Saturday, March 14, 2009

SPEKULASI...Yassinsalleh andaikan

Kejutan Sidang Media, Isnin:
Calon Penting Tak Layak Bertanding

Isnin ini (16 Mac 2009) dilaporkan akan berlaku kejutan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 24-28 Mac 2009. Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Pemilihan UMNO, Tengku Ahmad Rithauddin Ismail akan membuat kenyataan media berkaitan 'politik wang'. Malah turut dilaporkan beberapa calon terpenting dalam perebutan akan diproklamir tak layak bertanding berikutan terbabit dalam politik wang. Kalangan pemerhati politik memberitahu antara nama yang disebut-sebut kemungkinan Khiry Jamaluddin, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Dato' Seri Mohd Ali Rustam. Bagaimanapun berdasarkan spekulasi setakat malam ini (14 Mac 2009), kebanyakan mereka yang disebut-sevut terbabit itu mempunyai hubungan rapat dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, termasuk juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Dato' Mohd Norza Zakaria.

Banyak pihak berpendapat insiden 1987 akan berulang, sekiranya lanskap politik sekarang menyaksikan da pihak yang menjadi proksi kepada pihak lain; atau lebih mudah disebut digerak oleh 'dalang'. Berikutan dengan kajian yang dibuat oleh agensi bebas baru-baru ini menyebut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Mukhriz Mahathir dijangka memenangi persaingan, ianya boleh dirujuk kepada kejutan yang akan dibuat pada sidang media Tengku Ahmad Rithauddin, Isnin ini. Apalagi Tun Dr Mahathir dalam blognya awal-awal lagi sudah menjolok, iaitu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tak akan melepaskan jawatan PM selepas Perhimpunan Agung ini. Bagaimanapun tunggulah Isnin ini, apabila Tengku Ahmad Rithauddin tampil membuat kenyataan. Hore hore hore!

2 comments:

Seladang said...

Kalau begitu rentak dan caranya, maka jelaslah pembawaan politik najib rosmah sama kotornya dengan politik mahathir. Tunggu apa lagi saudara-saudara? Ayuh kita ajar mereka yang jahat berpolitik di negara demokrasi ini dengan menyertai parti-parti PAKATAN RAKYAT!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!!

Anonymous said...

ya...saya setuju!!!!!