Tuesday, July 28, 2009

Ubah Persepsi Hari Pahlawan...

Kenapa nilai pahlawan direndahkan:
Bukan sekadar terbatas kpd tentera

Pengerusi Telapak Budaya Malaysia (TELAPAK), Omar Manan menggesa persepsi "Hari Pahlawan' perlu diubah, iaitu bukan lagi sekadar mengutip derma tetapi dihayati sebagai manifestasi rakyat di peringkat akar umbi. Masyarakat di desa serta golongan prolitar juga perlu didekatkan dengan aspirasi pahlawan sebenarnya, kata Omar Manan yang juga aktivis drama pentas dan TV sekitar dekad 1970-an. "Sebelum ini 'Hari Pahlawan' sekadar mengutip derma untuk mereka yang terkorban dan menjadi mangsa darurat," beritahunya yang menolak persepsi masyarakat hari pahlawan disasarkan kepada tentera.

Menurutnya, negara sudah menyambut 'Hari Angkatan Tentera', 'Hari Polis' dan 'Hari Pahlawan', tetapi nilai hari pahlawan seolah-olah terlalu rendah di mata masyarakat. Di Indonesia, kata Omar Manan 'pahlawan' adalah pejuang bangsa termasuk penggerak nasionalisme. Malah beliau menambah, pada 1996 regim Suharto turut memproklamir empat 'pahlawan nasional' yang berjuang menentang kolonial Belanda.
Kutipan derma perlu diubah kepada memperingati pahlawan nasional yang berjasa seperti Dato' Dol Said di Naning, Dato' Maharajalela di Perak, Dato' Bahaman di Pahang, Tuan Guru Tok Janggut Haji Mat Hassan di Kelantan dan pimpinan seterusnya. "Pahlawan bukan tentera semata-mata, justeru persepsi ini perlu diberi nilai baru," menurut Omar Manan.

No comments: