Tuesday, July 14, 2009

SEKALI PERSETUA...


Jambatan lama jambatan baru:
Janji Orangkaya bolehkah diperaku?

Kata sahibul hikayat maka tersebutlah alkisah Orangkaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pergilah ia ke Manek Urai d negeri Kelantan bahawasanya negeri Melayu jua, adanya. Adapun di Manek Urai itu hebohlah sekalian orang banyak memilih akan Orangkaya Penghulu pada esok hari (14 Julai 2009, seperti tarikh yang diketahui oleh anak cucu fakir). Maka kedengaran kepada orang banyak bahawa Orangkaya Tan Sri Muhyiddin akan membina ia jambatan baru berharga RM7 juta. Arakian akan Orangkaya Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, taklah ia berkata apa-apa sama ada mengangguk atau menggeleng.

Syahdan maka Raja Ahmad pergilah ke jambatan mendapatkan Feringgi, terlalu banyak hulubalang mengiringkan baginda. Maka Sultan Ahmad ditempuh baginda dengan gajah, dan segala hulubalang Feringgi pun pecah berhamburan, lalu ke air. Arakian maka sekaliannya pun undurlah turun ke perahunya.Maka dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar seperti halalintar bunyinya (adapun perkataan ini hanya kias-kias sahaja seperti dikatakan Orangkaya Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat). Maka baginda berdiri di atas gajah di hujung jambatan, lalu diperbuat orang nyanyi:

Masuk Feringgi meriam bergema
Sultan Ahmad di atas pedana
Eloklah lagi jambatan lama
Jambatan baru entah di mana

Sebermula sekalian orang banyak berlumba-lumba membaca akan 'Kitab Melayu' daripada:







HIDUP BAHASA MELAYU!

No comments: