Wednesday, July 29, 2009

Suara Dari Daerah Kecil...

Orang Asli Kg Tohor:
Pertikai Mat Hassan & Rais

Penduduk-penduduk etnik Orang Asli di Kampung Tohor, Jelebu baru-baru ini dilaporkan sudah berani mempertikaikan wibawa Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hassan dan Ahli Parlimen Jelebu yang juga Menteri Kebudayaan, Komunikasi, Warisan dan Kebudayaan Dato' Seri Dr Rais Yatim dalam sesi dialog baru-baru ini. Pimpinan UMNO yan selama ini disambut baik oleh penduduk Orang Asli, dikejutkan dengan suara baru penduduk berasaskan penolakan perhambaan minda. Mohamad dan Rais disoal, kenapa UMNO hanya datang untuk pilihan raya atau sesi dialog, selepas itu hilang macam batu campak ke lubuk.

Kampung Tohor, lokasinya antara Kampung Chennah di mukim Gelami Lemi (Kenaboi) ke Lata Kinjang di kaki Gunung Besar Hantu. Apalagi selepas 52 tahun merdeka, Orang Asli di Kampung Tohor sekadar diumpan dengan janji manis pilihanraya. Sebelumnya Orang Asli di sini, sekadar berjiran dengan Orang Asli di Kampung Esok, malah seakanakan tersisih dengan dunia luar. Sebaliknya apabila di kalangan mereka sudah mempunyai pendidikan yang baik, di samping berkahwin dengan puak lain di luar Kenaboi (khabanya berkahwin dengan Orang Asli di Air Baning, Durian Tipus), pendekatan mereka agak berbeza. Prasarana yang tak berubah sejak merdeka hingga sekarang perlu dijawab oleh Mohammad dan Rais. Begitulah!

Penduduk di sini memberitahu, buat pertama kali dalam sejarah kerjaya Rais, penduduk Orang Asli mempertikai kedudukannya sebagai Ahli Parlimen (1974-1990) dan (1999-hingga sekarang). Mereka juga mahu menikmati bekalan elektrik, bukan bergantung kepada generator; mereka mahu jalan diturap minyak tar, bukan jalan kayu balak yang sukar kalau kenderaan berselisih, dan blah blah blah! Jangan biarkan gajah tempang terus mengamuk (naik minyak) di hutan Gagu, hingga jabatan perlihitan meminta bantuan bomoh dan tok pawang. Ehem ehem ehem!

No comments: