Friday, June 12, 2009

TANGGAPAN MEDIA LUAR...


Hidup cara Islam dicemuh:
Mengapa media asing biadap?

Agensi berita AFP melabelkan PAS sebagai parti konservatif yang mendesak wanita bukan Islam turut berpakaian menurut ajaran Islam. Akhbar berbahasa China melaporkan Rabu (10 Jun 2009) lalu mengenai desakan ke atas wanita bukan Muslim berpakaian sopan mengikut pentadbiran kerajaan negeri di Kelantan. Agensi berita luar negeri itu - AFP juga menghubungi Exco kerajaan tempatan, pelancongan dan kebudayaan Takiyudin Hasan yang disebutnya sebagai menteri kabinet negeri. Takiyuddin memberitahu AFP, "Kami mahu memberi galakan kepada orang bukan Islam mengenai ajaran Islam sebenarnya."

Dalam laporan akhbar berbahasa China itu, papan kenyataan dilihat mengingatkan wanita bukan Muslim diminta memakai tudung, di samping baju lengan panjang yang menutupi hingga ke paras pinggang. Seluar juga dikehendaki menutup ke paras lutut, justeru dilarang mendedahkan di atas lutut. Bagaimanapun jabatan kerajaan tempatan tak mempunyai kuasa perundangan bagi melarang cara berpakaian individu. Media luar negeri berkenaan turut secara biadap mempersoal larangan menggunakan make-up yang berlebihan, di samping pakaian yang turut mendedahkan paha.
Media luar negeri itu turut juga menganggap kerajaan PAS di Kelantan cuba meng-Islamisasikan etnik China dan India sebagai kumpulan minoriti. AFP mendakwa dengan 27 juta warga Malaysia, PAS mndominasi kerajaan negeri di Kelantan. Justeru menurut laporan agensi berita luar negeri tersebut, pentadbiran kerajaan negeri PAS di Kelantan juga mengharamkan judi, menghadkan penjualan alkohol dan memastikan lelaki dan perempuan tak berbaris dalam lorong yang sama di kedai-kedai bagi melaksanakan kehidupan cara Islam.

No comments: