Friday, April 17, 2009

DARI LAMAN BLOG:

Teori RAHMAN berakhir
Barangkali UMNO juga heh heh heh!

Assalamualaikum,

Berdasarkan teori RAHMAN bagi Perdana Menteri Malaysia, bermula dengan Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan Najib - maknanya lengkaplah abjad berkenaan mengisi slot RAHMAN. Justeru dirumuskan teori berkenaan hanya duguna pakai kepada UMNO bagi tempoh 1955 hingga sekarang. Apabila lengkap teori RAHMAN, barangkali jangka hayat UMNO juga ikut tergugat, kerana ianya memerlukan teori baru pula. Tak mungkin teori RAHMAN akan disusuli RAHIM pula, kalau merujuk kepada nama Tunku Abdul Rahman Putra.

Tetapi teori RAHMAN adalah merujuk kepada pimpinan UMNO sahajaKalau merujuk kepada asma'-alhusna selepas RAHMAN ialah RAHIM yang berurutan daripada ALLAH, RAHMAN, RAHIM, MALIK, KUDUS dan seterusnya. Barangkali dengan senario yang dihadapi UMNO sekarang, teori yang lebih tepat ialah selepas RAHMAN disusuli dengan RAHIM pula. Barangkali! Banyak pihak merujuk RAHIM ialah bermula dengan Razaleigh Hamzah, diikuti Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan seterusnya mengikuti teori abjad berkenaan. Tetapi bagi pihak pemikir-pemikir dan ilmuan agama menyanggah teori tersebut, kerana secara logik hanya Allah SWT yang mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi.

UMNO masih berkeyakinan untuk meneruskan hegemoni kuasa sekurang-kurangnya hingga 2020, sekalipun isu 'politik wang' sukar ditangkis, salah guna kuasa tak mampu ditepis dan kronisme semakin berlapis-lapis. Begitulah! Kabinet yang dibentuk oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, bukan sekadar rombakan sebaliknya pembentukan kabinet baru. Malah fenomena berkenaan tak pernah berlaku di masa lalu, termasuk pada period Tun Dr Mahathir Mohamad sekadar rombakan biasa. Kabinet sekadar dirombak sehingga pilihanraya bagi mandat membentuk kabinet yang baru.

Kadangkala terasa konsep 'Satu Malaysia' mirip kepada penubuhan Askar Melayu yang disebut 'Satu Melayu', 'Dua Melayu', 'Tiga Melayu' dan seterusnya. Mereka yang pernah berkhidmat dalam Askar Melayu satu ketika dulu, kadangkala menjadi gurauan apabila kawan-kawannya menyebut 'Satu Melayu', 'Dua Melayu' atau 'Tiga Melayu' yang membawa maksud seorang, dua orang atau tiga orang Melayu. Ironinya, Askar Melayu yang dibangga-banggakan dalam Perang Dunia Kedua tak lagi dikenali ramai, selepas diubah kepada Angkatan Tentera Darat. Bagaimana pun sempat juga saya bersama Tan Sri Abdul Samad Idris mendokumentasikan 'Askar Melayu 50 Tahun' pada 1983. Aduhai!


-Pak Dharma.


No comments: