Wednesday, July 22, 2009

Keluarga teoh dilapur sambut baik s/jaya diraja

Keluarga Teoh sambut baik
keputusan Kabinet tubuh s/jaya

KAJANG: Laporan media hari ini menyebut keluarga Teoh Beng Hock yang ditemui mati beberapa jam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu. Mereka berharap siasatan kes kematian Teoh akan dilakukan secara adil. Mereka ditemui selepas sejam setengah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira jam 2.58 petang tadi. Semua pihak mahukan siasatan secara adil dilaksanakan, bukan meminta warga negara Malaysia tak mempersoalkan hak-hak mereka yang sepatutnya dibenarkan dalam Perlembagaan Negara.

No comments: