Wednesday, July 22, 2009

Di Penanti membazir, di Manek Urai heh heh heh...


UMNO permainkan rakyat Kelantan:
PRU13 bersedia untuk mengajar eh eh eh!

oleh: Salmah Mat Husain Wed Jul 22, 09 2:41:37 pm MYT

KOTA BHARU, 22 Julai (Hrkh) - Umno enggan menyertai pilihan raya kecil di Penanti 31 Mei lalu dengan alasan tidak mahu membazirkan duit. Namun di Manek Urai lain pula ceritanya. UMNO hanya takut membazir di Penanti tetapi bukan di Manek Urai. Tetapi lebih memeningkan lagi pengundi apabila segala janji yang ditabur tidak pula mahu ditepati hanya dengan alasan majoriti 65 pengundi menolak UMNO 14 Julai lalu. Mengulas isu tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Husam Musa berkata, rakyat di Manek Urai sekarang sudah melihat mereka seperti dipermainkan apabila ada pemimpin UMNO menyebut mereka tidak terikat menunaikan segala janji.

"Ini bermakna hanya janji kosong semata-mata yang ditabur di Manek Urai sepanjang kempen pilihan raya berlangsung. "Sekiranya Umno dan BN dapat menghabiskan wang berpuluh juta semasa kempen memancing undi kenapa projek pembangunan tidak boleh dilaksanakan," katanya ketika ditemui di sini. Sehari selepas Umno gagal di Manek Urai, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan menyebut parti itu tidak terikat dengan janji menjadikan Dun tersebut sebagai anak emas dan membina jambatan baru bernilai RM7 juta. Sedangkan semasa kempen pilihan raya kecil itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengungkapkan janji-janji tersebut di Manek Urai yang disiarkan dalam semua media pro BN.

Namun empat hari kemudian Mustapa mengumumkan pula sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi program membaiki rumah penduduk miskin tegar dan menurap semula jalan.
Namun tidak juga disebut membina jambatan dan projek agropolitan. "Kita nak lihat pembangunan dilaksanakan Umno di situ, termasuk juga pembinaan jambatan yang telah dijanjikan," kata Husam. Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, pemimpin Umno tidak wajar memperbesarkan isu kehadiran, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada program menyala lilin memprotes cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga membawa kepada kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Beliau berkata, Nizar hanya hadir sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku terhadap Beng Hock dan bukan menyertai acara keagamaan. "Apa yang berlaku terhadap mendiang Beng Hock bukan lagi soal agama semata-mata sebaliknya soal kemanusiaan yang wajib mendapat keadilan dari semua pihak. "Saya pun tak faham, salah ke pegang lilin dan lilit kepala dengan kain sebagai protes, pegang lilin salah, pakai baju hijau pun salah, semua tak kena kalau bertentangan dengan naluri Umno." katanya. - mj - http://harakahdaily.net/

No comments: