Wednesday, March 11, 2009

INFO SASTERA & BUDAYA: L Mankadir Shamsi Mahu Jelajah Pahang

PERJUANGAN RAKYAT DITERUSKAN:
PPSMI AKAN DIKUBURKAN DI PAHANG

Add Image

oleh: L Mankadir Shamsi

Badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan individu yang bersama-sama mendukung perjuangan mansuhkan PPSMI (pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris) diseru supaya bersatu. Jangan undur sehingga kita berjaya menghapuskan kepongahan, keperongosan dan kebebrantakan UMNO/BN. Kita semua perlu mengembling tenaga 'kalau berdepan sama bercarik dada, kalau berpusing sama terbengah belakang'. Maknanya, pejuang-pejuang bahasa semua bersedia terlentang sama-sama kita menadah embun; tertangkup sama-sama kita meraup pasir'.

Justeru saya akan menjelajah ke seluruh Pahang untuk mendapatkan sokongan orang ramai, di samping boleh mendapatkan lokasi bagi menganjurkan majlis perjumpaan dalam perjuangan mansuhkan PPSMI. Harap ianya mendapat sokongan dari sahabat-sahabat di Kuala Lumpur, terutama PRIMA yang sudah menggerakkan penentangan lebih awal dengan hanya 10 orang sahaja aktivis. Selepas PRIMA mara ke hadapan sejak Jun 2007, pejuang-pejuang bahasa ikut sama 'melenggang sama menghayun langkah, melonjak sama menggapai tangan'. Insaya Allah, selepas menikmati 'gas pemedih mata' 7 Mac 2009 yang lalu, sekarang saya akan meneruskan langkah demi langkah, dan demi langkah...!

No comments: