Wednesday, July 8, 2009

KELUHAN CICIT PEMBESAR ADAT REMBAU

Nasib tanah adat Rembau:
Sama dgn kg tradisi di Jelebu

Cicit Almarhom Dato' Sedia Raja Dato' Abdullah Dahan, Undang Luak Rembau ke 18 (1922-1938), Rozmal Malakan (gambar, kiri) melahirkan rasa terkilan dengan kerakusan pihak berkuasa mengeksploit tanah adat di luak Rembau bagi alasan 'pembangunan' iaitu pembinaan landasan keretapi. Insiden yang sama berlaku juga di luak Jelebu berikutan pembinaan takungan air di Kampung Gagu (iaitu perkampungan Melayu pendalaman tempat kelahiran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) yang mengambil tanah kampung tradisi (atas alasan tak dibangunkan secara komersil). Dalam blognya, Rozmal menulis:

"Untung betul jadi orang India di Malaysia ni. Malang sungguh jadi orang Melayu di Malaysia ini. Lebih malang lagi Melayu di Negeri Sembilan, lagi lagi malang Melayu di Rembau.Melayu di Rembau juga akan kehilangan tanah tempat tinggal mereka. Bukan tanah haram, bukan tanah kerajaan , tapi tanah adat yang diwarisi sejak berates-ratus tahun.Namun nasib Melayu Rembau tidak mendapat liputan media seperti nasib India di Kg Buah Pala , Pulau Pinang.Lebih malang lagi Surau yang akan dirobohkan di Rembau kerana memberi laluan kepada pembangunan juga tidak diberi perhatian media. Bukan media asing , bukan CNN , bukan Al Jazeera , tapi Utusan, Berita, TV3, TV1 dan sewaktu dengannya seolah-olah meminggirkan nasib Melayu N.Sembilan. Kita ni di Malaysia ke , di India atau di Israel ? - http://www.waghih.blogspot.com/.

No comments: