Wednesday, March 11, 2009

KOMENTAR: bersama Pak Parjo

ISTERI ORANGKAYA TAKLAH IA:
MENCAMPURI URUSAN SUAMINYA.

Sekali persetua akan isteri Orangkaya Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkatalah ia mengenai dirinya tak pernah mencampuri urusan pentadbiran suaminya, seperti diberitahu penitir-penitir canang yang menghadiri persidangan wanita (Women of Independence 2009), adanya. Arakian isteri Orangkaya itu mengakui, suaminya mahu bekerja kuat (itupun selagi badan sihat, kalau melepek, wallahhu'alam). Maka Datin Seri Rosmah pun menyuruh wanita melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, bagi mencapai sasaran 30 peratus wanita pembuat keputusan dalam berbagai-bagai pekerjaan. Syahdan akan Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tak sampai sepurnama lagi akan menjadi Orangkaya Perdana Menterilah ia gerangannya. Heh heh heh!

Sebermula akan Tun Fatimah disebut orang raja perempuan besar, tetapi apabila ia hamil dibuangnya. Maka titah Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah, "Mengapa maka tuan hamil maka dibuangkan? Tiada sukakah tuan beranak dengan beta?" Maka sahut Tun Fatimah, "Apatah kerja raja beranak dengan beta lagi kerana anak raja yang kerajaan telah ada?" Maka titah Sultan Mahmud, "Jika tuan hamil sekali lagi, janganlah dibuang, jikalau ia laki-laki ialah kita rajakan." Arakian akan Tun Fatimah selepas itu hamillah ia, maka tiadalah dibuangnya kerana Tun Fatimah sekali-kali taklah mencampuri urusan suaminya memerintah Melaka, sekadar mahukan anaknya dirajakan sahaja seperti disurat dalam 'Kitab Melayu' daripada:












HIDUP BAHASA MELAYU.

No comments: