Tuesday, April 7, 2009

AHMAD NIZAM MENULIS...


Sektor perbankan gawat:
Tiga hari Najib di kerusi PM

Sejarah berulang. CIMB asalnya BBMB yang ditubuhkan hasil kongres ekonomi bumiputera dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) pengerusi pertamanya. Gawat tahun 1998 'dibeli' jadi BCBB, hilang harta & kebanggaan orang Melayu, walaupun ramai yang protes - ular lidi makan ular sawa. Sebab yang ambil BOC, bank kecil. Kemudian jadi CIMB, Najib (Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak) cakap fundamental ekonomi sanat kuat, tapi hakikatnya, sebaliknya. Jelas ini petunjuk ekonomi tenat & sektor perbankan juga gawat. Walaupun tukar @ gabung (merged) tak semestinya jadi kuat.

Dan di akhirnya bank orang Melayu vis-a-vis bank bumiputra hanya tinggal kenangan. Melayu juga yang rugi! Tak hairanlah laporan semalam (6 April 2009) hampir 60 cawangan surplus bank CIMB akan ditutup, bagi menyelamatkan kos. Sekalipun pada awalnya tak disebut mengenai pemberhentian kerja kakitangan bank, tapi sebelah malamnya dilaporkan hampir 26,000 pekerja bank berhadapan dengan isu retrenchment. Barangkali inilah perubahan yang disebut Najib dalam tempoh tiga hari sahaja menduduki pejabat Perdana Menteri. Justeru kita tunggulah, tunggu dan terus menunggu perubahan yang dijanjikan.

(*Ahmad Nizam Hamid, seorang peguam dari Temerloh, Pahang. Beliau adalah aktivis sosial, penyair dan pendeklamator puisi, di samping merupakan adik ipar kepada penghibur no 1 Asia Allahyarham Sudirman Haji Arshad.)

No comments: