Tuesday, July 28, 2009

Laporan terkini dari Kelantan...

Kelantan mahu bawa isu royalti
minyak ke mahkamah antarabangsa

KOTA BAHARU 28 Julai - Menteri Besar Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan mungkin dibawa ke mahkamah antarabangsa sekiranya rundingan secara “persaudaraan” dengan kerajaan pusat gagal mencapai kata sepakat, menurut laporan http://utusan.com/ jam 6.15 petang ini (28 Julai 2009).
Langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri di anggap bagi memastikan UMNO tak memperlekehkan konsep 'persaudaraan' yang mahu dijalin oleh PAS, menurut sumber itu lagi. Sementara itu laman blog harakahdaily pula melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa hubungan yang terjalin sekarang ialah di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan bukan hubungan dengan parti UMNO.

"Hubungan negeri ialah dengan Kerajaan Pusat oleh kerana sistem yang diamalkan ialah sistem Federalisma, oleh itu tidak timbul hubungan dengan Umno,"kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang media selepas melawat pameran ternakan di Padang Perdana dekat sini semalam.
"Kerajaan Pusat ada kewajipannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula ada kewajipannya terhadap Kerajaan Pusat, maka kenapa mahu disekat (hubungan itu).

"Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri hendaklah menyentuh isu penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan," katanya. Dalam pada itu Nik Aziz berkata, tindakan parti lain di peringkat Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dari mendapat kemudahan daripada Kerajaan Pusat itu adalah tidak menurut Perlembagaan.

No comments: