Wednesday, July 8, 2009

SURAT PILIHAN EMEL


Zalimnya sistem Islam rupanya
Jika berbanding dgn konvensional...

From: sham ringgo <shamringgo@yahoo.com>To: Islamic-ebook@yahoogroups.comSent: Monday, July 6, 2009 10:48:13Subject: Re: [Islamic-ebook] (Perbankan & Rasional Larangan Riba)

ooo ... patut le kadar 'keuntungan' islamic loan lebih tinggi dr 'interest' konvensional loan.... kompius..

From: adamleagle <prubono@yahoo. com>To: Islamic-ebook@ yahoogroups. comSent: Sunday, July 5, 2009 6:45:16 AMSubject: [Islamic-ebook] (Perbankan & Rasional Larangan Riba)

Fakta Perbincangan: Rumah berharga RM100k, pinjaman selama 30 tahun, dan anggaran kadar riba pada kadar 9% setahun + BLR. Mengikut Bai-Bithaman Ajil, bank akan membeli rumah darpada pemaju pada harga RM100k, dan menjualkan kepada anda pada harga RM400k. Kenapa rumah berharga RM100k menjadi RM400k? Ini kerana bank telah mencampurkan kiraan riba 9% setahun & BLR untuk tempoh 30 tahun (($9,000 + BLR) x 30 tahun + RM100k). Oleh itu kita mengambil angka terdekat kepada RM400k sebagai Harga Jualan kepada Peminjam.

Sistem inilah yang didakwa ulama-ulama perbankan Islam sebagai bukan riba, tetapi perniagaan. Ini kerana tiada faedah, tetapi Harga Jualan. Terlebih dahulu saya katakan ini adalah riba dan tiada bezanya dengan pengajaran dari cerita larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.

Maksudnya: "…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…"; Al-A'raaf:163

Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba telah digambarkan dalam surah Al-A'raaf. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung Yahudi yang dilarang menangkap ikan di hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah ikan-ikan itu hanya muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu sedangkan di hari-hari lainnya ikan tidak muncul. Maka apa yang dilakukan warga kampung itu? Mereke meletakkan jala ikan di malam Sabtu. Lalu pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan tersebut masuk ke dalam jeratan jala yang telah mereka pasang. Kemudian begitu tiba hari ahad mereka gulung jala tadi sebelum ikan-ikan tersebut sempat keluar darinya.

Oleh itu adakah mereka menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka menyatakan larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak menangkapnya. Mereka ini cuba berlaku bijak, maka Allah menukar mereka kepada monyet dan khinzir.

Apakah pengajarannya pada sistem perbankan Islam hari ini? Tiada bezanya dan mereka menjawab "…larangan Allah ialah transaksi riba dan mereka hanya menukarkan maksud riba kepada Harga Jualan (iaitu perniagaan)…" . Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang bijak, mereka atau Allah swt. Sekarang kita teruskan dengan rasional dan penjelasan larangan riba (bersambung di http://muslimvillag e.wordpress. com/2009/ 07/04/0407/)

No comments: