Tuesday, July 21, 2009

Istimewa gerhana besok, Rabu 21 Julai 09...


Asia mengalami fenomena gerhana:
Dalam jarak 1 juta km bulan-matahari

Ahli astorolgi meramalkan berlaku gerhana di kawasan Asia, besok (Rabu, 21Julai 2009), yang dianggap memberi banyak petunjuk. Bagi peramal-peramal di Myanmar misalnya, dikatakan berlaku keadaan tak menentu, tetapi di India secara tradisi cuba mengelakkan mereka yang hamil diganggu kuasa ghaib. Entahlah! Gerhana boleh dilihat menjelang subuh di Teluk Khambhat, India di utara Mumbai. Pergerakan cakerawala dijangka melintasai timur India, Nepal, Bangladesh, China sebelum ke Pasifik. Gerhan juga boleh dilhat di selatan kepulauan Jepun dari Pulau Nikumaroro di negara selatan Pasifik iaitu Kiribati. (Gambar hiasan gerhana matahari yang dirakam Ogos 2008)

Gerhana yang merentasi Asia ini dijangka berlaku kegelapan dalam tempoh lebih lima minit, apabila bulan menutupi matahari pada jarak 600,000 batu (atau 1 juta kilometer). Sebelum ini gerhana berlaku pada Ogos 2008 dalam tempoh dua minit 27 saat sahaja. Tetapi gerhana yang akan berlaku besok dijangka paling lama iaitu 6 minit 39 saat sebagai tempoh maksimum dalam pergerakan cakrewala. Ahli sains Amerika Syarikat, Lucie Green akan mengetuai serombongan pelawat untuk melihat fenomena berkenaan menerusi kapal cruise di Pulau Iwo Jima, Jepun. Setiap perserta dilaporkan dikenakan bayaran AS$2,599 ke AS$3,643 oleh sebuah syarikat pakar astrologi di California, Mayhugh Travel Inc.

Barangkali fenomena gerhana bulan mahupun matahari sama ada tempoh dua minit atau enam minit (yang dianggap luar biasa besok) perkara biasa yang dikaji oleh ahli-ahli astrologi. Sebaliknya fenomena bulan tersenyum tahun lalu, selepas berlakunya gerhana matahari masih menjadi tanda tanya, kerana ianya jarang berlaku. Fenomena alam yang sentiasa berlaku adalah untuk membolehkan manusia memahami kebesaran Illahi, tetapi sudah menjadi lumrah apabila ianya berlaku, justeru terlalu mudah pula dilupakan. (Gambar hiasan, fenomena bulan dirakam pada Disember 2008) Bagaimanapun terpulanglah kepada setiap individu kerana pepatah Melayu juga menyebut: 'Akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba!'. Aduhai!

No comments: