarat Agung DPMP 1 Jun ini, dikatakan ada desakan mahu Tan Alaudin digantikan dengan pimpinan baru selaku Ketua Satu, di samping menampilkan beliau sebagai calon Ketua Satu Gapena di peringkat nasional. Setakat ini calon terbaik bagi mengambil alih pimpinan DPMP adalah Dato’ Dr Mohd Mansor, malah terdapat juga ura-ura mahukan beliau didesak merebut jawatan Ketua Satu Gapena.

INFO SUARA PROLITAR

SOKONGAN PERINGKAT AKAR UMBI
DR KHIR LAYAK UNTUK KETUA PEMUDA

Peluang Dr Khir (Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo) rebut Ketua Pemuda (UMNO) pada Perhimpunan Agung Disember (2008) nanti lebih baik. Usaha mahu memecat Dato’ Mokhriz (Tun Dr Mahathir) sekarang, memang untuk menyekat peluangnya. Tetapi Dr Khir boleh pergi jauh. Apalagi beliau mendapat sokongan di peringkat akar umbi. Dr Khir juga sudah buktikan berjaya membawa Majlis Belia Malaysia (MBM) dikenali di peringkat antarabangsa. Beliau tetap layak. – (SMS; 27 Mei 2008 – Orang Muda, Hulu Langat, Selangor).

TUN DR M DIBERI SAMBUTAN
LEBIH 800 ORANG TUNGGU DI AIRPORT.

Banyak cawangan-cawangan (UMNO) dari Kedah, Perak, Shah Alam dan lain-lain (sambut kepulangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, jam 5.00 petang di Lapanganterbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Subang). Walaupun hari kerja (lebih) 800 orang datang, dan banyak press serta polis. Saya tunggu gambar-gambar dari Jinggo di http://minaq-jinggo.fotopage.com/ - (SMS; 27 Mei 2008 – Sallehuddin, K.L.)

KOMENTAR
bersama Pak Parjo

ORANG ATAS ANGIN MENUDUH
BANGSA MELAYU MENJADI LANUN

Sebermula dititirlah canang ke seluruh negeri, akan orang di atas angin itu sejak dahulukala mengatakan orang Melayu memanglah ganas. Syahdan di balairong seri (Dewan Negara) hari ini 21 Jamadilawal 1429 (atau disebut orang 27 Mei 2008) akan Oranngkaya Tan Sri Jins Shamsuddin menyebut iklan yang digambarkan oleh orang di atas angin mengenai orang Melayu itu ganas. Aduhai! Sejak dahulukala orang atas angin menuduh orang Melayu menjadi ‘lanun’, termasuklah Si Bongkok Tanjung Puteri yang mempertahankan perairan Selat Teberau hingga ke terumbu karang di Pulau Batu Putih. Maka orang Melayu sendiri terikut-ikut menuduh Si Bongkok menjadi lanun. Adapun Silawatang di Kesang juga disebut orang Melayu lanun, hatta Nakhoda Udin di Sungai Kerian pada 1826 juga dikata orang banyak menjadi ‘lanun’. Malah ‘Nayan’ di Kedah pada 1901 disebut orang ‘penyamun’, adanya.

Arakian sekali persetua ada seorang Jawa berjalan ia di pasar. Adapun orang Jawa itu demam kura, berjalan pun terkukul-kukul. Maka oleh segala anak-anak muda di pasar itu, diejek-ejek akan Jawa itu. Berkali-kali ditegah oleh orang banyak di pasar, tetapi tak pula dihiraukan oleh segala anak-anak muda berkenaan. Syahdan berasa malulah Jawa itu kerana diejek-ejek. Maka hilanglah sabarnya Jawa, lalu mengamuklah ia menggunakan golok. Arakian gemparlah sekalian orang banyak di pasar apabila Jawa itu mengamuk. Banyaklah yang mati, maka bertempiaran mereka menyelamatkan diri. Akan Hang Tuah itu sedang mengapak kayu di hadapan kedai ayahnya. Setelah mendengar akan orang mengamuk, Hang Tuah pun keluar dengan memegang kapaknya. Maka dikapak oleh Hang Tuah orang Jawa mengamuk itu terbelah dua seperti disebut oleh ‘Kitab Melayu’ yang disurat:



HIDUP BAHASA MELAYU!

3 comments:

asalbayu said...

KAYA BUKAN DI SEGI MATERIAL SAHAJA.

Oleh: Asalbayu.

MEMBACA blog Sdr Mohd Sayuti Omar (http://msomelayu.blogspot.com) berkaitan peingatan arwah ayahnya, Omar bin Othman dengan madah; hina besi kerana karat, hina manusia kerana miskin lantas mengingatkan saya terhadap tafsiran saya tentang miskin sebelum ini.
Dulu saya menyangka bahawa jika tidak memiliki duit atau material seseorang itu dianggap miskin dan tentulah dipandang hina oleh anggota masarakat. Persepsi saya juga menyatakan kekayaan material itu membahagiakan.
Namun sebenarnya ia tidak begitu tepat. Memiliki pengetahuan yang banyak juga adalah kekayaan, sementara kesihatan adalah kekayaan yang tidak ternilai harganya.
Saya menydarinya selepas diserang strok pada 17.9.1999 sehingga mengakibatkan sebahagian badan lumpuh dan terlantar di rumah selama 6 bulan. Alhmdulillah kini saya semakin pulih dan berupaya memandu motokar.
Sebagai di antara tanda bersyukur, saya sedang menyusun sebuah buku sepanjang 18 bab menceritakan pengalaman peribadi untuk dipasarkan selewat-lewatnya awal tahun 2009 akan datang. Sementara itu, sebahagian daripadanya bolehlah dibaca dalam blog saya dengan menjenguk http://asalbayu-bangkitsemula.blogspot.com

Suhaimi Said said...

Ada tetamu penting akan datang ke Kg Pian, Kuala Krau dipermulaan bulan Ogos nanti. Tentunya tetamu penting ini akan menyuarakan hak dan perjuangan Orang Asli, orang asli Pahang amnya, Orang Asli di Dun Jenderak, Kuala Krau khususnya.

Tentunya Orang Asli akan membuat persembahan budaya mereka dengan lagu-lagu dn puisi perjuangan bagi menuntut hak-hak Orang Asli.

Tentunya Orang Asli akan menceritakan bahawa mereka berada didalam kemiskinan dan dinafikan hak-hak persamaan dengan kaum-kaum lain.

Tentunya mereka akan keluhkan tentang perjuangan mereka untuk mendapatkan geran tanah seperti 48000 rakan-rakan mereka yang sudah dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Tentunya mereka akan menceritakan betapa projek-projek Kerajaan yang berbentuk TSB dan TSK bukan nak menyenangkan Orang Asli bahkan merugikan pendapatan Orang Asli seperti yang disuarakan oleh Orang Asli Rompin.

Tentunya mereka akan keluarkan keluhan mereka bahawa cara pengeluaran pertanian mereka masih ditahap lama yang sudah ketinggalan zaman yang tak digunakan lagi setelah 50 tahun Merdeka.

Tentunya mereka akan luahkan keluhan untuk anakanak mereka yang ketinggalan dari segi pelajaran. Kenapa ketinggalan? Kerana kemiskinan, kerana kurang kemudahan!

Tentunya mereka akan berjuang bagi memperolehi tahap kesihatan umum dikalangan masyarakat mereka untuk berada ditahap yang sama dengan penduduk-penduduk di perkampongan bukan Orang Asli.

Tentunya mereka akan keluhkan betapa tanah-tanah adat mereka telah menjadi tanah bagi kaum-kaum lain.

Tentunya mereka akan keluhkan tentang perumahan yang tidak sempurna bagi mereka.

Tentunya mereka akan nyatakan bahawa apakah habuan untuk mereka di Bumi Merdeka ini, sedangkan merekalah penduduk Asal dan merekalah yang menanggung warisan kemiskinan.

Saya sangat berharap tuan-tuan dan puan-puan hadi pada hari kehadiran tetamu itu nanti.

Kalau mahu berucap, ucapkan nada perjuangan membela nasib Orang Asli.

Kalau mahu berpuisi, puisikanlah nada perjuangan membela nasib orang Asli.

Kalau mahu mempamerkan buku,pamerkanlah buku-buku perjuangan untuk Orang Asli.

Perjuangan ini bukan "lip-
service".

Perjuangan ini bukan untuk keseronokan.

Perjuangan ini bukan untuk menunjukkan simpati.

Perjuangan ini untuk komitmen meletakkan diri bahawa jika sekiranya mereka itu adalah kamu.

Komitmen!

Dari sahabatmu Suhaimi Said.

Suhaimi Said said...

Ada tetamu penting akan datang ke Kg Pian, Kuala Krau dipermulaan bulan Ogos nanti. Tentunya tetamu penting ini akan menyuarakan hak dan perjuangan Orang Asli, orang asli Pahang amnya, Orang Asli di Dun Jenderak, Kuala Krau khususnya.

Tentunya Orang Asli akan membuat persembahan budaya mereka dengan lagu-lagu dn puisi perjuangan bagi menuntut hak-hak Orang Asli.

Tentunya Orang Asli akan menceritakan bahawa mereka berada didalam kemiskinan dan dinafikan hak-hak persamaan dengan kaum-kaum lain.

Tentunya mereka akan keluhkan tentang perjuangan mereka untuk mendapatkan geran tanah seperti 48000 rakan-rakan mereka yang sudah dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Tentunya mereka akan menceritakan betapa projek-projek Kerajaan yang berbentuk TSB dan TSK bukan nak menyenangkan Orang Asli bahkan merugikan pendapatan Orang Asli seperti yang disuarakan oleh Orang Asli Rompin.

Tentunya mereka akan keluarkan keluhan mereka bahawa cara pengeluaran pertanian mereka masih ditahap lama yang sudah ketinggalan zaman yang tak digunakan lagi setelah 50 tahun Merdeka.

Tentunya mereka akan luahkan keluhan untuk anakanak mereka yang ketinggalan dari segi pelajaran. Kenapa ketinggalan? Kerana kemiskinan, kerana kurang kemudahan!

Tentunya mereka akan berjuang bagi memperolehi tahap kesihatan umum dikalangan masyarakat mereka untuk berada ditahap yang sama dengan penduduk-penduduk di perkampongan bukan Orang Asli.

Tentunya mereka akan keluhkan betapa tanah-tanah adat mereka telah menjadi tanah bagi kaum-kaum lain.

Tentunya mereka akan keluhkan tentang perumahan yang tidak sempurna bagi mereka.

Tentunya mereka akan nyatakan bahawa apakah habuan untuk mereka di Bumi Merdeka ini, sedangkan merekalah penduduk Asal dan merekalah yang menanggung warisan kemiskinan.

Saya sangat berharap tuan-tuan dan puan-puan hadi pada hari kehadiran tetamu itu nanti.

Kalau mahu berucap, ucapkan nada perjuangan membela nasib Orang Asli.

Kalau mahu berpuisi, puisikanlah nada perjuangan membela nasib orang Asli.

Kalau mahu mempamerkan buku,pamerkanlah buku-buku perjuangan untuk Orang Asli.

Perjuangan ini bukan "lip-
service".

Perjuangan ini bukan untuk keseronokan.

Perjuangan ini bukan untuk menunjukkan simpati.

Perjuangan ini untuk komitmen meletakkan diri bahawa jika sekiranya mereka itu adalah kamu.

Komitmen!

Dari sahabatmu Suhaimi Said.