Wednesday, July 29, 2009

SEKILAS PANDANG...

Mengikut skrip akhbar Melayu:
Sandiwara dalam 'Enam Jahanam'




Tak perlu meminta khidmat 'Nujum Pak Belalang', memang sudah diramalkan media Utusan Melayu akan menjadikan isu kenyataan "pergi jahanamlah Umno" oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penolakan bulat-bulat Nik Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan UMNO yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu, mengikut skrip Utusan Melayu dengan memetik pandangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin. Oleh itu, mereka mahu UMNO agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat hanyalah satu lakonan semata-mata. - (Gambar, Dato' Nik Aziz dalam majlis bersama nelayan di Kota Bharu)

Kalau mahu melihat kehebatan lakonan, barangkali bolehlah menonton filem 'Enam Jahanam' karya Allahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee, dengan kedudukan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sekarang sebagai Perdana Menteri ke 6. Heh heh heh! Salahkah Tantari mencari dan menbunuh 'Enam Jahanam' yang membunuh serta merogol isterinya, Mas di (B)atang Me(N)ara?. Setiap 'Enam Jahanam' pula berselindung di sebalik kedudukan masing-masing sebagai usahawan, perbankan, korporat, penghulu, guru persilatan dan ahli politik yang bermuka-muka, bersuka-suka dan beragenda-agenda. Sebaliknya Tantari tak bersendirian menghancurkan kebobrokan 'Enam Jahanam', tetapi dibantu oleh Laksamana Tamhuri...

P. Ramlee sudah menyampaikan mesej sejak dekad 1960-an lagi, malangnya tak mampu untuk dikongsi bersama oleh isy isy isy! Tak payahlah Awang Adek bersandiwara menyebut: "Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh...payahlah kita (hendak beri kerjasama). "Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok," kata Awang Adek. Kalau bermaruah, berbudaya perlu membuat contoh, apakah contoh tragedi kematiah Teoh di pejabat SPRM mahu diikuti? - (Gambar, adegan dari filem 'Enam Jahanam')

Malah dilaporkan http://harakahdaily.net/ Dato' Nik Aziz dalam majlis bersama nelayan di Kelantan menyebut, ketika pemimpin UMNO begitu mengharap PAS bagi memperkuat ketuanan Melayu, dan di saat lain pula pemimpin UMNO mendera pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Ia langsung tak mencerminkan semangat 1Malaysia seperti diimpikan perdana menteri. Adegan itu sudah lama berlaku. Dan baru-baru ini diulang semula Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar apabila melarang pegawai di bawah kementerian yang diterajuinya menghadiri mesyuarat anjuran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu berkenaan.

Beliau seterusnya menambah, tindakan menteri berkenaan amat tidak wajar kerana cuba menyekat hak rakyat. "Tindakan sedemikian seumpama kembali semula di zaman Jepun yang berpuak-puak dan dengki. Sekarang dengan kebangkitan Islam keadaan sedemikian amat tidak sesuai lagi. Tapi tiba-tiba timbul semula masalah begitu ketika perdana menteri melaungkan semangat 1Malaysia,? ujarnya selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, baru-baru ini. Aduhai!

-Pak Dharma

No comments: