Friday, April 17, 2009

SKETSA DARI YASSINSALLEH


Burung tukang dibuat kawan:
Tidur di perdu pokok balai-balai

Menunggu PAPAnya datang membawa paku. Ada satu orang, dia takde kerja. Dia takde duit. Jadi dia takdelah kawan. Dia pun berkawanlah dengan burung tukang. Burung tukang itupun ajaklah dia bertukang buat kerusi 'Speaker' di pangkal pohon pokok si balai-balai (gambar dengan ihsan MSO). Makanya, setiap malam bertukanglah dia di bawah pohon pokok si balai-balai. Letihlah dia bertukang. Kesian dia, penat sangat, dah tua.

Dia pun berehatlah sekejap, lalu tertidur. Datang seorang perempuan cantik, pakaiannya serba putih, berlumuran darah, lalu dia berkata, "Tolonglah buatkan buaian. Saya nak buai anak saya.Kami ni nak tunggu papa anak saya datang bawa paku dua batang. Kami nak jadi orang semula. Saya nak minta lepas ditembak mati, janganlah ledak kami. Biarlah papa saya bawa kami pulang. Dapatlah kami dimakamkan dan dapatlah kami pulang ke akhirat. Tidaklah roh kami terayau-rayau bagaikan sekarang. Tolonglah buatkan kami buaian ye!"

(*Yassinsalleh bekas pendidik, kemudian membabitkan diri sebagai aktivis perfileman sekitar dekad 1980-an. Sewaku berkhidmat sebagai guru di Kuantan, Yassinsalleh ikut sama berteater, di samping dikenali sebagai penyair. Beliau ialah penerima anugerah 'Pengarah Terbaik' dalam Pesta Filem Malaysia dekad 1980-an menerusi filem 'Dia Ibuku')

1 comment:

Seladang said...

Setiap kali pilihanraya umum atau kecil di Malaysia ini, altantuyya akan sampai mencari kekasihnya. Ini siri hantu kekasih untuk Rais Yatim siarkan di RTM!

Kalau di Jelebu dia duduk hujung jambatan yang dibakar oleh Rais tulah!!!

Kalau di Pekan Pahang, rasa-rasanya dimana ya???