Saturday, March 14, 2009

MAJLIS MAULIDIR RASUL...



Maulidir Rasul UMNO Selayang:
Ustaz Akhil Hayy diundang beri ceramah

Majlis Mauldiri Rasul masih disambut di beberapa tempat. UMNO Cawangan Selayang Baru di bawah pimpinan Omar Sudi Abdul Manan menngadakan majlis berkenaan malam kelmarin (13 Mac 2003) di Dewan Orang Ramai di sini. Ustaz Akhil Hayy yang popular menajdi hos beberapa rancangan di TV Astro 106 OAS dijemput menyampaikan ceramah. Atas kapisiti Ketua Cawangan UMNO Selayang Baru, Omar Sudi masih meneruskan aktiviti kemasyarakatan sebagai kesinambungan perjuangan, sekalipun beliau gagal mempertahankan kedudukannya selaku Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak pada November 2008 yang lalu. "Saya akan tetap bersama UMNO dengan tak mengira apa kedudukan saya selepas ini," beritahu Omar Sudi yang juga aktivis drama TV sekitar dekad 1970-an.

Sementara itu isterinya Hajjah Fauziah Raof yang juga Presiden Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) memberitahu, jemputan ke atas Ustaz Akil Hayy bagi menarik minat anak-anak muda menyertai aktiviti bercorak keagamaan. Menurut beliau, tak dinafikan pengaruh Ustaz Akhil Hayy di kalangan anak-anak muda boleh mendorong mereka prihatin kepada aktiviti yang lebih berpaksi kepada dakwah Islamiah. Hajjah Fauziah yang terbabit dengan penerbitan slot animasi di TV sekarang mengakui sedang merangka projek terbarunya. "Majlis Maulidir Rasul dianjurkan oleh UMNO Cawangan Selayang diadakan di Dewan Orang Ramai dengan menjemput Ustaz Akil Hayy menyampaikan ceramah," beritahu Hajjah Fauziah.

No comments: