Tuesday, April 7, 2009

CORAT CORET P/RAYA KECIL...

Sentimen ras tegang.
Dalam perjalanan dari Bukit Selambau ke Bukit Gantang. Sentimen ras tegang. Sokongan mereka amat jelas mendukung PKR. Di kawasan estet sokongan orang-orang India menyebelahi PKR pada ratio 7-3. Dah ada bas pengundi hantu yang ditahan dan dieskort polis ke balai. Dari info pada komrad di Bukit Gantang situasi tegang. Ada tembakan gas oleh polis di suatu pusat mengundi (kesahihan belum disahkan). Kelihatan secara mata luaran neraca sentimen berat kepada PAS pada ratio 6-4. Dari waktu ke waktu laporan akan dihantar ke sekretariat. Salam.
- (Yassinsalleh, jam 13:36:55)

Perginya seorang pejuang

Al-Fatehah. Berita yang saya terima, pejuang nasionalisme, Abu Samah Kassim telah kembali ke rahmatullah, pagi ini (7 April 2009). Sekalipun mengakhiri sisa-sisa perjuangannya di rantau orang, tetapi sumbangannya melawan kolonial British tetap menjadi warisan sejarah. Apalagi ramai pejuang-pejuang di Pahang yang dilabel sebagai antagonis Melayu kerana melawan penjajah, seperti Wan Ali, Manap Jepun, Yusuf Salleh (adik seniman Taib Salleh atau Dato' S. Roomai Noor), Ghani Abu Samah (adik Tan Sri Hamzah Abu Samah), Ibrahim Yaakob, Zainab Mahmud dan ramai lagi.
Saya sudah kembali ke Temerloh semalam (6 April 2009) sebab ada tugas. Cuma ini info dari kawan di sana: Di Bukit Selambau menurut kawan-kawan pimpinan di sana setakat ini hanya lebih kurang 42% baru keluar mengundi. Di Bukit Gantang katanya, pengundi Melayu ramai keluar tetapi Tionghua tak sampai 20% dari keseluruhan pengundi Cina. Jika begini trendnya, saya fikir susah juga PAS. - (Ahmad Nizam Hamid, jam 14:06:37)

Kena tunggu SPR umum

Baru balik dari Bukit Gantang. Pilihanraya ganas. Tak seronok. Result kena tunggu SPR umum jugalah. Kena sabar. Memang saya ikut kem UMNO, sebab saya aktivis UMNO. Takkan nak ikut kem orang pula. Lawan taukeh, namanya. Tapi jiwa Melayu, tetap Melayu. Apalagi kalau yang bertegang itu Melayu, tambah sayu pula jiwa mendayu. Tak apalah, kita dengan pendirian yang sederhana untuk Melayu. Kalau boleh jangan Hang Tuah seorang saja yang diharap laungkan 'Hidup Melayu'. Takut suara serak, orang Melayu bersirak juga. - (Zakaria Bidin @ Zack, jam 14:11:56)

No comments: