Friday, June 12, 2009

DARI LAMAN BLOG

PAS tak mampu sembunyikan:
Bahtera mempunyai dua nakhoda

Assalamualaikum,

Keberangan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap isu 'Kerajaan Perpaduan' tak mampu disembunyikan, yang memperlihat parti itu mungin sahaja terdorong kepada 'team A' dan 'team B'. Bagaimanapun di dalam PAS sekadar disebut 'pimpinan ulama' dan 'pimpinan bukan ulama'. Muktamar PAS 4-6 Jun 2009 memberi implikasi sokongan majoriti memihak kepada grup Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang, seolah-olah menolak pandangan Dato' Nik Aziz 'dalam sebuah bahtera tak perlu dua nakhoda'. Sebaliknya Dato' Seri Hadi Awang pula memberi amaran, sesiapa yang meninggalkan bahtera akan tenggelam. Alahai!
Mengimbau fenomena awal dekad 1970-an, ketika berlangsung Hari Sastera di Kota Bharu, Tan Sri Mohd Asri Haji Muda juga menafikan rundingan bersama UMNO mengenai isu kerajaan campuran, sekalipun spekulasi kian menggegar senario politik. Dalam majlis makan malam di kediaman Tan Sri Asri, beliau hampir menyentuh isu 'kerajaan campuran' tetapi segera dicelah oleh isterinya, Puan Sri Sakinah Junid. Bagaimanapun 'kerajaan campuran' yang dinafikan oleh Tan Sri Asri menjadi kenyataan. Malah dalam bukunya 'Memoir Politik Asri', beliau mendedahkan dijemput ke Kuala Lumpur oleh Tun Razak malam 13 Mei itu juga.

Tak hairanlah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui, sukar bagi orang politik mahu bersikap ikhlas. Barangkali PAS tak rela partinya dikawal oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kapisiti Ketua Pembangkang, malah barangkali juga PAS mahukan pimpinan mereka menduduki kerusi Ketua Pembangkang. Desas desus juga menyebut malam 8 Mac 2008, di Selangor UMNO bersedia memberikan jawatan MB kepada PAS sekiranya bersedia meninggalkan Pakatan Rakyat. Khabarnya, Dato' Seri Hadi Awang bersetuju dengan saranan berkenaan bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

Sebaliknya Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar dikatakan kuat menentang , disebabkan beliau lebih cenderung kepada PR, disebabkan hubungan baiknya dengan Dato' Seri Anwar. Justeru beliau melupakan insiden bagaimana Dato' Nik Aziz menolak Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali daripada menjadi calon di kawaan Parlimen Kota Bharu pada pilihanraya 2004. Malah Dato' Nik Aziz juga melabelkan Dr Syed Husin cenderung kepada 'sosialisme yang juga adik kepada komunisme'! Memang egoisme PAS juga terserlah dengan kekuatan luar biasanya pada pilihanraya 1999. Barangkali pandangan Tun Dr Mahtahir, orang politik sukar mahu bersikap ikhlas, bolehlah diambil kira. Heh heh heh!
-Pak Dharma

No comments: