Monday, July 20, 2009

RUPA-RUPANYA PAHANG JUGA ADA KEMISKINAN...


Keluhan penduduk dipapar TV:
Nasib Kampung Batu Balak, Jerantut

Secara tak sengaja saya menonton laporan TV 'buletin tengah hari' (20 Julai 209), macam tak percaya pula dengan paparan menenai keluhan penduduk di Kampung Batu Balak, Jerantut termasuk juga bekas ketua kampungnya. Selama ini TV menampilkan kemiskinan di Kelantan sahaja, seolah-olah negeri termundur kerana menolak UMNO. Rupa-rupanya Kampung Batu Balak, Jerantut itu terletak di negeri Pahang; apalagi negeri yang berbangga dengan Perdana Menterinya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak adalah anak kelahiran negeri Pahang. Penduduk-penduduknya bergantung kepada jalan kayu balak untuk ke pekan berdekatan, kerana 'tak larat' lagi menggunakan sungai (pengangkutan air). - (Gambar hiasan, lebih kurang macam inilah jalan laluan ke Kampung Batu Balak yang dipaparkan TV)

Jerantut bumi kelahiran Tok Gajah Imam Rasu dan anaknya Mat Kilau, tiba-tiba sahaja tak menikmati pembangunan yang dibangga-banggakan setelah 51 tahun merdeka (sebulan lagi akan masuk tahun ke 52). Ketika Pahang berbangga dengan pejuang-pejuang gerakan nasionalisme yang berani sama ada Dato' Bahaman,Tok Gajah Imam Rasu, Mat Kilau atauIbrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Mohd Yassin Salleh, Dato' Abu Samah Ali; apalagi Tun Abdul Razak, Dato' Abdul Rahman Talib, Tun Ghazali Shafie dan Tan Sri Yahaya Mohd Seth - tiba-tiba keluhan penduduk di Kampung Batu Balak tersebar di TV berikutan tak mempunyai prasarana. Aduhai! - Pak Dharma. (Gambar hiasan, jambatan dilalui juga mirip kepada fenomena begini)

No comments: